Ini ruang nonton saya. Sangat simple. Takde kerusi cuma karpet sahaja.
Idea untuk buat wall frame saya cedok dari majalah Impiana tahun 2010. Ikut dalam majalah, dinding tu dalam 5 inci tebal dan tiles yang digunakan berwarna hitam berkilat.
Saya buat wall frame ini sekali dengan renovation rumah dulu. Jadi bajet pun lebih murah memandangkan upah disekalikan. Saya ubah sikit idea asal majalah mengikut bajet saya. Dan batu biskut menjadi pilihan saya.
Tv kabinet saya tempah juga mengikut bajet saya. Idea kabinet ini saya design sendiri.
Seperti biasa, dekorasi tidak dilupakan. Bunga dimana-mana..hihihi..dasar minah bunga..
Inilah tempat saya anak beranak menonton tv. Biasanya kami akan ambil kusyen dan kami menonton sambil baring2. Sangat relax dan santai. Kalau family atau anak2 buah datang, memang di sinilah tempat lepak mereka. Saya memang asingkan sofa dan tv. Sebab saya nakkan ruang untuk anak2 jika ada tetamu yang bertandang. Jadi anak tak menggangu tetamu berbual. Satu lagi bila tv diasingkan, anak2 tak duduk dan tak lanyak sofa. Jadi sofa akan bersih dan tak cepat rosak...hahaha..nasib la anak..selamat menonton..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan