Hujung tahun nak tutup sekolah ni, banyak tadika dan sekolah buat hari penyampaian hadiah. Kalau tadika Islam dipanggil ihtifal. Iftifal tadika Zahra Genius Aulad diadakan di USIM semalam.
Pagi, Zahra daripada rumah dah meragam..saya pujuk2 Zahra tapi budak ni kalau dah meragam payah amat nak pujuk. Zahra tak mau kumpul dgn kawan2 dan teacher dia. Tapi saya hantar juga Zahra kat teacher pastu kami terus masuk dewan.
Stage comel
Bertemakan When I Grow Up
Sebahagian parent yang hadir sesi pagi
Tetiba principal Genius Aulad Pn Iman dtg dekat kami dan bagitau Zahra shaking. Dia tanya Zahra demam ke..terkejut juga sbb pagi takde pulak Zahra demam. So kami ckp mungkin Zahra nervous ataupun sejuk sbb aircond dlm dewan ni boleh buat kami beku..tp pagi mmg Zahra nangis.
Pn Iman pun kata biar teacher handle sbb kami dh bayar..rugi la pulak kan.
Kami yg kt dalam ni risau takut Zahra buat hal atas pentas...akhirnya memang pun.
5 Kaheerah buat persembahan. Zahra naik dulu..
Pegang tukul besi..
Ok je ketuk2 tukul tu..tapi muka dah ketat semacam
Time ni Zahra dah nampak saya
Mula-mula Zahra ketuk2 jugak la tukul besi tu..lagu Bob The Builder jd background music..tp bila Zahra nampak saya duduk kt tangga amik gambar dia, terus je mencebik. Dah..start nangis dah..Langsung nangis taknak nyanyi lagu Horky Poky.
Dah turun stage..
Persembahan kedua pun sama..hentak kaki atas stage. Akhirnya teacher Nazeerah amik bawa turun stage.
Tu..hujung sekali tengah nangis
Selesai majlis parent boleh collect anak masing2 kat dewan sebelah.
Tu..sampai kat saya Zahra moody. Saya rasa dahi dia panas. Betul..Zahra demam. Hari ni pun demam lagi..
Tak pe kakak..tahun depan ada lagi. Tahun depan kakak mesti naik pentas amik sijil ngan buat persembahan sbb tahun depan kakak dah 6 years old..last sebelum naik darjah satu..pujuk saya.
Agaknye dia kesian kat saya, dia terus angguk...Sayang kakak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan