Selasa, 13 Oktober 2015

Hantaran Pengantin

Demi persahabatan, saya setuju sebab saya memang teruja benda yang berkaitan dengan seni dan kraf. Hantaran ni untuk penyelaras saya, Kak Jay yang nak kawinkan anak. Disebabkan hantarannya cuma lima dulang, tidaklah menjadi masalah bagi saya. 



Saya dan Kak Jay beli semua barangan kraf di Nilai 3. Banyak kedai tapi pilihan saya semestinya kedai ZC. Saya bagi Kak Jay memilih warna, ape barang yang nak di beli dan semestinya mengikut bajet Kak Jay. Sebelum Kak Jay decide, dia mesti tanya saya dulu..ini ok tak?..yang ni matching tak..hihihi. seronok.

Pilihan Kak Jay biasa2 aje tapi bila diolah dan digubah nampak simple but classy. Oohh ya..hydragea tu pilihan saya sebab nak selitkan unsur2 english di situ.


Kasut pengantin perempuan


Handbag


Perfume


Tafsir dan telekung


Bakul untuk gula2 dan coklat

Total barang2 riben, bunga hiasan dan pahar RM180++. Masa saya mengubah hantaran ni saya seperti belajar sesuatu..
Tak perlu berabis duit, bermahal2 untuk sesuatu. Kreatif hasilnya superb..

Oh...superbnya gubahan ioulls..hihihi..bye :-)