Jumaat, 12 Februari 2016

Meja Konsol Saya


Ini meja konsol saya. Dah lama dah meja konsol ni dan dah merata saya letak dalam rumah. Last destination adalah kat sini. Kat tempat ni yang paling lama bertahan. Sama juga dengan bunga kat atas meja tu. Mula2 sini, pastu situ.


Meja konsol ni letaknya di dinding antara entrance dapur dan bilik bawah. Kalau buka pintu masuk, terus nampak meja konsol ni.


Di bawah meja ni saya letakkan alas kaki warna merah. Bekas putih tu asalnya bekas isi teh tapi tutupnya dah pecah, saya letakkan rumput bola atas bekas tu. Nampak gabungan warna merah, putih dan hijau.


Kaca instant saya tampal dibirai meja supaya nampak bling2. Niat hati nak macam konsol ssf..taaapi..hihihi..harganya ada k pada RM.


Bila di zoom out, inilah rupanya. Di dinding saya letakkan frame ayat 1000 dinar. Di kanan bilik di kiri pula entrance dapur. 

Simple aje
Selamat mencuba :-) 







Khamis, 11 Februari 2016

Dekorasi Kelas 2016

Manafaatkan seminggu cuti CNY 2016. Alhamdulillah..dapat juga saya siapkan bahan2 deko kelas. Kalau nak diikutkan dah lewat ni sebab dah bulan 2 baru nak tampal..tapi takpelah orang kata buat perlahan2 hasilnya kebabom..ayat nk sedapkan diri hokeyyyy..Tapi seriuosly kalau hari biasa saya memang tak sempat nak buat ape pun pada kelas sebab banyak task and duty.



Bahan clipart kesemuanya saya amik dari group fb. Terima kasih pada insan yang rajin upload dan share. Macam2 pattern very colourful.



Membuat bahan deko memang perlukan tumpuan..sebab benda ni bermain dengan kreativiti kita. mix and match jadilah sesuatu yang cantik lagi menarik.
Paper plate dot2 merah dah lama dah beli kat Mr DIY..dari tahun lepas lagi tersimpan aje..so fikir2 baik tampalkan sesuatu yang murid boleh hafal berkaitan dengan Pendidikan Islam. 


Bahan2 nilai murni pun ada supaya akhlak murid sentiasa murni..hihihi. Set kelas  jadual waktu, jadual bertugas dan carta organisasi saya beli online dr group fb. Sangat mudah dan senang..


 Insyaallah..takde ape aral saya nk pegi sekolah dalam cuti ni juga. Bukan ape, kalau tunggu buka sekolah nanti memang tak sempat. Mana nak mengajar, nak masuk meeting, nak buat keceriaan lagi. 

Lepas ni mesti kelas saya terlajak cantik..

OK BYE!






Selasa, 9 Februari 2016

Deko Buku Rekod Mengajar

Amacam..? Ok tak tajuk entri..hahaha

Sebelum ni saya tulis tangan perkara yang wajib dilengkapkan dalam buku rekod mengajar. Tapi tahun ni disebabkan saya ada banyak clipart yang saya download dari fb, makanya saya deko2 helaian yang wajib tu dengan warna warni.


Takwim persekolahan


Visi dan Misi


Jadual kelas dan persendirian

Saya suka buat keje2 macam ni..kiukiukiu



Holiday Penang & Cameron

Assalamualaikum...

Entri pertama untuk tahun 2016 ialah cerita masa holiday bulan Nov tahun lepas. Holiday kali ni macam flash back kenangan2 masa pergi ke Penang tahun 2014 dan Cameron tahun 2011.
24/11/2015-Di Penang kita siap2 booking Sunway Hotel. Memang best hotel ni sebab bersih dan furniturenya baru dan moden. First day tiba di Penang aim saya nak pergi tempat shooting drama Love You Mr Arrogant. Kat benteng Padang Kota rupanya..Pastu nak pergi tempat Zara Zya makan pasembor..hihihi..jumpa punnn..Kedai Pasembor Hj Ghani.. Ahhhhh dapat la merasa pasembor yang femes satu Malaysia. Tapi pasembor bukan favourite saya. So makan aje..takde komen ape2.

Malam pula kita turun hotel pekena pulak sup kambing Hj Hameed cicah roti. Best..anak2 order sup satu sorang takmo share sebab semua suka kambing.  



25/11/2015 - Esok jalan2 ke Batu Ferringhi. Jalan punya jalan sampai ke Teluk Bahang. Jumpa pula dengan tempat rekreasi ekstreem yang femes dalam fb iaitu Escape. Kita tak join pun cuma tengok dari luar dan amik gambr.



Jalan2 lagi jumpa pula dengan D Heritage. Kedai jualan kopi yang dieksport ke oversea. Masuk kedai ni rasa macam nak borong semua..tapi ehem2..harga boleh tahan. So saya beli teh apricot, teh serai dan kurma coffee..ok la rasa dia sedap.. 


Balik ke bandar, singgah tapau nasi kandar Line Clear..


Senyum kegembiraan nak pekena nasi kandar..


Ada berani kepala ikan...?..tak berani


Ni je amik di Line Clear..kuah kari ceduk2 campur, ayam goreng dan bendi..


Makan kena buka baju..baru feel makan kari 


Petang tu lepak lagi kat sini..


26/11/2016 - Esoknya kita gerak pagi2 ke Ipoh. Posing dulu sebelum meninggalkan Sunway Hotel..


Kita tiba di Ipoh jam 3.00 ptg dan check in di Impiana Hotel. Dah check in kita keluar cari makan. Masa ni mula la terfikir nak tinjau2 mcm mn rupa pasar malam di Ipoh. Saya pun google pasar malam hari Khamis di Ipoh. Dah tau kita pun pegi ke tempat yang namanya Silibin. Petang tu kita ke Silibin dengan meredah hujan yang lebat gile. Mula2 xperasan kat mana pasar malam..tapi bila round kali ke 2 baru la nampak payung2 orang yang berniaga. Petang tu banyak juga kita beli..ada popcorn, mee hoon goreng, kue tiaw, keropok dan karipap. Malam pula kita duduk dalam bilik aje sebab masing2 dah kepenatan.

27/11/2016 - Last day kita gerak naik ke Cameron. Mula2 sampai di Cameron kita pekena tea dengan scone. 




Turun ke bawah nak amik gambar..

Pastu kita jalan2 ke Mardi. Kat sini anak2 petik strawberi sendiri. 



Pastu kita pergi pula strawberi farm..




Segar2 salad ni..
Selesai pusing2 di sini, kita solat jamak di masjid dekat situ. Nama masjid tak ingat..hihii. Kebetulan pula pada masa tu hujan. Memang terasa sejuk.

Dah solat, kita pun shopping sayur2 di Kea Farm. Ramai sungguh orang masa ni. Saya pun jalan cepat pilih cepat. Malas nak berlaga dengan orang. Saya borong banyak sayur..murah murah segar2. Kita selesai jelajah Cameron pukul 4 petang. On de way turun ke Ipoh perut kita dah start terasa lapar. Kita pun singgah di gerai tom yam tepi jalan menghala exit Simpang Pulai. Makanan kat gerai tu sedap. Disebabkan perut lapar, makanan yang kita order semua licin. 

Abis makan kita meneruskan perjalanan balik ke rumah. Kita selamat sampai di Bangi jam 8 malam. Alhamdulillah.. holiday ni enjoy dan dapat mengeratkan kasih sayang antara kami. Bila tengok gambar2 ni, terasa nak pegi holiday lagi..tapi takde plan sbb tahun ni nak tumpu Haikal exam UPSR. Mungkin lepas2 UPSR kot sebagai reward pada Haikal. 



*sebenarnya banyak snap gambar tapi nak upload gambar slow sangat. so gambar2 ni yang terpilih..;-)