Rabu, 30 Januari 2013

Gubah Bunga Dalam Balang Kaca


Selalunya bunga dalam balang kaca kita taruk macam
 ni je.

Apa kata kita deko lain dari yang lain..


Mula-mula balut balang kaca dgn kertas (ape yek nak panggil..boleh beli kat kedai jual barang pengantin) dan ikat dengan dawai.

p
Kemaskan dengan melipat kertas biar nampak tersusun.


Masukkan lebihan kertas yang atas ke dalam balang.


Ikat reben supaya tak nampak dawai.


Masukkan bunga dan susun cantik2..Dah siap..!..comel kan..!





Sabtu, 26 Januari 2013

Meriahnya Kemunting Cina

Warna bunga kemunting cina atau nama saintifiknya Catharanthus Roseus buat saya tak tahan. Kalau pergi ke nursery boleh tgk macam2 warna. Dalam little garden saya dah ada tiga pasu.


Pokok ni senang nak dijaga. Kemunting cina perlukan siraman dua kali sehari. Kalau tak, daun2nya cepat layu. Baja dgn teratur, pokok ni akan tumbuh sihat dan gemuk2.


Tapi dalam pembacaan pokok ni beracun. Tak menjadi masalah sbb my kids tak usik pokok2 saya dan selalu saya pesan jgn petik daun dan bunga. Nanti pokok sakit.




Seronok tgk garden ada kaler. Terapi lepas penat bekerja..bye!




Jumaat, 25 Januari 2013

Remote, Cushion, Tissue Box Cover With Lace From Cosway..

Cantik pulak produk keluaran Cosway ni. Ini adalah set baru yg  bertemakan english. Saya suke suke suke dgn english2 mcm ni. Yang paling tak tahan murah giler.

 

Ini remote cover. Siap bereben tu..Sangat2 praktikal di rumah saya sbb my kids selalu menjatuhkan remote dgn tidak sengaja. Kalau selalu jatuh, tutup bateri mudah longgar. So, dgn adanye cover ni, kalau jatuh lagi takde la cepat longgar atau patah. Jgn tak percaya harganya rm4.90 (dgn rp). Rasa mcm nak je borong byk2 pastu bagi adik beradik..paksa suruh guna benda ni sbb sgt berguna.



 
Bayangkan cushion cover yang cantik lagi sweet  dan cute ni berharga rm7.90 (dgn rp). Mana nak cari material cushion tebal lagi kental cam ni. My kids suka sgt sbb lembut.  




Yang ni lg gorjes. Lace lg youuu..yang ni rm7.90 (dgn rp). Warna maroon sangat menyerlah dgn white table cloth.

Ape rp tu?

Rp adalah point untuk member Cosway. So masa beli hr tu saya guna rp dan dapat beli dgn harga di atas. Dapat jimatkan poket. 

Kesimpulan, minat mendeko tak perlu mahal2. Paling penting kualiti mesti tip top. Baru alah membeli menang memakai..jom pakat jadi member Cosway..ahaks..bye!

Khatam Al Quran

Alhamdulillah..


Yeyyy!..sempena kedatangan Maulidur Rasul semalam, saya berjaya (sekali lagi) mengkhatamkan satu set Al-Quran yang saya beli pada tahun 2008.
Al-Quran ni saya beli untuk persediaan anak-anak akan datang (at that time) bila dah boleh baca Al-Quran nanti.

Syukur..dipanjangkan usia dapat menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran. Walaupun kita yang bekerja berdepan dengan kekangan masa, tapi itu bukan alasan. Memetik kata sorang ustazah terkenal negara..kalau sibuk sgt, satu ayat pun jadi lah..


Al Quran ni beserta dgn tafsir. Jadi sambil membaca boleh hayati tafsirnya sekali. Setiap juzuk berlain warna. Buat tarikan untuk kanak2 membaca.



Bila dah khatam, semangat  berkobar-kobar nak mengaji lagi. Target kali ni  nak lagi cepat khatam. Nak kena rajin..tu je jawabnya.

Sesibuk mn kita bekerja, cukup untuk kita selitkan aktiviti  ini dalam mn2 waktu dlm tempoh 24 jam.

Semoga sentiasa ada kekuatan untuk ke arah itu..sekadar motivasi buat diri sendiri untuk menjadi lebih baik. 

Selasa, 1 Januari 2013

Mood Tahun Baru

Selamat Datang 2013..

Apa yang istimewa pada tahun baru..emm..pada saya takde ape2 istimewa melainkan usia kita makin bertambah. Nak kata azam, hari2 kita berazam ..untuk jadi baik dan lebih baik..betul tak? Dan hari2 kita berazam nak tambah amal ibadah jadi lg sempurna. Pendapat saya juga, hari2 adalah azam baru.

Cuma bagi sesetengah orang mungkin ada tarikh2 tertentu nak capai satu2 target. Contoh nak jadi bertambah kaya menjelang 2013, nak tambah anak, nak kawen. Kalau sekolah pulak, misi dan visi sekolah menjelang 2013 adalah masalah disiplin sifar, ponteng sifar, rokok sifar dan macam2 sifar lagi.

Sempena 1.1.2013 ni, saya pun amik  mood baru dengan mendeko2 ruang tamu. Bukan beli barang baru, tapi touch up benda yang murah2 supaya nampak ada kelainan dan ada seri sikit. Cekidaut...

Inilah asal ruang tamu saya. Semua warna coklat..dari langsir, sofa, karpet, bantal


Nak bagi kaler, saya taruk bantal kecik kaler merah dua ketui atas sofa..


Pastu taruk chair bag. Chair bag atau alas meja ni dah lama saya beli semurah 90 sen. Dok tersimpan je dalam almari. Dulu nak pakai tapi takut old pesen. Bila dah letak nampak cantik pulak..


Last, saya letakkan bunga. Pasu bunga tu pasu kaca tapi saya balut dengan kertas dan ikat reben. Kalau jatuh, kaca pecah dalam kertas..tak berselerak. Tu ada kaki cenonet tu..alhamdulillah dia tak usik pun bunga atas coffee table tu..hemm..good boy!

Simple dan murah..yang penting meriah dengan warna yang menceriakan hidup kita dan keluarga..bye!