Jumaat, 10 Februari 2017

Susun Simpan Bahan Masakan Dalam Peti Ais

Assalamualaikum..

Entri pertama bagi tahun 2017. Plannya cuti Thaipusam hari ni, nak upload nak update gambar anak2 masuk sekolah Januari lepas...buat kenangan. Anak2 memang suka kalau gambar2 diorang masuk dalam blog. Tapi memandangkan lepas subuh tadi saya dgn suami ke pasar kajang, lepas tu pulak sampai je rumah terus menyinsing lengan baju. Tengah2 kemas terlintas sesuatu yang saya nak share dan simpan buat kenangan. Nanti bile2 kalau saya malas, boleh tengok gambar2 ni supaya roh malas lg jahat ni bertukar jadi roh rajin SubhanAllah.  Nyinsing lengan tadi nak ceritanya, kemas peti ais yang dah berkurun tak berkemas. 




Saya jarang amat ngemas peti ais. Kalau air tumpah dlm peti, cepat2 saya lap. Air tumpah tak jadi hal. Yang jadi hal bila peti ni penuh dengan tupperware mahupun tipuware kosong tak berisi ape2. Dah tu, cawan2 kosong itu selalu ada terletak cantik di setiap level. Mulut comel ni puas  berpotpet tot tet supaya anak2 mendengar nasihat mama dia yakni lepas minum cawan tu lenggang je dgn air kat sinki. Lenggang tu maknanya basuh..tapi anak2 belalang kunyit yang comel ni kadang2 ikut, kadang2 tak. Bile sound mama dah bunyi, cepat2 lari ke peti ais cuci cawan memasing. Anak ohhhh anak..

 Back to the story, lepas siang dan cuci ikan kembung, kerisi, cencaru dengan limau kasturi, saya bersihkan sayur pula. Sayur mayur siap masuk dalam tempat sayur. Yang kecik2 macam kunyit, halia, limau kasturi, serai ni saya masukkan dalam bekas plastik. Memang kerja rutin bile top up bahan2 masak.Tinggal lagi kena rajin bersihkan bekas2 kosong. Konsep harus senang nak capai. Bekas tak sama takpe, janji bile cari jumpa. 



Lada, limau merah dan hijau , cili padi, kunyit fresh dari pasar. Halia, serai dan lengkuas ada kecut skit tp masih berbau harum alami.


Tak kisah bekas tak sama..


Hijau limau nipis mengujakan untuk buat air limau..




Dah siap berposing, bekas kasi tutup dan park dalam peti..

Kalau google, banyak entri pasal kemas peti ais. Semua kemas lagi cantik. Bekas pun sama set. Saya seorang yang tidak cerewet dalam bab2 susun atur sebab saya lebih suka pada praktikaliti. Saya suka menulis perkara simple2 yang jadi routine dalam hidup saya sebab hari2 yang kita lalui berbeza. Bila datang aura malas kemas peti datang, sila tengok balik photo2 ni supaya aura rajin kemas peti datang kembali.

Bekas2 ini cantik  berisi barang2. Tunggu seminggu..pasti kosong semula. Nak cakap rajin masak la ni.nampak takkk...hihihi ;-)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan