Sabtu, 9 November 2013

Sudut Favourite English Style

Satu sudut yang menjadi favourite saya ialah di sini. Tak tau la..mungkin kat sini nampak lain sikit. Lain tang mn?..lain pada dinding.




Asal rumah ni takde batu biskut. Masa reno rumah, saya extend dapur, plaster ceiling dgn naik tembok pada porch. Pastu idea datang tiba2..minta kontraktor pasangkan batu biskut pada dinding naik tangga. Hasilnya seperti yang di lihat. Ramai yang bertandang ke rumah akan bertanya soalan favourite..batu ni memang dah siap ada ye?..hihik..tetamu yang tanya tu biasanye tetamu yang pertama kali datang ke rumah. 
Untuk nampak ada unsur-unsur english, saya gantungkan frame2 putih. English style kan suka yang putih2. Ideanya saya amik masa kenduri kawen kazen di Kuantan.


Cantikkan? Nampak very de english. Nak je saya gantungkan apron macam gambar kat atas ni..tapi tak payah la..nampak over la pulak kang. 

Walaupun hanya deko pengantin, tapi kita boleh applykan mengikutkan kesesuaian rumah kita. 

Selasa, 5 November 2013

Celebrate Besday Zahra n Hafiy

Memandangkan hari Selasa cuti sempena Maal Hijrah, mama decide celebrate besday kakak dan Hafiy hari Isnin malam. Mula-mula nak makan2 kat restoran Upin Ipin tapi Zahra tak nak..nak makan kat MacDonald. Layan je le..


Besday pun share takpe lah kek mahal sikit.


Lilin Hafiy 3 lilin Zahra 6 batang. Tak sempat nak snap gambar, lilin dah tiup dulu..


Huru hara dibuatnya..meja kecik atas meja macam2..


Tu kena paksa amik gambar..kalu tak tangan berselirat nak capai french fries..



Ini ticik kalu suruh posing memang superb..


GCB..sedap juga


Asal suruh posing, mesti nak peace..pastu jari tutup muka..


Menu malam semalam 2 set bubur ayam, 2 set ayam spicy dan 2 set GCB. Alhamdulillah..kenyang. Anak2 happy mama n papa pun happy..
 Sayang uolls..muaaah!



Isnin, 4 November 2013

Garden Ku Sayang

Musim hujan la sekarang ni kan. Suka tengok pokok2 lepas kena hujan. Cik pink ni pun cantik berkembang. Tapi bila kerap sangat hujan kelopak dia cepat lecuh. Pastu pulak bunga2 cepat gugur..nak buat camne huhuhu..hujan tu kan rahmat.



Nampak sangat pokok2 ni kekurangan vitamin. Haiii..bila la nak menyingah ke nurseri ni. Takpe pokok2 ku sayang..esok saya cuti maal hijrah. Pagi2 sok sebelum jiran2 bangun saya bagi vitamin ye. Mungkin juga korang dapat sedara baru yang gojes mojes. Uolls tunggu je la esok ye. Sayang kamu semua..




Ahad, 3 November 2013

Klip Rambut dan Brooch Segera

Kraftangan ni dibuat untuk jualan Hari Keusahawanan Pendidikan Khas Negeri Selangor. Disebabkan last minute saya terpaksa beli yang ready made..pastu cantum dan gam. 


 Berhempas pulas juga menyiapkan klip rambut dan brooch ni. Bila dah siap, nak di packingkan pulak dalam plastik. Tebuk lubang siap2 untuk sangkut.







Dah selamat dijual pada September lepas. Laku..?..Alhamdulillah..lepas pulang modal..hihik..

My 6 Years Old Zahra

Happy Birthday Zahra..
23/10/2013 lepas, kakak genap 6 tahun. Mama lupa nak tulis sesuatu sebab dekat hujung tahun ni, mama busy sikit..banyak keje sekolah yang perlu di settle sebelum cuti sekolah.

Kakak dah besar. Makin comel dan cantik. Mama doakan semoga kakak jadi anak yang solehah. Rajin2 belajar supaya kakak jadi orang pandai dunia dan akhirat. Tahun ni mama hadiahkan kakak Cik Ted. Mama sayang kakak. 
Muaah Muahhh Muaahhh....


2009 Zahra pagi raya di Kuantan


2009 Zahra pergi beraya 


2011 Zahra di Taman Tasik Cempaka


Zahra dengan Cik Ted

Mama sayang kakak..Mama sayang Adriana Zahra..





Cuti-Cuti Lumut, Perak Part 3

28/9/2013 - Sambung lagi shopping di pekan Lumut. Kali ni beli ikan kering, ikan bilis dan snek. Beli pun tak banyak..sikit2 je..




Lepas shopping, kita jalan2 bawak kereta takde spesifik tempat. On the way tu, kita nampak ada kapal TLDM. Kita berhenti, turun dan amik gambar. Nak masuk dalam kapal kena bayar sorang RM15. Mahal la pulak..takpe lah..tengok kat luar je..







Ini la sebenarnya tujuan kita ke Lumut. Family Day IWK 2013 buat kat sini..aiseymannn..cane la foto Marina Cove  tak snap..lupaaa..

Petang ada sukaneka di kawasan lapang  resort. Yang seronok, budak2 la..diorg boleh main games yang urusetia sediakan. Yang mak2 ni, duduk la bersembang.



Hebat la tu..siap bukak kasut..



Ok..part 3 finish. Check out 29/9/2013 pukul 11.30 lepas anak-anak mandi kat water park belakang resort ni. On the way balik, singgah rumah kawan di Bandar Seri Botani. Pukul 5.30 sampai rumah Bangi...





Rabu, 16 Oktober 2013

Cuti-Cuti Lumut, Perak Part 2

27/9/2013 - Lepas check in Marina Cove, kita keluar pusing2 tgk pekan Lumut. Ada jugak beli barang tapi sikit je..


Ini kicik enjoy sakan dapat chipster..macam kt Bangi takde..propa la Hafiy


Tengok laut..amik angin


Ye la Hafiy..peace le


Ehem2..jauh beno..sekitar Waterfront Lumut


Di depan terminal jeti ke Pulau Pangkor. Plan nak pegi tapi masa tak mengizinkan..






Beli fridge magnet..



Topi..harus beli satu




Lepas pusing pekan Lumut, jalan2 pulak kt tepi pantai. Kat sini kureng sikit..macam tak berjaga pantainye


Malam kita kuar pi Aeon Manjung. Mula-mula plan nk makan KFC tapi sampai sana depan KFC ada pulak restaurant fast food baru. Yang best tu makanannye sume 50% diskaun. Tempat ni nama Wing Zone. Best restaurant ni..ada internet free. Paling tak boleh lupa tempat kering tangan kuat giler. Sampai kedut2 kulit tangan.



Tu aksi budak yang tengah kelaparan yang teramat..sampai terangkat kening dia..

Ok..sambung lg..part 3 pulak