Jumaat, 30 Ogos 2013

Happy 10th Wedding Anniversary

Alhamdulillah..


Hari ini 30hb Ogos 2013..genap 10 tahun perkahwinan saya bersama suami, Zulfakar Yahya bin Hj. Abdul Aziz. Lebih istimewa lagi ulangtahun ini jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari.

Ketika entri ini ditulis, tiba-tiba saja airmata saya mengalir. Bukan sedih tetapi sebak mengenangkan kehidupan yang dilalui selama 10 tahun ini. Susah senang pahit manis..semua dilalui bersama dengan tenang. 

Mengimbas 10 tahun lepas, saya bernikah dengan suami tanpa mengenalinya begitu mendalam. Semuanya pantas..Bukan terdesak tetapi kesungguhan untuk memperisterikan saya membuatkan saya yakin disamping kecenderungan hati selepas mengerjakan istikharah.

Di awal perkahwinan, kehidupan amat sederhana dan payah. Sekali lagi airmata mengalir..mengenangkan kepayahan itu. Kelahiran Haikal mengambarkan kepayahan itu..sebab itulah kini apabila Haikal minta sesuatu kami akan penuhi..dengan bersyarat.

Tahun demi tahun berlalu..kini saya dan suami dikurniakan tiga cahaya mata yang comel. Haikal, Zahra dan Hafiy..mereka adalah nyawa saya. Walaupun ada masanya mereka nakal, comot, buat perangai mereka adalah gambaran saya sebab mereka darah daging saya.

Selama ini, segala dugaan dan cabaran dapat ditempuhi..Namun pada tahun ke-10 ini saya diuji oleh Allah Taala untuk melihat dimana letaknya iman saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyayang..Saya dilindungi olehNya dari terus leka. Tak mengapa..ia menjadi pengalaman dan pengajaran yang amat berguna.

Saya panjatkan doa kepadaNya agar kebahagiaan mengiringi perkahwinan ini agar ia kekal hingga ke jannah..gurau senda, gelak ketawa..Insyaallah..Terima kasih Allah atas kurniaan dan kehidupan yang terindah ini..  



Rabu, 28 Ogos 2013

Posing Majlis Hari Raya Genius Aulad

Hari ini Genius Aulad buat majlis hari raya. Bukan main excited lagi Zahra nak pegi school. Bangun tak payah berkejut..bangun sendiri. Tak sabar nak pakai baju dengan tudung baru beli malam semalam. Mama..tecer kata boleh pakai tudung warna warni...tecer tak marah..hihik. 





Sebelum Zahra pegi school, saya suruh Zahra posing dulu. Amboiii..anak dara sorang ni..



Juadah Jamuan Hari Raya Hari Tu

Sepatutnya hidangan ni di snap dulu sebelum dijamu oleh tetamu. Tapi disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat nak snap. Gambar2 ni di snap selepas jamuan selesai. Tu yang nampak juadah kurang kemas. Emmm..takpelah..janji ada juga boleh buat kenangan. 



Fruit salad bersama thousand island


Aneka pasta


Mushroom soup

Di bawah ni pula set nasi kerabu..


Ayam masak kicap


Ulam-ulaman


Sambal kelapa


Penyedap rasa..budu,kuah lada dan limau kasturi




Kuih-muih raya


Agar-agar merah


Tiada yang special tapi ianya homemade...emmm...Puas!



Selasa, 27 Ogos 2013

Jamuan Raya 2013

Alhamdulillah..makanan tak terbuang just nice..
Itulah post mortem lepas buat jamuan raya hari Ahad lepas.
Rasa amat2 bersyukur sebab rata-rata rakan yang hadir dapat menikmati juadah dengan santai..tidak seperti 2 tahun lepas hihik..

Syukur juga kerana tetamu yang diundang dapat hadir. Kalau tak, susah hati juga sape nak makan makanan yang banyak tu. Alhamdulillah..jika niat yang baik untuk menjamu rakan2 makan, pasti mendapat bantuan dari Allah. Itu saya amat yakin dan pasti.



Menu tahun ini sama seperti menu dua tahun lepas.
 Main course adalah nasi kerabu. Kenapa nasi kerabu..sebab itu je yang saya pandai masak..kihkihkih. 


Selain nasi kerabu, saya juga menyediakan fruit salad yang berwarna-warni, mushroom soup yang lemak lagi berkrim untuk digandingkan dengan pelbagai jenis pasta (spiral,shell dan bowtie). Tak lupa agar-agar merah dan aneka biskut raya.



Untuk minuman pula, saya sediakan lemonade dan air kosong.
Saya tidak keseorangan dalam menyediakan juadah ini. Pembantu saya sudah tentulah suami. Suamilah yang membantu saya potong itu ini di dapur dan mensettingkan susun atur kerusi meja dalam rumah ni.


Di luar rumah, disediakan dua meja lipat siap dengan bajunya sekali. Meja ini khusus untuk rakan-rakan suami yang gemar lepak2 kat luar sambil berborak panjang..


Inilah tetamu saya yang hadir antaranya Kak Nani n family. Kak Nani ni rakan sekerja saya..


Kak Aziah dan anak2..jiran depan rumah..


Yang ini pun dikira tetamu tau..my brother dgn my kazen


My Zahra seronok sangat mengoyakkan pinggan kertas..Anak saudara Irfan


My SIL Kak Lia dgn anak my kazen..banyak membantu cuci pinggan kat dapur..hihik. Triffle yang Kak Lia buat sedap giler. Letak aje atas meja, dalam 5 minit dah tinggal bekas kosong..terbaik lah!


Rakan seofis suami..


Yang ini juga..


Juga yang ini..


Kawan lama..Ijan dan family dan Tecer Rodiah..

Ramai lagi yang hadir tapi tak sempat nak snap gambar. Dah jadi tuan rumah sibuk la sana sini tengok juadah..takut yang dihidang mangkuk kosong..hikhik

Terima kasih pada rakan-rakan yang hadir. Halalkan mana yang terkurang. Kalau ada rezeki, boleh kita ketemu lagi..





Rabu, 21 Ogos 2013

Hias Rumah Sambut Raya

Dekorasi raya tahun ni biasa2 aje. Takde yang baru. Semuanya ala kadar  dan recycle. Contohnya langsir..dah masuk tahun ketiga langsir yang sama tapi masih elok dan kental lagi kainnya. Cuci..dah kering gantung balik. Bunga2 saya pun saya cuci lepas tu masuk balik dalam pasu. No hal lah..yang penting rumah bersih dan harum. 













Emm..siap!Kemas dan bersih. Tinggal lagi tunggu tetamu datang bertandang je. Silakan..hihik!

Selasa, 20 Ogos 2013

Selamat Hari Raya 2013


Assalamualaikum..

Salam Syawal


Syawal masih terasa walaupun dah masuk hari ke-13. Tv masih lg siar cite raya..kuih raya masih ada atas meja dan berusik sebab kami anak beranak yang makan..
Tahun ni turn beraya di Kuantan dulu. Pagi2 lepas solat dan menjamu selera dengan ketupat segera, rendang dan kuah kacang, acara salam2 peluk cium minta ampun maaf dengan umi dan abah. Me and husband..hihik..kami salam2 dalam bilik la..baru touching. Tunggu my sister datang, kami ramai2  posing  buat kenangan tahun ni.. 

Inilah foto kenangan raya 2013..

























Semoga dipanjangkan usia dan diberkati Allah S.W.T untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan...Insyaallah..