Rabu, 31 Ogos 2016

Program Sekolah Anak-Anak

Pertengahan Julai lepas, tadika Hafiy ada buat program Shopping Day. Shopping Day ni anak2 perlu bawa barang kesayangan atau prelove untuk dijual pada hari tersebut. Anak2 juga boleh beli barang dari kawan2 lain. Tapi yang paling cute, barang yang hendak dijual mestilah 20 sen atau 10 sen. Cute kan?..harganya comel sangat. Kalau barang yang dijual tu saiz besar, harga tetap 20 sen atau 10 sen.

Jenuh saya fikir barang apa yang nak dijual. Nak jual barang prelove sayang pulak. Last2 ajak Hafiy pegi kedai beli toys. Memang tak pulang model pun tapi yang penting Hafiy kena berani promote dan jual barang2 dia.


Sekali pandang macam papan tikam. Macam kita kecik2 dulu, bayar 20 sen boleh cabut tiket..pastu tengok pada tiket hadiah apa yang kita dapat. Board ni masa Shopping Day 2015. Gigih siapkan, maka saya sayang nak buang. Nasib tahun ni ada lagi program jual2, so boleh guna dan jimat masa.

pic : fb Sri Raudhah


Inilah pula kostum masa Sambutan Hari Kebangsaan sekolah Zahra. Dapat memo ada sambutan, kepala saya ligat memikir nak buat kostum yang jimat dan murah. 

Tapi kata aje nak murah, terbeli jugak benda yang macam2. Beli tape, kad bintang2, tudung dan crown..abis juga dalam 30 hinggit. Hasilnya macam dalam gambar tu. Tshirt putih saya tampalkan tape supaya ada jalur2. Kain pula kain sekolah kebangsaan saya tampal kad bintang2.


Apa yang membuatkan saya happy bila Hafiy balik sekolah dia bercerita barang dia habis dijual. Maknanya dia berani kempen barang dia pada kawan. Zahra pula dapat tempat kedua dalam pertandingan pakaian patriotik. 

Saya puas dapat menggembirakan anak2. Kadang2 terasa juga terover excited..hihihi..orang kata maknye yang lebih. Tapi ok aje..anak kita kannn..siapa lagi yang nak support kalau bukan kita mak2 ni.

Kesimpulannya, jadi mak kena kreatif. Mak kreatif, Anak happy..bolehkan gitu?..ok bye ;-)