Isnin, 23 September 2013

Apabila Foto Yang di Post di FB Mendapat Banyak Like...

Bagaimana perasaan bila apa yang kita postkan di FB mendapat like yang banyak..? Bestkan..maknanya post kita mendapat perhatian readers fb. Tu la yang saya rasa semalam bila gambar yang saya post dlm satu group deko dapat banyak like..hahaha


Gambar yang saya post adalah ruang tamu rumah yang pada saya simple aje. Oh ye.. nak cite skit. Sebelum ni saya selalu dok skodeng dekorasi rumah members dlm group ni. Semua cantik2 dan mewah2. Tak berani pulak nk post rumah sendiri sebab malu..rumah kita biasa2 aje. Tapi bila fikir2 balik apa salahnya kan nak share idea. Mana tau kita kata tak cantik tapi org cakap cantik. Pandangan org kan berbeza. 

Jadi, petang semalam saya memberanikan diri menempelkan ruang tamu rumah saya dlm group Nak Hias Rumah..Macam Mana Ek?.. Sebaik saya posting gambar, 2 like dah masuk..pastu tambah 1..tambah lagi 1..masuk pulak komen dari members. Lama2 makin banyak like..

Adab org melayu, bila dah ada org komen apa salahnya respond pada apa yang dikomen. Bila org puji, ucap la terima kasih atau paling malas tulis je huruf t dan q jadi tq. Jangan pulak delete komen2 yang tak best. Respond juga. Cakap will try ke, tq atas komen ke ape ke. Jangan terasa kerana itu semua komen2 yang membina. 

Pastu taip la sikit nama kawan2 baru kita bila kita balas komen kawan2 kita tu..Haaa..Kannn..nampak la kemesraan bila berkawan2. 

Setakat entri ni ditulis, saya dapat 180 like..aisshh..macam bertanding calon pilihanraya pulak gayanya dengan 43 komen termasuk sendiri komen..hahaha


Bangga..?..Nak menunjuk harta karun..?OOOhh..tidak sama sekali. Tak baik. Bangga dan riak amalan syaiton. Kata perkongsian idea.. Tak aci la..saya tengok rumah orang tapi rumah sendiri saya sorok2kan. Tak kira la banyak like ke sikit like ke janji berkongsi idea, pandangan dan minat. Mana tau kan.. dapat menyumbang idea kepada pasangan yang baru nak bina hidup mendekorasi rumah. Boleh la tiru sebab dekorasi ni taraf mampu milik..tak mahal dan  tak mewah...just nice. Membantu dapat pahala..
Selamat Mendeko..!




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. saya salah sorang yg like gambar awak.. suka sangat semuanya tersusun.. bunga purple tu pun cantik

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam..salam perkenalan yellow 2 sweet..terima kasih awk sbb like gambar tu. moga dapat beri manafaat. saya minat giler dgn purple..hihik :)

    BalasPadam