Dah lama beno tak menulis blog..last sekali bulan Mac lepas. Bukan takde apa yang berlaku tapi tuntutan kerja di sekolah membuatkan saya perlu dahului tanggungjawab yang diamanahkan. Bila dah lama tak menulis, mulalah slide satu2 gambar dlm kamera dan handphone. Rindu pulak momen yang lepas2 dengan orang yang di sekeliling saya especially family tersayang..
First, nak simpan memory ni masa Family Day SMKBSP di Bagan Lalang April lalu. As comittee Kelab Guru, saya ditugaskan untuk sediakan hadiah for sukaneka. With small budget and very limited time, saya kena fikir sesuatu hadiah yang praktikal, murah dan jimat masa utk membalutnya. Dan hasilnya.. mendapat pujian dari rakan2 sekerja..hihik..bukan pujian yang dicari tetapi sesuatu kepuasan apabila buat semua orang happy.
Ini hadiah yang saya rasa paling praktikal. Johan bekas plastik dalamnya ada towel kecil..naib johan mug yang saya beli di Giant....ketiga note book yang paling layak tempatnya dalam handbag cikgu2 pompuan. Nak tulis note masa meeting kan senang..tak payah lagi amik kertas A4, tulis sikit pastu buang..jimat duit sekolah..hihik
Inilah first task saya as comittee Kelab Guru. Setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan sebanyak 75 gifts, inilah hasilnya. Bangga pada diri dan syukur kerana diberi kepercayaan. Walaupun tak seberapa tetapi apabila mendengar cerita dari kawan yang anaknya nangis hentak2 kaki nak minum juga air dari mug gift ni membuatkan saya tersenyum puas. See..!..praktikal sungguh..