Selasa, 27 Ogos 2013

Jamuan Raya 2013

Alhamdulillah..makanan tak terbuang just nice..
Itulah post mortem lepas buat jamuan raya hari Ahad lepas.
Rasa amat2 bersyukur sebab rata-rata rakan yang hadir dapat menikmati juadah dengan santai..tidak seperti 2 tahun lepas hihik..

Syukur juga kerana tetamu yang diundang dapat hadir. Kalau tak, susah hati juga sape nak makan makanan yang banyak tu. Alhamdulillah..jika niat yang baik untuk menjamu rakan2 makan, pasti mendapat bantuan dari Allah. Itu saya amat yakin dan pasti.



Menu tahun ini sama seperti menu dua tahun lepas.
 Main course adalah nasi kerabu. Kenapa nasi kerabu..sebab itu je yang saya pandai masak..kihkihkih. 


Selain nasi kerabu, saya juga menyediakan fruit salad yang berwarna-warni, mushroom soup yang lemak lagi berkrim untuk digandingkan dengan pelbagai jenis pasta (spiral,shell dan bowtie). Tak lupa agar-agar merah dan aneka biskut raya.



Untuk minuman pula, saya sediakan lemonade dan air kosong.
Saya tidak keseorangan dalam menyediakan juadah ini. Pembantu saya sudah tentulah suami. Suamilah yang membantu saya potong itu ini di dapur dan mensettingkan susun atur kerusi meja dalam rumah ni.


Di luar rumah, disediakan dua meja lipat siap dengan bajunya sekali. Meja ini khusus untuk rakan-rakan suami yang gemar lepak2 kat luar sambil berborak panjang..


Inilah tetamu saya yang hadir antaranya Kak Nani n family. Kak Nani ni rakan sekerja saya..


Kak Aziah dan anak2..jiran depan rumah..


Yang ini pun dikira tetamu tau..my brother dgn my kazen


My Zahra seronok sangat mengoyakkan pinggan kertas..Anak saudara Irfan


My SIL Kak Lia dgn anak my kazen..banyak membantu cuci pinggan kat dapur..hihik. Triffle yang Kak Lia buat sedap giler. Letak aje atas meja, dalam 5 minit dah tinggal bekas kosong..terbaik lah!


Rakan seofis suami..


Yang ini juga..


Juga yang ini..


Kawan lama..Ijan dan family dan Tecer Rodiah..

Ramai lagi yang hadir tapi tak sempat nak snap gambar. Dah jadi tuan rumah sibuk la sana sini tengok juadah..takut yang dihidang mangkuk kosong..hikhik

Terima kasih pada rakan-rakan yang hadir. Halalkan mana yang terkurang. Kalau ada rezeki, boleh kita ketemu lagi..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan