Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum kazen2ku...

Krismas lepas weolls attend wedding Ejoy kan.. jadi nak flash back la balik..nak upload dlm fb tu blh tapi tak berapa nak best la...dpt tengok gambar  je. Baca entri ni uolls boleh la sengih sorg2 tgk gaya masing2.
 Hamboiii pengantin..dari jauh nampak sama cantik sama padan..hehe..uolls setuju tak wife ejoy ni ada iras2 Suhaila Eliany ex-wife Jimmy Shanley..ada kan ada kan!?

Kazen weolls yang sorg lagi Hakim juga selamat naik pelamin dgn pasangannya Hanum minggu lepas..uols pun ape kurangnye..dua2 segak komain dgn baju biru turkois di Mambau ngan baju krim gold di Kuantan..
Untuk dua2 pengantin ni iols ucapkan Selamat Pengantin Baru..ahaksss..!

Di Putrajaya, ramai sedara mara attend ke wedding tu. Dari Kuantan ada, Temerloh ada, Johor pun ada..






Masa hr tu pulak kecoh pasal banjir di Kuantan. So org Kuantan tak bleh lama2 masa wedding tu sbb dh tak sabo nak balik..risau ke rumah dh naik air..hikhik..

Yang syoknye time wedding ni bleh berkumpul dgn saudara mara dan jumpa kazen2 yg lama tak jumpa. Kira long time no see la. So bila dh jumpa masing2 buat majlis mcm majlis sendiri..hadoi la..hr tu nak terabak mulut..asyik ketawa memanjang. Dah tu pulak bile suruh posing masing2 tak henggat..


steady tuan rumah..


Pengantin berarak masuk dewan..

Pengantin masa ni biasa la..jalan kena sopan santun, kepit2 skit..ce tanya org yang dah bersanding betul tak? Yang blum naik pelamin nanti tau la camne..hihik..


Pastu mc announce guest yg nak tepung tawar. Belah weolls biasa la kan mesti la Mi  sbb yg sulung. Masa ni uolls perasan tak pengantin nangis? iolls perasan sbb i duduk depan stage. Ni sume gara2 bisikan sentimental Mi di telinga pengantin..waduhhh..i yg di depan stage ni pun tersentimental jugak.


Seterusnya yang merenjis-renjis dipilis...

My Ayahanda..

Eshu..

Mok Su blink blink..

Ayah Chor..

Aik..ape kes..!?

Dah selesai menepung tawar, pengantin makan beradab.


Our uncle ni dh mkn tp sbb dh dipelawa makan ngan pengantin mau ke dia tolak!?..kihkihkih!

 Ikut adat orang Perak, ada satu part yang weolls tetamu kena hulur duit kat pengantin.  So time ni men kena keluarkan wallet dan yang gegirls seluk handbag. Iolls yakin lagi percaya gegirl no problem nak tarik duit warna ape pun..tapi yang men ni..hihi..mesti ada yang dah tarik merah tapi masuk balik..ada tak ada tak!!?..tak baik tipuuu..tipu amalan syaiton.
 Kira kayo la pengantin. Sape2 je yang nak kasi, kasi la..takde paksaan. Haaa..yang bagi 2 hengget ke, 3 hengget ke, 5 hengget.. ada tak uolls lipat2 duit bagi tak nampak ? Hihi..takyah la nak cover. Yang penting ikhlas..

Dah masukkan duit dalam kotak kat bawah tu, salam la sekali ngan pengantin. Pengantin dgn sukenye cakap terima kasih...hihik.
Akak : sori angle tidak memuaskan..


Ceria wehhh..

Yang ni pengantin lama tapi mcm pengantin baru..


Ce tgk tgn kanan Fairus..genggam kemas seyhhh!..tu kaler merah ke biru tu..hishhh..astaghfirullah..ikhlas2..ade ke ckp camtu. syaiton la ni menghasut iolls. Fairus meh  tolong tampor syaiton laknatullah nih..

Pas part bagi duit kt pengantin, iolls merayap jadi mamarazi. Uolls tengok sendiri..





Ce tengok org Temerloh posing..sopan seyyyh..bukan cam korang..

