Jumaat, 16 November 2012

Abah Kami Balik Haji

Alhamdulillah syukur..abah selamat menyempurnakan ibadah haji. Excited nak amik abah kat airport.

Ikutkan surat Tabung Haji, abah dijangka tiba pukul 12.05 pagi 14/11/2012. Kami tiba di KLIA pukul 12.00 tgh malam. Tinjau2 kat airport ramai  yg menunggu jemaah haji balik. Dalam berdiri menunggu kami suspen..takut2 jadi macam masa abah nak pegi dulu..salah time. Tapi bila tengok kat skrin ada flight dari Jeddah rasa lega sikit. Mata tak lepas tgk skrin macam google earth ni..canggih gile..pe kebenda tah nak panggil! ni la benda nya.

Sakan tgk benda ni..mula2 cam malu je nak amik gambar. Takut org ckp jakun mana pulak ni..elehhh..pastu ramai pulak yg amik. 

Dah landing..alhamdulillah..



Masa ni sedara mara tunggu kat international arrival..pastu polis suruh tunggu kat domestic. Special utk jemaah haji.. takyah berebut dgn minah seksi baru sampai dr Taipei ..org baru balik haji dah kena tgk seksi2..tutup mata..

Posting fb la tu..


Alang, sila jangan sengih sendiri tgk gambar nih..dan jgn bajet jambu okey..!?


Tiga air tin sama dgn RM9..abahhh cepat kuar kopak lg duit ni kang..


Pandai2 la bawa diri yea..


Disebabkan ramai menunggu kat pagar, susah nak amik gambar. Nak menyelit pun kena sopan santun, nanti org marah. Bila orang depan dh nampak sedara, terus dia kuar dr situ. Saya pun cepat2 ke depan. Tapi still tak dapat shoot jelas.

Berdebar2 menunggu abah nak keluar. Gambar bawah belah kiri , makcik tu la org pertama yang keluar..pas sorang2 keluar..mana abah ni..

Tunggu punya tunggu, tu dia abah yang dirindui..abah berjubah putih tp tetap maintain dgn satu butang terbukak..kihkih, berkopiah dan berjaket coklat.



Dah la keluar sorang2 pastu ramai pulak yang menunggu..uish..dah cam artis dah


Atok Jeaaann...abah nampak kami disebabkan atok jean. Zara jerit cam dia sorang je ada atok.. 



Wajah dari Mekah..


Disebabkan subjek kesedaran sivik kami pada tahap A+ masa sekolah dulu, kami tak mau la block orang lain yang masih menunggu sedara mara. Jadi kami pun cari port baik punya utk bersalam2an dan berpeluk2an..


Dah selesai salam2 peluk2, kami pun zasss balik Nilai.



On the way balik Nilai, singgah jap kat MC Donald. Lapar wehhh pagi2 cam ni.

Sapa kata abah tak western..habis tau..Big Mc lagi..

 Lepas makan, abah suruh bukak luggage. Abah bahagikan barang2 yang dibeli di Mekah. Mie pesan pd abah jgn bukak luggage tu..tp abah hentak2 kaki nak bukak juga. Pe lg saya pun chup la apa yg patut. 
 Dah selesai sesi chup2 barang Mekah, saya pun satu kan barang2 abah jadi satu luggage dan satu hand luggage saje. Siap kemas2 pukul 4.30 pagi. Mata dah tak larat ni. Sok nak hantar abah lagi ke airport..flight ke Kuantan pulak. Tuan umah masa ni dah tido sbb esok pagi dia kerja...wuuuaahhh..ngantok weh.

Pukul 6.15 pagi kami dah bangun. Abg jie dan kak lia tgh siap2 nak pegi keje.
Semua dah siap kami keluar rumah pukul 7.20 pagi dan tiba di airport pukul 7.45 pagi.

Sampai kat airport, abah check in. Masa timbang luggage, luggage abah terlebih 18kg...alamakkk..pastu org kaunter bagi diskaun 13kg je di kira. Org tu tanya boleh ke..emmm..terpaksa la boleh takkan nak punggah balik beg jadi 13kg pulak..tak kose..

Jadi pegi pulak ke kaunter bayar luggage dan bayar sebanyak RM130. 


Dah selesai semua, saya suruh abah masuk dalam. Babai abah..


Punya la tak puas hati, kami tunggu bukan sampai abah masuk tapi sampai flight terbang..



 Tu flight abah..kami tau sbb kami nampak dari anjung tinjau. Abah masuk pintu B9. Jadi kami tunggu flight bergerak dr pintu B9.



aik..tak puas hati lagi tu. Tunggu sampai flight terbang.. Ce teka mana flight abah..kihkih..

Sampai flight hilang dr pandangan, kami pun balik Bangi. Petang tu, punya la mengantuk, kami membuta macam kami pulak yang balik haji..

hehe..dah abis cite. Cite abah tiba di Kuantan tak dapat la nak cite sbb saya tak balik. Takde lagi dah sambungannye sebab semua dah selamat dan selesai. Buat abah..emmm..tak tau nk cakap ape. Jaga Mie elok2..kihkih. Bulan depan kami balik. Ape lg belanja la kami..kihkih!


ps : photo editing by photoscape













Tiada ulasan:

Catat Ulasan