Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Jumaat penghulu segala hari..
Segala impian dan angan2 kita ada masanya menjadi kenyataan dan ada pula tinggal seribu kenangan. Manusia memasang impian namun yang menentukan keberhasilannya adalah Allah Taala.
Baru2 ni sesuatu yang sukar diungkapkan telah berlaku dalam hidup saya, hamba yang serba-serbi lemah ini. Seluruh jiwa saya menjadi kacau. Saya seolah-olah berdiri di awang-awangan. Siang malam asyik memikirkan perkara yang takkan mungkin berlaku lagi dalam hidup saya.
Saya jadi lemah disebabkan hal ini. Saya menangis semahunya..kenapa saya lemah sebegitu rupa. Segala pertuturan saya tak seceria biasa..ingin menyendiri melayan perasaan..lagu2 sayu meniti di bibir.. tumpuan kerja mula pudar. Saya merasa amat sakit kerana menahannya..terpaksa berpura2 yang semuanya berjalan lancar. Saya membayangkan lagi angan dan impian itu..
Apabila ia menjadi penyakit buat saya, saya sedar saya harus menerima hakikat yang mana hakikat ini tak boleh diubah sampai bila2. Pada insan yang selalu di sisi saya, saya luahkan apa yang terbuku di hati. Bila hati tak tenang dan sudah berbuat salah, mohonlah kemaafan pada yang berhak..saya takut saya tidak memperoleh redha Allah..
Saya bercerita..berbincang..mohon kemaafan..dan akhirnya saya lega..
Pada Pencipta, saya merintih dan memohon diampunkan segala kesalahan saya kerana lalai dan leka. Saya menangis dan merayu sepenuh jiwa dan raga saya agar diberi kekuatan untuk melupakan dan hijabkan segala2nya..dan meminta kembalikan kehidupan saya yang dulu.
Saya mula lupakan sedikit demi sedikit..hari demi hari saya cuba melawan perasaan..biar pun kadang2 hati berat melepaskannya. Doa sering tidak putus saya panjatkan pada yang Maha Esa dan Maha Mengetahui. Saya harus kuat demi maruah saya sebagai muslimah, isteri, ibu, guru dan anak. Saya tidak mahu dibuai perasaan yang tidak keruan lagi.
Ya Allah ya tuhanku,
Ampunkanlah segala dosaku,
Terimalah ibadahku,
Bantulah aku melupakan segala-galanya,
Hijabkanlah ingatan itu dalam hidupku,
Berkatilah kehidupanku,
Jadikanlah apa yang kulakukan adalah untuk memperolehi keredhaanMu
Kurniakanlah kekuatan dalam diriku melawan godaan syaitan,
Pelihara imanku ya Allah agar aku memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Amin ya Rabbal A'lamin..
Sesungguhnya setiap muslim wajib beriman dengan rukun iman yang ke-6..beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap berlaku telah direncanakan oleh Allah SWT dan sudah tentu ada hikmah yang sedang menanti..itu janji Allah yang memang pasti.
Saya mendoakan kebahagiaan buatnya...Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan