Memaparkan catatan dengan label Activity. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Activity. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

Lost World of Tambun Part 3

Lama betul sambungan cite Tambun ni. Kesibukan kerja dekat2 nak cuti sekolah..makin nak cuti makin banyak yang datang. Takpe..slow and steady akhirnya pasti siap.



Ok..sambung cerita Tambun. Lepas mandi manda dengan jayanya, siap2 pakai cantik2, kami pun makan di satu stall kat dalam tu. Lepas mandi, anak2 kelaparan. Kami order set nasi lemak. Haikal dan Zahra beli pop corn. Dah lapar pop corn yang biasa2 pun jadi sedap..hihihi

Tag kami buat kenangan..


Foto shoot from Haikal..


Ini budak kalau tak meleleh air mata pi mana2 memang tak sah..


Mata Haikal pun dah merah..


Lepas makan, kami pusing2 sekitar lost world. Main Merry Goes Around..


Bye mama..macam la nak pegi mana2


Naik pulak choochoo train..tengok2 pemandangan di Lost World of Tambun, nampak pulak nenek kebayan ni. Tak takut tapi sebab muka dia kedut seribu jadi geli pulak..kehkehkeh


Gajah batu..


Batu kapur tinggi betul..


Nak mendulang kat sini pun boleh..


Cantik betul batu kapur ni..


Seronok tapi dah penat ye..muka dah mula sunburn


Hafiy pandang apa tuuu..


 Lastly, kami posing dengan geng2 mummy ni..

Kami gerak balik tepat jam 6 petang. Sepanjang jalan, anak2 tidur aje. Sampai di Tapah, kami berhenti untuk mkn dan solat maghrib. Saya dan suami beli nasi bungkus then makan dlm kereta. Lepas makan, kami pun maghrib. Orang punyalah ramai kt musolla..sampai nak solat pun berlaga punggung. Tapi ok..dugaan kecil je 

Selesai urusan, singgah kat gerai beli jambu air. Pastu kami gerak balik terus ke Bangi. Pukul 10.30 mlm, Alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Percutian yang simple dan santai tapi best..!




Khamis, 18 September 2014

Lost World of Tambun Part 2

Bercuti di water park macam ni tak boleh lari dengan ramainya orang. Awal2 masa mula kami masuk tak berapa ramai tapi makin naik tengahari ke petang makin ramai pulak yang datang. 


Ni bahagian kanan water park yang khusus untuk kanak2. Kat sini ada slide, ada kapal dan yang paling best ada timba besar yang bila airnya penuh, timba ni terbalik dan air akan kena pada kita yang tunggu di bawah. Ramai yang menunggu di bawah sebab nak rasa percik air yang kuat..termasuk saya..
hihihi


Yang ni adalah laluan konon2 macam sungai. Panjang sungai ni 660 meter dan diikhtiraf dalam The Malaysia Book of Record.



Bila menyusur sampai ke patung gorila, suara gorila pun keluar..uuuaaaa


Katak pula..




Petting Zoo


Pemandangan  dari atas



Tak banyak angle yang menarik boleh ambil sebab risau kamera kena air. Badan pulak basah..

Ok..sambung part 3


Rabu, 17 September 2014

Lost World of Tambun Part 1

15-16/9/2014 - Holiday ke Lost World of Tambun adalah last minute plan. Pagi Isnin kemas2 beg..itupun kul 10 lebih. Kul 11.30 gerak ke Ipoh. Perjalanan ke Ipoh smooth aje. Sampai di Ipoh dalam kul 4 lebih..agak lewat sebab kami berhenti lama di RnR Tapah. Dalam Ipoh, kami start guna waze tapi rasa macam ada yang tak kena. Arrow waze tu macam flat je dan waze bawa kami macam takde tujuan. Godek punya godek patut la hanyut..saya tak click pada navigate. Bila waze dah start kuar suara, kami pun straight je ke Lost World. Tak susah pun jalannya.. 

Plan nak stay kat Lost World Hotel tapi takdak rezeki bilik penuh. Pastu kami bergerak mencari hotel. Ada satu hotel yang dekat2 situ tapi malangnya..hihik faham2 je la hotel bajet ni. Pastu kami gerak ke bandar Ipoh..banyak hotel rupanya dalam bandar. Heritage, Seri Malaysia dan pilihan kami di Impiana.



Kami check in kul 5.40..rehat2kan diri, solat jama', lepak2 pekena teh o panas dalam bilik. Anak2 siap mandi, kami suami isteri layan Arkasia : Maaf Jika Aku Tak Sempurna sementara menunggu jama' ta'dim.

Malam kami anak beranak kelaparan yang amat. Tak tau nak makan kat mana, Whatapps group kat mana tempat makan yang best kat Ipoh ni. Member suggest Waritha Seafood..so kami terjah ke sana hala ke exit Simpang Pulai. 

Punyalah lapar semua yang diorder licin licau. Anak2 yang payah nak makan pun bertambah2 makan nasi berlaukkan tomyam. Selesai makan kami tak kemana2 terus balik hotel. Layan tengok tv cite Bujang Lapok..hahaha

Esoknya, jam 8 pagi kami turun utk breakfast. Breakfast buffet di Impiana ni biasa2 aje. Seperti biasa kami anak beranak akan makan sikit2 tapi semua menu nak cuba. Masa makan anak2 asyik la jom..jom. Masing2 dah tak sabar nak ke Lost World. Jadinya pagi tu tak payah mandi. Dengan mama pun tak mandi..hihik..buang masa je lepas ni nak berendam juga kannnn.


Ni la muka2 yang tak mandi tapi wajib gosok gigi..hihihi


Lepas settle urusan bil, kami posing dulu buat kenangan. Tapi sayang takde logo hotel..


Stail baru ambil gambar pejam mata..


Lost World of Tambun..here we come..

Urusan beli tiket pun smooth aje. Nampak ramai tapi dapat cepat dan senang sbb guna express counter. 2 adult = RM100, 3 child (Hafiy lebih 90cm dikira..huhuhu) = RM126..Total RM226


Posing dulu sementara menunggu papa

Beberapa scenery di Lost World of Tambun..






Nasib sakit perut papa tak melarat ye..kalau tak, tak berpeluang la..



Anak bujang sorang ni asyik la nak mama,nak mama..kasi can la mama nak rehat jap. Main dengan papa dulu ye..




Suka sangat main air,sampai suruh posing pun puas bersuruh..


Cantik sungguh..berlatar belakangkan gunung batu kapur

OK..sambung part 2





Khamis, 4 September 2014

Gathering Ihsan 95

Asalnya cuma berkata tq atas undangan dan tidak ketahuan samada nak pegi atau tidak. Tapi bila tuan rumah dah listkan nama saya sebagai tetamu yang confirm hadir dalam whatsapp, saya jadi serba salah..tak elok rasanya saya hampakan undangan orang. So, 30/8 saya ngajak suami ke Cahaya SPK. Jemputan ni adalah dari sorang kawan sekolah al ihsan utk kawan2 yang dah berbelas tahun tak jumpa. Gathering.. Jemputan makan2 merdeka katanya.

Yang peace tu la tuan rumah, Maizurah Mohamed..nama glamnye Pokmai. Seronok dapat jumpa kawan2 lama. Selama ni berchatting dlm whatsapp je..hari ni bersua muka..


Yang kiri sekali sepul (pegawai undang2 di mps) dan yang berkopiah suheir (ostaz di sek kl). Kami makan sambil bual2..tapi sikit kekok..mungkin segan kot..


Tak lama lepas tu, sorang lagi sahabat dari Kuala Selangor pun sampai. Uda (cikgu) nak sangat jumpa saya..akhirnya..dengan anak 5 orang..


Yang tudung coklat tu Zelly..kami tak dapat nak bual lama sebab yang baru sampai nak jemput makan. Takkan orang makan kita nak nyembang. Pulak ada suaminya kat sebelah. Bila dah selesai makan, yang saya pulak dah lama sangat kt rumah orang suami ngajak balik. Last2 bual yang biasa2 je la..bual tahap mak-mak dah sekarang. Sebelum balik, posing dulu buat kenangan dan tayangan secara live ke whatapp group.

Buat sahabat2, doakan kalian sejahtera dan bahagia bersama keluarga tercinta..Ameen






Khamis, 12 September 2013

Sekitar Pemandangan Raudhah di Hatiku

Inilah sekitar pemandangan program Raudhah di Hatiku. Banyak manafaat khususnya yang dah berkeluarga dapat mendedahkan anak2 tentang masjid..








Artis Heliza dan Diana Amir untuk program muslimah..comel betul diorg berdua ni..


Nora mempromosikan vcd Umi sesuai untuk kanak2..


Ni pakcik dalam iklan wakaf..pandai tulis khat rupanya..


Heliza dalam program Save For 4..


Ceramah keibubapaan oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz..


Ambil berkat ulama nak..


Pantang nampak kamera..eiiii..cubit pipi tu kang...


Haus yeaaa...


Hadiah pertandingan azan..


Feveret kartun..Hafiy suka sangat dapat salam dengan Ipin..

Terbaekkk..tahun depan TV9 datang lagi kat Bandar Baru Bangi yeaaa...!