Khamis, 28 Mac 2013

Adenium Obesum Berbunga

Suatu ketika saya sgt cintakan rose. For me rose is feminine. Kalau org perempuan tak suka rose kira tak feminin la (ye ke?)...

Tapi jodoh saya dgn rose tak lama. Rose yang sgt cantik, menawan, sexy  amat sukar untuk dijaga. Dulu, saya ada 5 pasu rose. Hati ni berbunga2 bak rose yang sedang mekar di garden sekangkang kucing. Hari2 rose disiram, dibaja, di belai..paling tak tahan cakap2 dgn rose..hihik. Hampir setahun rose bertahan di bawah belaian saya. Di penghujung tahun lepas, rose di serang oleh ulat bulu dan pelbagai penyakit. Pelbagai usaha utk menyelamatkan rose tapi tuhan lebih menyayangi rose2 saya. Rose pergi buat selama-lamanya. 

Kini saya harus akur saya dan rose kini bukan lagi serasi. Cinta saya sudah beralih arah pada Si Kemboja Cina atau nama glamournya Adenium Obesum.
Cantiknya adenium persis rose.
    



Ini yang baru saya beli balik dari Kuantan semalam. Di Exotic Matahari Nursery banyak adenium yg tgh gediks berbunga. Murah pun murah..this one is about rm45 sbb double layer dan warna purple. Adik manis cakap purple mahal sikit kak. Ok la, boleh diterima pakai. Maybe susah dan jarang jumpa kaler purple.


          

           

Yang ni pulak warna merah double layer. Tengok je kelopak dia buat saya tergoda habis. Tak mau malam terkebil2 menyesal, saya pun hangkat dua pasu terus. Yang ni murah betul..rm25 sepasu..dah berbunga dan berkudup. Kalau yang ni jual di Bangi, mesti rm50 sepasu.




Yang ini memang dah ada di rumah..sedang berbunga. Harap2 dapat la adenium saya kembang dengan jayanya sbb la ni cuaca di Bangi tak menentu.








Selasa, 19 Mac 2013

Jahit Menjahit Kemahiran Hidup

Cikgu kh jahitan la katakan..jadi perlu ada alat untuk menjahit. Alatan ni adalah untuk subjek kemahiran hidup jahitan yang perlu saya ajar pada murid khas. Objektif diakhir pembelajaran : murid dapat menghasilkan suatu artikel kraftangan..ecehh!!..mcm tulih dlm buku rekod mengajar pulak kaedahnya. Saya plan nak buat barangan kraf dari kain felt like hair clip, brooch, key chain, book mark. Inilah antara bahan-bahan yang diperlukan :


Butang




Benang


Batang aiskrim


Kain felt..pastel colour..i likeeee..


Bila dihimpun begini, cantik pulak..



Supaya alatan ni mudah dicari apabila nak guna, masukkan butang yang kiut miut  dalam balang kaca comel2. Tak payah beli bekas plastik yang byk compartment tu..recylcle brg yg sedia ada di rumah. Balang kaca ni i tak beli pun..collect dari kenduri kawen.

Alatan dah sedia. Tinggal lagi utk mengerjakannya..so Hepi Sewing n Hepi Teaching To Me..




Sabtu, 9 Mac 2013

Tea Set Dalam Almari


Ini adalah  my mum's tea set on her wedding in 1965. Very unic sbb tekonya kecil dgn cawan dan piring pun kecil jugak..

Dah lama saya bawa balik dari Kuantan ke Bangi..set ni terperap je dalam almari tv sbb tak tau nak letak mana. After having discussion with husband, i decided to buy almari yg tujuannya satu nak taruk set ni. Really loves  these set sbb benda ni dah kira barang antik.

Saya ada satu dish set yang sama mcm ni brand giacomo. Maknanya org dulu2 dah lama pakai bentuk set ni..



Teko ni ada sumbing di dalamnya tapi still ok untuk disimpan.



Masih boleh diisi..nanti bila balik kuantan want to ask my mum boleh tak bring others to bangi..biar anakanda je la yg simpan..


Jangan biarkan kosong di atas almari. Harus ada small deco..barulah santek..!





Jumaat, 8 Mac 2013

Redha Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Jumaat penghulu segala hari..

Segala impian dan angan2 kita ada masanya menjadi kenyataan dan ada pula tinggal seribu kenangan. Manusia memasang impian namun yang menentukan keberhasilannya adalah Allah Taala.

Baru2 ni sesuatu yang sukar diungkapkan telah berlaku dalam hidup saya, hamba yang serba-serbi lemah ini. Seluruh jiwa saya menjadi kacau. Saya seolah-olah berdiri di awang-awangan. Siang malam asyik memikirkan perkara yang takkan mungkin berlaku lagi dalam hidup saya.

Saya jadi lemah disebabkan hal ini. Saya menangis semahunya..kenapa saya lemah sebegitu rupa. Segala pertuturan saya tak seceria biasa..ingin menyendiri melayan perasaan..lagu2 sayu meniti di bibir.. tumpuan kerja mula pudar. Saya merasa amat sakit kerana menahannya..terpaksa berpura2 yang semuanya berjalan lancar. Saya membayangkan lagi angan dan impian itu..

Apabila ia menjadi penyakit buat saya, saya sedar saya harus menerima hakikat yang mana hakikat ini tak boleh diubah sampai bila2. Pada insan yang selalu di sisi saya,  saya luahkan apa yang terbuku di hati. Bila hati tak tenang dan sudah berbuat salah, mohonlah kemaafan pada yang berhak..saya takut saya tidak memperoleh redha Allah.. 

Saya bercerita..berbincang..mohon kemaafan..dan akhirnya saya lega..

Pada Pencipta, saya merintih dan memohon diampunkan segala kesalahan saya kerana lalai dan leka. Saya menangis dan merayu sepenuh jiwa dan raga saya agar diberi kekuatan untuk melupakan dan hijabkan segala2nya..dan meminta kembalikan kehidupan saya yang dulu.

Saya mula lupakan sedikit demi sedikit..hari demi hari saya cuba melawan perasaan..biar pun kadang2 hati berat melepaskannya. Doa sering tidak putus saya panjatkan pada yang Maha Esa dan Maha Mengetahui. Saya harus kuat demi maruah saya sebagai muslimah, isteri, ibu, guru dan anak. Saya tidak mahu dibuai perasaan yang tidak keruan lagi. 

Ya Allah ya tuhanku,
Ampunkanlah segala dosaku,
Terimalah ibadahku,
Bantulah aku melupakan segala-galanya,
Hijabkanlah ingatan itu dalam hidupku,
Berkatilah kehidupanku,
Jadikanlah apa yang kulakukan adalah untuk memperolehi keredhaanMu
Kurniakanlah kekuatan dalam diriku melawan godaan syaitan,
Pelihara imanku ya Allah agar aku memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Amin ya Rabbal A'lamin..

Sesungguhnya setiap muslim wajib beriman dengan rukun iman yang ke-6..beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap berlaku telah direncanakan oleh Allah SWT dan sudah tentu ada hikmah yang sedang menanti..itu janji Allah yang memang pasti.

Saya mendoakan kebahagiaan buatnya...Wassalam..










Rabu, 6 Mac 2013

Hadiah Hari Jadi Untuk Murid

Pensel dan pemadam adalah dua benda  yang selalu diberi oleh guru kepada murid. Nama pun murid..itulah benda yang amat2 penting semasa belajar.

Actually, hadiah ni utk birthday celebration. As person in charge bahagian hadiah, kerja saya membalut hadiah cantik2 supaya semua anak murid saya happy..

Untuk birthday boy and girl, my colleague dh beli towel dan pensel ni pulak utk games pada majlis tu.



Walaupun sekadar pensel, i'm sure takde cikgu yg tergamak nak kasi macam tu je. Presentation tu penting...wrap juga walaupun last minute saya teringat ada hadiah utk games.

Ini pula hadiah towel. Wrap bentuk silinder kemas2 then tampal greeting card yang diprint sendiri. Have too rajin google baru la dapat greeting card yang cantik, colourful and foc..boleh save the budget daripada beli card mahal2 pastu buang.



Then, hadiah2 ni disusun dalam bakul ..taruk dalam plastik?no no no...tak mau la. Tau la murah tapi takkan serba serbi nampak murah. Dalam bakul, nampak lagi cantik dan organize. Lagi cantik kalau  bawa bakul tu sangkut di lengan tangan..gorjesss sangat!