Isnin, 23 September 2013

Apabila Foto Yang di Post di FB Mendapat Banyak Like...

Bagaimana perasaan bila apa yang kita postkan di FB mendapat like yang banyak..? Bestkan..maknanya post kita mendapat perhatian readers fb. Tu la yang saya rasa semalam bila gambar yang saya post dlm satu group deko dapat banyak like..hahaha


Gambar yang saya post adalah ruang tamu rumah yang pada saya simple aje. Oh ye.. nak cite skit. Sebelum ni saya selalu dok skodeng dekorasi rumah members dlm group ni. Semua cantik2 dan mewah2. Tak berani pulak nk post rumah sendiri sebab malu..rumah kita biasa2 aje. Tapi bila fikir2 balik apa salahnya kan nak share idea. Mana tau kita kata tak cantik tapi org cakap cantik. Pandangan org kan berbeza. 

Jadi, petang semalam saya memberanikan diri menempelkan ruang tamu rumah saya dlm group Nak Hias Rumah..Macam Mana Ek?.. Sebaik saya posting gambar, 2 like dah masuk..pastu tambah 1..tambah lagi 1..masuk pulak komen dari members. Lama2 makin banyak like..

Adab org melayu, bila dah ada org komen apa salahnya respond pada apa yang dikomen. Bila org puji, ucap la terima kasih atau paling malas tulis je huruf t dan q jadi tq. Jangan pulak delete komen2 yang tak best. Respond juga. Cakap will try ke, tq atas komen ke ape ke. Jangan terasa kerana itu semua komen2 yang membina. 

Pastu taip la sikit nama kawan2 baru kita bila kita balas komen kawan2 kita tu..Haaa..Kannn..nampak la kemesraan bila berkawan2. 

Setakat entri ni ditulis, saya dapat 180 like..aisshh..macam bertanding calon pilihanraya pulak gayanya dengan 43 komen termasuk sendiri komen..hahaha


Bangga..?..Nak menunjuk harta karun..?OOOhh..tidak sama sekali. Tak baik. Bangga dan riak amalan syaiton. Kata perkongsian idea.. Tak aci la..saya tengok rumah orang tapi rumah sendiri saya sorok2kan. Tak kira la banyak like ke sikit like ke janji berkongsi idea, pandangan dan minat. Mana tau kan.. dapat menyumbang idea kepada pasangan yang baru nak bina hidup mendekorasi rumah. Boleh la tiru sebab dekorasi ni taraf mampu milik..tak mahal dan  tak mewah...just nice. Membantu dapat pahala..
Selamat Mendeko..!




Khamis, 12 September 2013

Sekitar Pemandangan Raudhah di Hatiku

Inilah sekitar pemandangan program Raudhah di Hatiku. Banyak manafaat khususnya yang dah berkeluarga dapat mendedahkan anak2 tentang masjid..








Artis Heliza dan Diana Amir untuk program muslimah..comel betul diorg berdua ni..


Nora mempromosikan vcd Umi sesuai untuk kanak2..


Ni pakcik dalam iklan wakaf..pandai tulis khat rupanya..


Heliza dalam program Save For 4..


Ceramah keibubapaan oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz..


Ambil berkat ulama nak..


Pantang nampak kamera..eiiii..cubit pipi tu kang...


Haus yeaaa...


Hadiah pertandingan azan..


Feveret kartun..Hafiy suka sangat dapat salam dengan Ipin..

Terbaekkk..tahun depan TV9 datang lagi kat Bandar Baru Bangi yeaaa...!




Isnin, 9 September 2013

Haikal Di Pertandingan Azan Raudhah di Hatiku TV9

Sabtu lepas, Haikal masuk pertandingan azan sempena program Raudhah di Hatiku TV9 di Masjid Al Hasanah. Haikal wakil sekolah bagi kategori 8-10 tahun. Ada 7 peserta untuk kategori ni dari 7 buah sekolah sekitar Bandar Baru Bangi.



Pertandingan bermula pukul 10.15 pagi. Haikal nampak rileks je..kebetulan 3 orang pakai baju melayu warna sama..mcm berjanji pulak ek..


Haikal peserta kedua yang melaungkan azan. Yang berkopiah tu ialah bilal Masjid Al Hasanah sebagai juri.


Haikal ketika azan..



Fuhhh..lega ye Haikal. Keputusan tak diumumkan lepas pertandingan tapi diumumkan pukul 5.30 petang. Lama lagi nak tunggu, balik dulu la..lunch, tidur jap, wangi2 lepas asar datang balik ke masjid. Petang tu, Haikal ber t-shirt je




Haikal dapat no.4...emmm..not bad. Tak dapat no. 1 pun takpe..janji Haikal berani. Hadiah pemenang disampaikan oleh Upin Ipin. Suka anak2 yang masuk bertanding dapat hadiah dari Upin Ipin. 




Sabtu, 7 September 2013

Celebrate Besday

Happy birthday to me..
Alhamdulillah dipanjangkan usia ke 36 tahun..
My birthday 3 September lepas..tapi disebabkan anak2 sekolah tak boleh celebrate hari sekolah..so kena la tunggu hari yang cuti.


Sambutannya simple aje dengan kek yang juga simple..bukan nak celebrate sangat tapi lebih nak melayan anak2. Terharu pulak anak2 nyanyikan lagu hepi besday..





Hanya di Mac Donald, tapi anak2 enjoy..


 Nak jugak potong kek.. 



Hafiy sporting kalau bergambar..tengok la tu



Di usia 36 tahun ini, saya berdoa agar diberi kesihatan yang baik untuk melakukan segala tanggung jawab..tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, pekerja..dan yang paling utama tanggungjawab sebagai hamba Allah yang dipikul selagi nyawa dikandung badan..Insyaallah 

Happy Birthday To Me...