Jumaat, 25 Januari 2013

Khatam Al Quran

Alhamdulillah..


Yeyyy!..sempena kedatangan Maulidur Rasul semalam, saya berjaya (sekali lagi) mengkhatamkan satu set Al-Quran yang saya beli pada tahun 2008.
Al-Quran ni saya beli untuk persediaan anak-anak akan datang (at that time) bila dah boleh baca Al-Quran nanti.

Syukur..dipanjangkan usia dapat menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran. Walaupun kita yang bekerja berdepan dengan kekangan masa, tapi itu bukan alasan. Memetik kata sorang ustazah terkenal negara..kalau sibuk sgt, satu ayat pun jadi lah..


Al Quran ni beserta dgn tafsir. Jadi sambil membaca boleh hayati tafsirnya sekali. Setiap juzuk berlain warna. Buat tarikan untuk kanak2 membaca.



Bila dah khatam, semangat  berkobar-kobar nak mengaji lagi. Target kali ni  nak lagi cepat khatam. Nak kena rajin..tu je jawabnya.

Sesibuk mn kita bekerja, cukup untuk kita selitkan aktiviti  ini dalam mn2 waktu dlm tempoh 24 jam.

Semoga sentiasa ada kekuatan untuk ke arah itu..sekadar motivasi buat diri sendiri untuk menjadi lebih baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan