Rabu, 17 September 2014

Lost World of Tambun Part 1

15-16/9/2014 - Holiday ke Lost World of Tambun adalah last minute plan. Pagi Isnin kemas2 beg..itupun kul 10 lebih. Kul 11.30 gerak ke Ipoh. Perjalanan ke Ipoh smooth aje. Sampai di Ipoh dalam kul 4 lebih..agak lewat sebab kami berhenti lama di RnR Tapah. Dalam Ipoh, kami start guna waze tapi rasa macam ada yang tak kena. Arrow waze tu macam flat je dan waze bawa kami macam takde tujuan. Godek punya godek patut la hanyut..saya tak click pada navigate. Bila waze dah start kuar suara, kami pun straight je ke Lost World. Tak susah pun jalannya.. 

Plan nak stay kat Lost World Hotel tapi takdak rezeki bilik penuh. Pastu kami bergerak mencari hotel. Ada satu hotel yang dekat2 situ tapi malangnya..hihik faham2 je la hotel bajet ni. Pastu kami gerak ke bandar Ipoh..banyak hotel rupanya dalam bandar. Heritage, Seri Malaysia dan pilihan kami di Impiana.



Kami check in kul 5.40..rehat2kan diri, solat jama', lepak2 pekena teh o panas dalam bilik. Anak2 siap mandi, kami suami isteri layan Arkasia : Maaf Jika Aku Tak Sempurna sementara menunggu jama' ta'dim.

Malam kami anak beranak kelaparan yang amat. Tak tau nak makan kat mana, Whatapps group kat mana tempat makan yang best kat Ipoh ni. Member suggest Waritha Seafood..so kami terjah ke sana hala ke exit Simpang Pulai. 

Punyalah lapar semua yang diorder licin licau. Anak2 yang payah nak makan pun bertambah2 makan nasi berlaukkan tomyam. Selesai makan kami tak kemana2 terus balik hotel. Layan tengok tv cite Bujang Lapok..hahaha

Esoknya, jam 8 pagi kami turun utk breakfast. Breakfast buffet di Impiana ni biasa2 aje. Seperti biasa kami anak beranak akan makan sikit2 tapi semua menu nak cuba. Masa makan anak2 asyik la jom..jom. Masing2 dah tak sabar nak ke Lost World. Jadinya pagi tu tak payah mandi. Dengan mama pun tak mandi..hihik..buang masa je lepas ni nak berendam juga kannnn.


Ni la muka2 yang tak mandi tapi wajib gosok gigi..hihihi


Lepas settle urusan bil, kami posing dulu buat kenangan. Tapi sayang takde logo hotel..


Stail baru ambil gambar pejam mata..


Lost World of Tambun..here we come..

Urusan beli tiket pun smooth aje. Nampak ramai tapi dapat cepat dan senang sbb guna express counter. 2 adult = RM100, 3 child (Hafiy lebih 90cm dikira..huhuhu) = RM126..Total RM226


Posing dulu sementara menunggu papa

Beberapa scenery di Lost World of Tambun..






Nasib sakit perut papa tak melarat ye..kalau tak, tak berpeluang la..



Anak bujang sorang ni asyik la nak mama,nak mama..kasi can la mama nak rehat jap. Main dengan papa dulu ye..




Suka sangat main air,sampai suruh posing pun puas bersuruh..


Cantik sungguh..berlatar belakangkan gunung batu kapur

OK..sambung part 2





Tiada ulasan:

Catat Ulasan