Yang teleng tu la tukang karut yg berjaya merabakkan mulut weolls..


Ada dh kawen, ada yg bujang sekejap sbb tunggu bini bpantang, ada yg single but not available..errr..ye ke..?..yang duduk sit tengah tu budak skolahnye..Aqil rabu ni jgn lupa gi skolah..haha!


Hihihi..niece,s-i-l,sister and iolls..takkan nk kutuk lebih2 gambar sendiri betul tak..auw!


Sori bro..de best photo..kihkikih!

Sila vote mana satu senyuman yg paling menawan..uweeek!

sepupu sepapat..

Sebenarnya banyak lg photo pada hr tu, tapi seksanya nk upload..lambat cam penyu bertelur..

Last but not least, lepas salam kaut ngan Mak Anjang, weolls gambar ramai2 kat lobi dewan. Gambar  Mak Anjang ni je yang iolls snap..hehe.



Panjang umur kita berkumpul lagi..bye2


P/s:At my home...one day before the wedding, my mum borak ngn i. Pastu dia cakap .."Kesian budak2 ni..masa kawin bapak takde.."..Iolls terdiam..don't know what to say..Emm..tersentuh..!





Selasa, 18 Disember 2012

Kenduri Kawen Sana Sini


Dah lama saya tak update blog. Cuti sekolah ni tak banyak masa nk mengadap blog sbb nak kena layan kerenah anak2 yang nk macam2. Belum lagi kemas mengemas rumah. Baru je sapu, tak sampai lima minit dah ada kertas la, habuk biskut la. Lama2 tu gasak la..dah petang sikit time diorg main beskal kat luar baru la kemas balik.

Bulan 12 ni terasa cepat sgt berlalu. Ni mungkin sbb saya attend byk wedding. Semuanya wedding cousin. Mula2 8hb di Kuantan. Yesss...balik kampung sekali la tu. Pastu 14hb gerak ke JB pulak. 20hb ni balik Muar wedding di Merlimau. Last wedding 25hb di Putrajaya.

Terasa padat amat..tiap2 minggu ada weeding. Tapi kira ok la sbb dapt holiday sekali. Macam pegi JB tu hari, dapat la juga saya menyinggah di JPO. Excitad giler nak pegi JPO, tapi bile dah masuk situ..emmm..pada saya biasa2 je. Bak kata ayah tan, sekali pegi nak, dua kali tak nak dah..betul tu. Hehehe..


Ni gambar masa wedding di Kuantan.

Malas saya nk snap gambar sbb setakat yg saya attend wedding ni, sume guna photographer profesional. Rasa segan pulak nak menyelit. Takyah la susah2..tgk je fb diorang nanti ada la tu foto yang diorg upload.

Buat semua cousin saya dan suami..
SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA IKATAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN..!

Ps : Semalam 17.12.2012 sah sudah saya menjadi warga kerja SMK Bandar Seri Putra..Alhamdulillah..akhirnya dapat juga sekolah yang dekat dgn rumah. Lepas ni, tumpuan hanya kerja sampai pencen..takde lagi eg tukar..ahaksss..!err..ye ke!? 

Khamis, 22 November 2012

Update Orang Bersunat


Hari ni hari keempat Haikal bersunat.  Sepanjang tiga hari lepas Haikal asyik mengadu sakit je..pastu nanges. Saya pun terpaksa la jadi motivator jap bagi semangat supaya dia tahan sakitnya tu. Suruh dia banyak baca ayat kursi, selawat, baca alfatihah..tapi lepas tu dia cakap.. along dah baca tapi sakit juga..hehe nak tergelak pun ada.

Semalam pegi follow up di klinik doktor cakap dah ok. Doktor suruh mandi macam biasa supaya benang cepat reput. Hehe..yang maknye main lap2 je. Ye lah..orang tua cakap jangan mandi, kena la ikut. Kang menderhaka pulek..

Nak pujuk Haikal, saya belikan dia komik Lawak Kampus. Nampak dia leka sikit. Tu belum bangun lg pagi ni. Tengah malam tadi dua kali Haikal bangun pegi toilet. Haikal, papa cakap anak lelaki kena kuat tahan sakit..ingat tu..!


Rabu, 21 November 2012

Beauty Umaira


Dah lama saya mencari supplement. Terasa bila dah masuk 3 series ni selalu sgt rs mengantuk, cepat letih, sakit pinggang, pre mentrual makin teruk, nak buat kerja rumah lebih sikit pun terasa malas sbb cepat penat.

Cuti yg free ni dok surfing mana supplement yg baik dan regenye boleh dipertimbangkan. Iyela..makan supplement nak kena berterusan..kalau sekali beli dah mahal, nak continue makan mula berkira2 dua tiga kali.

Mula2 tu teringin juga nak try Sharklee sbb bagus utk bf cam saya ni..boleh tambah susu. Ehhh..tak jadi pulak. VCO Catalyst pun menarik tapi bila google bentuknya dlm tiub..alamak..dah macam Norefal. Emm..tak jadi juga.

Akhirnya, tak tau la camna saya boleh terpikat dgn Beauty Umaira. Mungkin sbb kandungannya herba dan tradisional tapi presentation dimodenkan, tu yang buatkan saya pilih Beauty Umaira.

Semalam saya order dari dealer online dgn harga diskaun yg sgt menarik. Tengah hari tadi pos laju dh sampai ke rumah. Service yang osum mosum..




Dgn tidak membuang masa saya terus pekena satu sachet. Emmm..sedappp...tapi sedap2 pun rasa ubat tu tak boleh lari punye lah.

Harap bila makan Beauty Umaira ni ada le perubahannya. Niatnya satu...
utk beribadah kerana Allah Taala...In Sha Allah..



Selasa, 20 November 2012

Haikal Berkhatan

Semalam Haikal bersunat. Haikal ni hari2 tanya bila nk bersunat. Tu la..bila bincang dgn suami, Haikal dah nak on je la. Nanti tak nak susah pulak nk memujuknya. Lagipun senang buat awal sbb bulan 12 ni byk kenduri kawin nk kena attend.

Haikal bersunat kat Poliklinik Al Haj, Bangi. Masa sampai kt klinik ni ramai  bebudak dtg buat follow up. Ada tu bdk 6 tahun kecik je dah sunat..


Sila la posing sebelum kena potong ye...


Stress menunggu



Time kena bius..nangis jugak



Kejap je..keluar je bilik dia punya kecoh satu klinik dengar. Tak sakit ma..betul tak sakit..


Aik..mcm takde ape pun...

Sampai rumah kasi gantung..lap2 badan je la..

Hehehe..ingatkan tak sakit ok la. Malam semalam merengek menahan sakit. Nak buat camne..mmg cam tu la org bersunat kena sabar, kena tahan sakit. Pagi tadi pun mengadu sakit. Sabar..sabar...jaga bdk bersunat ni macam jaga org berpantang. Eiii...nasib baik la bersunat ni sekali je seumur hidup.

Harap Haikal cepat baik. Dia pun nampak tak tentu arah sbb asyik baring je. Kalau cepat baik cepat la boleh naik basikal.




Jumaat, 16 November 2012

Abah Kami Balik Haji

Alhamdulillah syukur..abah selamat menyempurnakan ibadah haji. Excited nak amik abah kat airport.

Ikutkan surat Tabung Haji, abah dijangka tiba pukul 12.05 pagi 14/11/2012. Kami tiba di KLIA pukul 12.00 tgh malam. Tinjau2 kat airport ramai  yg menunggu jemaah haji balik. Dalam berdiri menunggu kami suspen..takut2 jadi macam masa abah nak pegi dulu..salah time. Tapi bila tengok kat skrin ada flight dari Jeddah rasa lega sikit. Mata tak lepas tgk skrin macam google earth ni..canggih gile..pe kebenda tah nak panggil! ni la benda nya.

Sakan tgk benda ni..mula2 cam malu je nak amik gambar. Takut org ckp jakun mana pulak ni..elehhh..pastu ramai pulak yg amik. 

Dah landing..alhamdulillah..



