Selasa, 26 Februari 2013

Drama dan Motivasi

Lately ni byk drama yang menarik di tv. Dulu saya tak tengok...have no time sbb kerja rumah berlambak menanti. Kerja apa...?Kalau dah berstatus mak2 ni, faham2 je la..mn nak tengok homework anak, ajar anak mengaji, anak nak study, dobi kain baju, nak suap anak makan, nak main2 dgn anak..blablabla..

One day my niece dtg rumah. Saya pun cite yg saya tak bkesempatan nk tgk drama2 nih. Pastu dgn eksyennya my niece said apa la byr astro mahal tapi tak guna pvr. Then, she teached me how to record all the dramas.

Now, hari2 saya ada masa nonton drama. Time anak2 dh masuk tido, sy pun on apa yang dah saya record. Wowww..time management tu penting kan. Drama yang satu jam jadi 40 minit aje sbb tolak iklan itu ini. Waktu ni la saya dpt spend  masa utk diri sendiri..rileks, lepak2 depan tv, jiwang2 sikit..

Saya tak gemar nonton drama waktu maghrib. Bad influence pd anak2..how to teach them to become good muslims kalau waktu2 begini mak bapak leka depan tv. no no no!sambil goyang jari telunjuk..Waktu maghrib bolehlah berlama2 di atas tikar sejadah lepas seharian bekerja.

Inilah antara drama yang saya tonton tiap hari dan minggu.


RBDAD..saya menjiwai cite ni sbb saya sgt kasihankan si Fatin. Mcm dapat rasa apa yang Fatin rasa ...tak dapat kawin dgn org yang dicintai..sob sob sob!


QS..terlalu jiwang. Mungkin sbb heroin ni namanya Qaseh. Naik lemas saya dok Qaseh..Qaseh.. Pastu alahai sentimental sgt2. Tapi boleh la..layan juga!



HP..suka sgt2 drama ni. Fan of Beto Khusyairy mana boleh tak tgk. Jalan cerita pun lain dari yang lain. Suka dgn kemisterian Arman dan Adawiyah..hihik..over!



CMRM..tak lupa utk tambah ilmu di dada. Ini pun saya record sbb boleh refresh amalan kita kalau terlupa. Nasihat dan motivasi yg disampaikan oleh Prof Muhaya boleh dijadikan inspirasi dalam mengatur hidup agar bahagia dan membahagiakan.

Well..nonton drama sekadar hiburan. Bukan bertujuan utk jadi lagha tetapi yang baik dijadikan teladan dan yang buruk buang jauh jauh..!


pic from google





Ahad, 24 Februari 2013

Sebahagian Tugas Pendidik

Kalau tak mengajar, cikgu2 akan buat kerja2 yang berkaitan dengan pendidikan contohnya marking buku, key in markah, laporan itu laporan ini , data itu data ini dan tak terkecuali mendekorasi kelas.
 
Kalau aliran biasa, bab deko2 ni boleh serah kat murid2 je. Murid sekolah menengah dah boleh diharap. Tapi mcm saya, murid saya murid istimewa. Jadi dari A to Z memang saya yang kena buat. Nak2 pulak cikgu kelas.



Ini adalah antara tugas saya dan benda ni memang wajib dipamerkan di dalam kelas iaitu jadual bertugas murid. Saya buat jadual ni time anak2 ada di sekolah. Maknanya saya balik dari sekolah tengah hari, terus aje buat benda ni. Nak buat masa anak2 ada..? Huhhh..memang takkan siap.



80% sudah... Siap sepenuhnya boleh la jadual ini ditampal dalam kelas.
Anak2 murid, sila bertugas seperti di dalam jadual. Jangan malas2...nanti cikgu ida babap..ahaks!



Basikal Recycle.

Basikal ni basikal Zahra. Zahra dah tak pakai lg sbb dah kecik utk dia. So perturunkan basikal ni pada Hafiy. Asalnya basikal ni teruk juga rosaknya. Tapi bila dah hantar kedai kena repair elok pulak. Yang repair tu tukar seat, pasang tayar kecik kiri kanan dgn break. Nasib baik masa beli basikal dulu warna pink takde. Emm..ada baik juga. Kalau tak, Hafiy mat jambu la naik basikal pink.








Seronok betul petang dapat main basikal. Tak pernah ada basikal, Zahra acah2 nak naik je Hafiy tak kasi. Kaki tu belum sampai lagi jadi bila kayuh, dapat separuh je. Takpe Hafiy.. lama2 kaki Hafiy mesti sampai.








 


Jumaat, 8 Februari 2013

Maulidur Rasul

Pagi Jumaat tadi dimulakan dengan pengisian Ceramah Sempena Maulidur Rasul..





Kelahiran Rasullullah SAW membawa rahmat kepada seluruh alam.

Kemuliaan akhlak dan peribadi Baginda dijadikan contoh.
 
Seruan Islam panduan hidup.
 
Namun, Baginda menjadi musuh no.1 pada...syaitan laknatullah.
 
Musuh syaitan :
1. Rasulullah SAW
2. Orang kaya yang tidak sombong
3. Orang yang adil
4. Peniaga yang jujur
5. Orang yang bersedekah
6. Orang yang khusyuk
7. Mukmin yang sering bertaubat
8. Orang yang membaca Al Quran
9. Orang yang bangun malam untuk ibadah
10. Orang yang nasihat menasihati
 
Laut adalah tempat pembuangan syaitan.
 
Tanda kiamat yang paling besar dan hampir ialah apabila matahari terbit dari sebelah barat. Pada masa itu, pintu taubat telah pun tertutup.
 
Kajian menunjukkan bumi berputar disebabkan wujudnya tawaf di Makkah. Jika tawaf tiada, putaran bumi terhenti.
 
4 wanita pasti ke syurga :
1. Maryam bonda Nabi Isa AS
2. Siti Khadijah isteri Rasulullah Saw
3. Fatimah Azzahrah anakanda Rasulullah SAW
4. Asiah bekas isteri Firaun
 
Semoga kita tergolong dalam musuh syaitan..
 
ANA UHIBBUKA YA RASULULLAH
 
 
 

Bunga-Bunga Di Garden

Kat Bangi sekarang asal petang je hujan. Ni yang buat pokok2 saya nampak subur sbb dapat air bersih..takde klorin dan tak kotor.


Bunga sempena CNY tak tau pe nama..baru tanam. Cantik mcm ros byk kelopak..


Kemboja Cina..merah menyala!


Bunga YTT..juga baru ditanam. Berbau harum..


The Pinkie Japanese Rose

 
Walaupun tak bertanah, manafaatkan mana2 ruang yang ada..
Sweet Little Garden..

Alhamdulillah..duhai bunga2ku sayang, kau la penyeri rumahku. Hidup la kau dengan subur. Keluarkan bungamu yang cantik itu. Jadikan kecantikanmu satu manafaat buat semua makhluk di bumi ini. Semoga kau gembira bertuankan aku..hihihik..cakap2 ngn pokok gitu la gayanye! bye..!





Khamis, 7 Februari 2013

Sarapan Pagi Yang Ringkas Untuk Anak-Anak Ke Sekolah

Bahagia bila berkesempatan menyediakan sarapan untuk anakanda tercinta. Lagi bahagia bila tengok pinggan licin.


Yang biru untuk Haikal, yang purple untuk Zahra.
Inilah sarapan yg simple lagi ringkas yang boleh dibuat time sibuk nak siap2 pegi kerja. Menu pagi td roti dgn scramble egg dan nugget. Zahra nak bawak bekal nugget ke sekolah, Haikal pulak nak minum cold chocolate pagi2 buta.

 Permintaan anak2 kena la buat. Tak sampai hati kan kalau tak buat.. Kadang2 saya terkocoh2 juga nak siapkan breakfast tapi takpe la..biar kita lewat sikit janji anak dapat bersarapan. Sarapan tu penting..kalau anak perut lapar mcm mana nak belajar. Sama macam kita..kalau perut asyik berbunyi, boleh ke kita concentrate buat kerja. 

Esok tak tau nak masak ape untuk jamuan sempena Maulidur Rasul sekolah agama Haikal. Nak kena surf ni..mana la tau jumpa idea yang baik2 nak dibuat sok..bye!







Selasa, 5 Februari 2013

Lauk Semalam


Alhamdulillah..rezeki semalam.


Menu untuk dinner semalam siakap masak sos, pak choy goreng cendawan dan telur dadar.