Selasa, 1 Januari 2013

Mood Tahun Baru

Selamat Datang 2013..

Apa yang istimewa pada tahun baru..emm..pada saya takde ape2 istimewa melainkan usia kita makin bertambah. Nak kata azam, hari2 kita berazam ..untuk jadi baik dan lebih baik..betul tak? Dan hari2 kita berazam nak tambah amal ibadah jadi lg sempurna. Pendapat saya juga, hari2 adalah azam baru.

Cuma bagi sesetengah orang mungkin ada tarikh2 tertentu nak capai satu2 target. Contoh nak jadi bertambah kaya menjelang 2013, nak tambah anak, nak kawen. Kalau sekolah pulak, misi dan visi sekolah menjelang 2013 adalah masalah disiplin sifar, ponteng sifar, rokok sifar dan macam2 sifar lagi.

Sempena 1.1.2013 ni, saya pun amik  mood baru dengan mendeko2 ruang tamu. Bukan beli barang baru, tapi touch up benda yang murah2 supaya nampak ada kelainan dan ada seri sikit. Cekidaut...

Inilah asal ruang tamu saya. Semua warna coklat..dari langsir, sofa, karpet, bantal


Nak bagi kaler, saya taruk bantal kecik kaler merah dua ketui atas sofa..


Pastu taruk chair bag. Chair bag atau alas meja ni dah lama saya beli semurah 90 sen. Dok tersimpan je dalam almari. Dulu nak pakai tapi takut old pesen. Bila dah letak nampak cantik pulak..


Last, saya letakkan bunga. Pasu bunga tu pasu kaca tapi saya balut dengan kertas dan ikat reben. Kalau jatuh, kaca pecah dalam kertas..tak berselerak. Tu ada kaki cenonet tu..alhamdulillah dia tak usik pun bunga atas coffee table tu..hemm..good boy!

Simple dan murah..yang penting meriah dengan warna yang menceriakan hidup kita dan keluarga..bye!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan