Selasa, 30 Oktober 2012

Cantik La Sangat..

Dah lama tak memanjakan diri..ye ke? atau sebenarnya dah lama tak perabis duit untuk cantik?

Tapi apa salahnya kan..kerja cari duit pastu bayar itu ini..tp ada tak untuk diri sendiri? Orang perempuan kalau untuk anak..fuih...sanggup ape saje. Tapi untuk diri sendiri berkira bukan main.

So untuk selama beberapa tahun yg dah bekerja ni saya telah menggunakan sedikit budget untuk semua yang di bawah. Takde beli sikit2..terus beli semua. kira tekad dan berani...

Untuk org makan gaji mcm saya mungkin faham kot kenapa sampai camtu sekali. Tak besar mana tp sgt2 bersyukur..alhamdulillah. Berbanding yang bisnes,..poket gemuk, dlm wallet berkepok dh tentu senang nk dapat.

2 pallet eye shadow, 3 lipstik, mascara, lip liner, eyes liner, lip gloss
dan make-up remover..

set perfume




Set utk big bos

Lepas ni kalu tak cantik cam erra fazira, tak tau la..emm..cantik la sangat.


Sabtu, 27 Oktober 2012

Happy Birthday Zahra

23 Oktober 2012 hari lahir Zahra yang ke 5 tahun. Si Zahra ni asyik tanya besday dia bila. Bila cakap je hari ni besday dia, punya la excited sbb jap2 tanya jap2 tanya..hari ni besday kakak ye ma?.. kita yg menjawab naik letih. Zahra minta kek princess tp saya tak sempat nak order..petang tu saya baru balik dari nur lembah pangsun..bawa anak murid bercamping.

Malam tu kami celebrate besday Zahra anak-beranak kat pizza hut . Beli kek bawa ke pizza hut.


































Semoga Zahra jadi anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat..Amin..!




Ahad, 21 Oktober 2012

Tiramisu

First time buat tiramisu..menjadi. Risau..bahan2 nk buat tiramisu ni mahal2 juga kang kalau tak menjadi..alaaahai. Tak sabar nk siapkan sbb dah tergediks2 nak rasa. Bila masuk je dalam mulut..aduuhaiii..sedapnya.

whipping cream, nescafe, raspberry


kek sponge (fresh dari supermarket)


Dah nak start melapis..cream cheese + whipping cream = gebu & creamy,
serbuk koko, bancuhan nescafe dan blueberry jam


Sebenarnya bahan2 yang ada dlm tiramisu ni yg menyebabkan ia sedap. Dengan cheese cream dan whipping cream, ia diputar dan diadun menjadi cream yg sgt wallaaa..
Ditambahkan dengan blueberry jam (apa2 jam pun boleh), serbuk koko menambahkan lemak dalam rasa masam2 manis. Di cantikkan dgn raspberry, strawberry dan segala anak beranak berry menjadikan tiramisu sangat mengoda..








Thanks to CaHaYa CiNtA Ku yg sgt gigih bikin tutorial (simple dan senang nk faham)

Sekali rasa cam tak puas makan. Nak kena buat lg nih..tapi tak tau bila.
 Jemput makan.. ;-)

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kerepeks

Tengah hari td, saya ke Sungai Buah di Dengkil. Kat sana ada satu tempat buat kerepek. Tempat ni IKS memang femes dikalangan penduduk Bangi. Kalau musim raya, fuhhh.. takyah ckp la..memanjang takde. Bukan tak buat tapi sold out. Saya selalu jg pegi time nak raya tp yang tinggal serdaknye je. Org yang berniaga beli banyak sbb nak repacking kecil-kecil. Untung kalu sape2 niaga kerepek ni. Kalau beli 5 kilo, pastu packing setengah kilo, memang untung berganda. Saya beli bukan untuk niaga tp kekanda saya pesan belikan..nak buat jual2 utk hari kantin sekolah dia. Tengok..kerepek2 tu. Semuanya fresh2 lagi. Terbaek dari ladang..






Semuanya menanti pelanggan utk dijual. Kekanda saya pesan suruh belikan jejari ubi kayu..cehhh..jejari..ayat tak hengat! tapi sebab dh habis dijual terpaksa la order. Daripada balik kosong je, saya beli kerepek ubi pedas dgn apa tah satu lg ni. Dua2 ni 5 kilo. Dah besar pulak..tak tau nak letak mana. Nak balik kampung raya haji, lambat lagi. Fikir punya fikir, atas kabinet dapur sudahnya..





Syahdunye..

Dah lama nakkan lampu ni..tp tak terbeli2. Ingatkan mahal sangat, rupanya tak sampai seratus. Kira ok la..tak kuasa nak keluar fulus banyak2.



Dah ada floor lamp ni tak pyh lg pasang down light time nak tido. Satu suis satu lampu, kalau down light satu suis enam lampu..haaa amik..bil tiap2 bulan..hehe!

Kesannya sgt dramatik..syahdu dimusim hujan ni. Yang tak tahan anak2 berebut nk tekan suis sbb suisnya boleh tekan pakai kaki. Ala..benda baru. Dah lama sok dh tak heran dah.


Rabu, 10 Oktober 2012

Tangan Anak Murid Saya

Inilah tangan murid saya..








Subhanallah..walaupun tangannya begitu murid ini mampu buat aktiviti seperti kita yang normal ni. Menulis boleh, menggunting boleh, potong sayur guna pisau boleh..pendek kata semua boleh la. Tengok la dia buat kolaj..kemas kan..!?

First time saya tengok murid ni saya sgt2 terkejut melihat tangan dan wajahnya. Lama kelamaan dh biasa dah. Murid ni sgt baik dan pandai bersosial.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik dan melimpahi rahmat ke atasnya dan ahli keluarganya..amin!



Khamis, 4 Oktober 2012

20121004 Garden Diary

Waaaah..sekian lama menunggu dari daun kekuningan akhirnya gugur hinggalah keluar pucuk2 muda..dibelai, dibaja dan cakap2 ugut2 sikit, akhirnya mini roses saya mengeluarkan buds yg begitu meriah sekali.

                                                        26/9/2012...






A few days later, makin lama makin galak  roses ni berbunga..dah macam mabuk bunga pulak..see I told uols..cuma kalernya dah pudar sikit sbb kena cahaya matahari..

                                                                      3/10/2012


 Ros kampung ni dah mula kembang..baunya wangi sama mcm sirap ros..

Si kuning ni pun dah start berkembang..

Agaknya sekarang musim ros berbunga kot sbb lima2 pasu ros saya semuanya tak sabar, tergedik2 nak keluar cepat. Masa mak aka Mi dtg rumah hari tu, dia tanya saya tak takut ke ros letak kat luar pagar...org khianat sembah minyak gas ke, patah2kan dahan dia ke..Aaaikkk..sampai ke situ difikirnya. Saya tak pernah terfikir camtu sbb saya minat garden so saya garden...kalau ada neber yang jeles gasak la.. janji rumah saya cantek, lawa dan kalerful...hehe perasan lebih!



Rabu, 3 Oktober 2012

Aiskrim Malaysia

Kenapa ia dipanggil aiskrim Malaysia?...Haaa..betul sbb hanya kat Malaysia je boleh jumpa aiskrim ni dan hanya orang Malaysia je yg tau buat, ikat ketat2 jadi demoks dan boleh bantai buat perisa ape je...hahaha..suka hati ntah2 mmg ada sejarahnya kot..


Dulu2 my mum pernah buat dan jual aiskrim ni. Perisa yang selalu menjadi kegilaan budak2 kecik lepas main bola ialah masam masin (sekarang je org panggil asam boi), ada lagi asam mangga yg kering warna kuning..apa tah dipanggil. Sebatang aiskrim jual 10 sen. Kira untung juga sbb harga gula masa tu masih murah lagi..kihkihkih.

Bahan yg wajib ada..milo, susu pekat dan ofkos plastik aiskrim..

Aiskrim ni..huish..kalu masuk dlm anak tekak dari makan sebatang, nak lg sebatang dan lagi dan lagi dan lagi. Perisa yang famous di kalangan anak kecik adalah milo..tak tau kenapa..asal saya nak buat aiskrim je, anak minta buat aiskrim milo. Tak pernah sebut nak perisa strawberi ke, oren ke, apa ke..balik2 milo..kira surrender lah..milo pun milo la.

Nak buat aiskrim milo sangat senang tapi nak kena pandai bancuh. Milo kena pekat dan kena manis. Kalau tak manis, dah sejuk nanti rasa macam makan ais batu. Pastu ikat pun ada cara. Tak kena gaya, aiskrim jadi leper. Dah tuang milo dalam plastik, tinggal sikit angin dalamnya. Pastu pusing lebihan plastik yg kat atas pastu ikat ketat2. Baru la demoks..pastu masuk dalam peti sejuk.


Walaupun ia hanya aiskrim, cabaran yang dihadapi oleh ibu2 di seluruh Malaysia amat la dahsyat..why?Ni la sbbnye

1. Tak sampai sehari aiskrim akan licin dalam peti ais sbb anak2 belasah dulu sblm mak dgn ayah dia sempat merasa..
2. Anak2 langsung tak usik air masak. Balik2 aiskrim..balik2 aiskrim...
3.  Tak nak makan..kenyang makan aiskrim..yalah..perut tu dah penuh dgn air..
4. Peti tak sempat sejuk..jap2 bukak, jap2 bukak..hehe..

Banyak lagi isi2 penting..tapi cukup la 4 ni aje. Kalau ingat 4 perkara ni, saya kena fikir berkali2 nak buat. Sampai buat perjanjian sehari 2 batang je..tapi..emmmm..bila dah ada dlm peti, janji tu buat2 lupa.

Kak Lia my sil..dia pun dilema cam saya. Lagi pulak 3 hero. Kesimpulannya, aiskrim ni memang best sbb mampu buat budak2 makan berbatang2. Kalau aiskrim dalam tapewe..satu cawan je dah..sebab ape?..sebab muak. Tapi aiskrim ni takkan muak sebab rasanya betul2 original, takde pengawet dan sendiri buat. Kalau sendiri buat, ada berani nak cakap muak..hehe..! Jom buat aiskrim Malaysia..