Masa ni sedara mara tunggu kat international arrival..pastu polis suruh tunggu kat domestic. Special utk jemaah haji.. takyah berebut dgn minah seksi baru sampai dr Taipei ..org baru balik haji dah kena tgk seksi2..tutup mata..

Posting fb la tu..


Alang, sila jangan sengih sendiri tgk gambar nih..dan jgn bajet jambu okey..!?


Tiga air tin sama dgn RM9..abahhh cepat kuar kopak lg duit ni kang..


Pandai2 la bawa diri yea..


Disebabkan ramai menunggu kat pagar, susah nak amik gambar. Nak menyelit pun kena sopan santun, nanti org marah. Bila orang depan dh nampak sedara, terus dia kuar dr situ. Saya pun cepat2 ke depan. Tapi still tak dapat shoot jelas.

Berdebar2 menunggu abah nak keluar. Gambar bawah belah kiri , makcik tu la org pertama yang keluar..pas sorang2 keluar..mana abah ni..

Tunggu punya tunggu, tu dia abah yang dirindui..abah berjubah putih tp tetap maintain dgn satu butang terbukak..kihkih, berkopiah dan berjaket coklat.



Dah la keluar sorang2 pastu ramai pulak yang menunggu..uish..dah cam artis dah


Atok Jeaaann...abah nampak kami disebabkan atok jean. Zara jerit cam dia sorang je ada atok.. 



Wajah dari Mekah..


Disebabkan subjek kesedaran sivik kami pada tahap A+ masa sekolah dulu, kami tak mau la block orang lain yang masih menunggu sedara mara. Jadi kami pun cari port baik punya utk bersalam2an dan berpeluk2an..


Dah selesai salam2 peluk2, kami pun zasss balik Nilai.



On the way balik Nilai, singgah jap kat MC Donald. Lapar wehhh pagi2 cam ni.

Sapa kata abah tak western..habis tau..Big Mc lagi..

 Lepas makan, abah suruh bukak luggage. Abah bahagikan barang2 yang dibeli di Mekah. Mie pesan pd abah jgn bukak luggage tu..tp abah hentak2 kaki nak bukak juga. Pe lg saya pun chup la apa yg patut. 
 Dah selesai sesi chup2 barang Mekah, saya pun satu kan barang2 abah jadi satu luggage dan satu hand luggage saje. Siap kemas2 pukul 4.30 pagi. Mata dah tak larat ni. Sok nak hantar abah lagi ke airport..flight ke Kuantan pulak. Tuan umah masa ni dah tido sbb esok pagi dia kerja...wuuuaahhh..ngantok weh.

Pukul 6.15 pagi kami dah bangun. Abg jie dan kak lia tgh siap2 nak pegi keje.
Semua dah siap kami keluar rumah pukul 7.20 pagi dan tiba di airport pukul 7.45 pagi.

Sampai kat airport, abah check in. Masa timbang luggage, luggage abah terlebih 18kg...alamakkk..pastu org kaunter bagi diskaun 13kg je di kira. Org tu tanya boleh ke..emmm..terpaksa la boleh takkan nak punggah balik beg jadi 13kg pulak..tak kose..

Jadi pegi pulak ke kaunter bayar luggage dan bayar sebanyak RM130. 


Dah selesai semua, saya suruh abah masuk dalam. Babai abah..


Punya la tak puas hati, kami tunggu bukan sampai abah masuk tapi sampai flight terbang..



 Tu flight abah..kami tau sbb kami nampak dari anjung tinjau. Abah masuk pintu B9. Jadi kami tunggu flight bergerak dr pintu B9.



aik..tak puas hati lagi tu. Tunggu sampai flight terbang.. Ce teka mana flight abah..kihkih..

Sampai flight hilang dr pandangan, kami pun balik Bangi. Petang tu, punya la mengantuk, kami membuta macam kami pulak yang balik haji..

hehe..dah abis cite. Cite abah tiba di Kuantan tak dapat la nak cite sbb saya tak balik. Takde lagi dah sambungannye sebab semua dah selamat dan selesai. Buat abah..emmm..tak tau nk cakap ape. Jaga Mie elok2..kihkih. Bulan depan kami balik. Ape lg belanja la kami..kihkih!


ps : photo editing by photoscape