Khamis, 22 November 2012

Update Orang Bersunat


Hari ni hari keempat Haikal bersunat.  Sepanjang tiga hari lepas Haikal asyik mengadu sakit je..pastu nanges. Saya pun terpaksa la jadi motivator jap bagi semangat supaya dia tahan sakitnya tu. Suruh dia banyak baca ayat kursi, selawat, baca alfatihah..tapi lepas tu dia cakap.. along dah baca tapi sakit juga..hehe nak tergelak pun ada.

Semalam pegi follow up di klinik doktor cakap dah ok. Doktor suruh mandi macam biasa supaya benang cepat reput. Hehe..yang maknye main lap2 je. Ye lah..orang tua cakap jangan mandi, kena la ikut. Kang menderhaka pulek..

Nak pujuk Haikal, saya belikan dia komik Lawak Kampus. Nampak dia leka sikit. Tu belum bangun lg pagi ni. Tengah malam tadi dua kali Haikal bangun pegi toilet. Haikal, papa cakap anak lelaki kena kuat tahan sakit..ingat tu..!


Rabu, 21 November 2012

Beauty Umaira


Dah lama saya mencari supplement. Terasa bila dah masuk 3 series ni selalu sgt rs mengantuk, cepat letih, sakit pinggang, pre mentrual makin teruk, nak buat kerja rumah lebih sikit pun terasa malas sbb cepat penat.

Cuti yg free ni dok surfing mana supplement yg baik dan regenye boleh dipertimbangkan. Iyela..makan supplement nak kena berterusan..kalau sekali beli dah mahal, nak continue makan mula berkira2 dua tiga kali.

Mula2 tu teringin juga nak try Sharklee sbb bagus utk bf cam saya ni..boleh tambah susu. Ehhh..tak jadi pulak. VCO Catalyst pun menarik tapi bila google bentuknya dlm tiub..alamak..dah macam Norefal. Emm..tak jadi juga.

Akhirnya, tak tau la camna saya boleh terpikat dgn Beauty Umaira. Mungkin sbb kandungannya herba dan tradisional tapi presentation dimodenkan, tu yang buatkan saya pilih Beauty Umaira.

Semalam saya order dari dealer online dgn harga diskaun yg sgt menarik. Tengah hari tadi pos laju dh sampai ke rumah. Service yang osum mosum..




Dgn tidak membuang masa saya terus pekena satu sachet. Emmm..sedappp...tapi sedap2 pun rasa ubat tu tak boleh lari punye lah.

Harap bila makan Beauty Umaira ni ada le perubahannya. Niatnya satu...
utk beribadah kerana Allah Taala...In Sha Allah..



Selasa, 20 November 2012

Haikal Berkhatan

Semalam Haikal bersunat. Haikal ni hari2 tanya bila nk bersunat. Tu la..bila bincang dgn suami, Haikal dah nak on je la. Nanti tak nak susah pulak nk memujuknya. Lagipun senang buat awal sbb bulan 12 ni byk kenduri kawin nk kena attend.

Haikal bersunat kat Poliklinik Al Haj, Bangi. Masa sampai kt klinik ni ramai  bebudak dtg buat follow up. Ada tu bdk 6 tahun kecik je dah sunat..


Sila la posing sebelum kena potong ye...


Stress menunggu



Time kena bius..nangis jugak



Kejap je..keluar je bilik dia punya kecoh satu klinik dengar. Tak sakit ma..betul tak sakit..


Aik..mcm takde ape pun...

Sampai rumah kasi gantung..lap2 badan je la..

Hehehe..ingatkan tak sakit ok la. Malam semalam merengek menahan sakit. Nak buat camne..mmg cam tu la org bersunat kena sabar, kena tahan sakit. Pagi tadi pun mengadu sakit. Sabar..sabar...jaga bdk bersunat ni macam jaga org berpantang. Eiii...nasib baik la bersunat ni sekali je seumur hidup.

Harap Haikal cepat baik. Dia pun nampak tak tentu arah sbb asyik baring je. Kalau cepat baik cepat la boleh naik basikal.




Jumaat, 16 November 2012

Abah Kami Balik Haji

Alhamdulillah syukur..abah selamat menyempurnakan ibadah haji. Excited nak amik abah kat airport.

Ikutkan surat Tabung Haji, abah dijangka tiba pukul 12.05 pagi 14/11/2012. Kami tiba di KLIA pukul 12.00 tgh malam. Tinjau2 kat airport ramai  yg menunggu jemaah haji balik. Dalam berdiri menunggu kami suspen..takut2 jadi macam masa abah nak pegi dulu..salah time. Tapi bila tengok kat skrin ada flight dari Jeddah rasa lega sikit. Mata tak lepas tgk skrin macam google earth ni..canggih gile..pe kebenda tah nak panggil! ni la benda nya.

Sakan tgk benda ni..mula2 cam malu je nak amik gambar. Takut org ckp jakun mana pulak ni..elehhh..pastu ramai pulak yg amik. 

Dah landing..alhamdulillah..



Masa ni sedara mara tunggu kat international arrival..pastu polis suruh tunggu kat domestic. Special utk jemaah haji.. takyah berebut dgn minah seksi baru sampai dr Taipei ..org baru balik haji dah kena tgk seksi2..tutup mata..

Posting fb la tu..


Alang, sila jangan sengih sendiri tgk gambar nih..dan jgn bajet jambu okey..!?


Tiga air tin sama dgn RM9..abahhh cepat kuar kopak lg duit ni kang..


Pandai2 la bawa diri yea..


Disebabkan ramai menunggu kat pagar, susah nak amik gambar. Nak menyelit pun kena sopan santun, nanti org marah. Bila orang depan dh nampak sedara, terus dia kuar dr situ. Saya pun cepat2 ke depan. Tapi still tak dapat shoot jelas.

Berdebar2 menunggu abah nak keluar. Gambar bawah belah kiri , makcik tu la org pertama yang keluar..pas sorang2 keluar..mana abah ni..

Tunggu punya tunggu, tu dia abah yang dirindui..abah berjubah putih tp tetap maintain dgn satu butang terbukak..kihkih, berkopiah dan berjaket coklat.



Dah la keluar sorang2 pastu ramai pulak yang menunggu..uish..dah cam artis dah


Atok Jeaaann...abah nampak kami disebabkan atok jean. Zara jerit cam dia sorang je ada atok.. 



Wajah dari Mekah..


Disebabkan subjek kesedaran sivik kami pada tahap A+ masa sekolah dulu, kami tak mau la block orang lain yang masih menunggu sedara mara. Jadi kami pun cari port baik punya utk bersalam2an dan berpeluk2an..


Dah selesai salam2 peluk2, kami pun zasss balik Nilai.



On the way balik Nilai, singgah jap kat MC Donald. Lapar wehhh pagi2 cam ni.

Sapa kata abah tak western..habis tau..Big Mc lagi..

 Lepas makan, abah suruh bukak luggage. Abah bahagikan barang2 yang dibeli di Mekah. Mie pesan pd abah jgn bukak luggage tu..tp abah hentak2 kaki nak bukak juga. Pe lg saya pun chup la apa yg patut. 
 Dah selesai sesi chup2 barang Mekah, saya pun satu kan barang2 abah jadi satu luggage dan satu hand luggage saje. Siap kemas2 pukul 4.30 pagi. Mata dah tak larat ni. Sok nak hantar abah lagi ke airport..flight ke Kuantan pulak. Tuan umah masa ni dah tido sbb esok pagi dia kerja...wuuuaahhh..ngantok weh.

Pukul 6.15 pagi kami dah bangun. Abg jie dan kak lia tgh siap2 nak pegi keje.
Semua dah siap kami keluar rumah pukul 7.20 pagi dan tiba di airport pukul 7.45 pagi.

Sampai kat airport, abah check in. Masa timbang luggage, luggage abah terlebih 18kg...alamakkk..pastu org kaunter bagi diskaun 13kg je di kira. Org tu tanya boleh ke..emmm..terpaksa la boleh takkan nak punggah balik beg jadi 13kg pulak..tak kose..

Jadi pegi pulak ke kaunter bayar luggage dan bayar sebanyak RM130. 


Dah selesai semua, saya suruh abah masuk dalam. Babai abah..


Punya la tak puas hati, kami tunggu bukan sampai abah masuk tapi sampai flight terbang..



 Tu flight abah..kami tau sbb kami nampak dari anjung tinjau. Abah masuk pintu B9. Jadi kami tunggu flight bergerak dr pintu B9.



aik..tak puas hati lagi tu. Tunggu sampai flight terbang.. Ce teka mana flight abah..kihkih..

Sampai flight hilang dr pandangan, kami pun balik Bangi. Petang tu, punya la mengantuk, kami membuta macam kami pulak yang balik haji..

hehe..dah abis cite. Cite abah tiba di Kuantan tak dapat la nak cite sbb saya tak balik. Takde lagi dah sambungannye sebab semua dah selamat dan selesai. Buat abah..emmm..tak tau nk cakap ape. Jaga Mie elok2..kihkih. Bulan depan kami balik. Ape lg belanja la kami..kihkih!


ps : photo editing by photoscape













Rabu, 14 November 2012

BerGarden di Pagi Hari

 Cuti Deepavali semalam saya dan suami bangun cam hari bekerja..tujuannya nak bergarden2. Kemas2 laman depan yg secepek tu dgn make over sikit kt porch. 



Hajatnya nak letak white peeble kat pagar tu..tapi takut pulak batu terlenyek kereta..porchnye tak besar mana.

Daun2 hijau itu harus..











Yang penting ada kaler2..

Abah dah selamat sampai dari Mekah. Malam semalam saya anak beranak jemputnya di KLIA. Cerita abah balik haji akan menyusul.. 

Isnin, 5 November 2012

Haikal Dapat No.3 Sekolah Agama

Semalam 4 Nov 2012 saya attend ke majlis penyampaian hadiah sekolah agama Haikal. Tahun ni Haikal dapat no.3 dalam kelas dia. Jadi dapat la dia merasa naik pentas terima hadiah.

Majlis ni diadakan di Dewan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi. Bersesak juga kami nak masuk dewan sebab majlis ini disekalikan untuk 4 buah sekolah agama sekitar Bangi. Jadi bayangkan la parent yang hadir..ramai..

Ucapan perasmi


Dah nampak saya, terus malu..tak nak pandang


Paksa pandang kamera, baru pandang




Siap sedia beratur di bawah


Senyum simpul





Ready bila nama disebut








Nasib Haikal jalan ok


Terima kasih..


Sengih je


Dapat plak..ok la. Lagi baik dari fail, buku, set pensel sebab boleh simpan jadi kenangan


La.. mama tak dapat bergambar satu family. Sapa nak snap gambar ye tak..!


Seronoknye..

Amboi..komain lagi sukanye dia. Tahniah Haikal..mama happy papa pun happy. Tahun depan buat lagi baik dan kalau boleh mama nak tgk Haikal atas pentas sekolah kebangsaan pulak. So, belajar rajin2 dan kena rajin ulang kaji cuti sekolah nanti tau..muaaahhh!