Khamis, 7 Februari 2013

Sarapan Pagi Yang Ringkas Untuk Anak-Anak Ke Sekolah

Bahagia bila berkesempatan menyediakan sarapan untuk anakanda tercinta. Lagi bahagia bila tengok pinggan licin.


Yang biru untuk Haikal, yang purple untuk Zahra.
Inilah sarapan yg simple lagi ringkas yang boleh dibuat time sibuk nak siap2 pegi kerja. Menu pagi td roti dgn scramble egg dan nugget. Zahra nak bawak bekal nugget ke sekolah, Haikal pulak nak minum cold chocolate pagi2 buta.

 Permintaan anak2 kena la buat. Tak sampai hati kan kalau tak buat.. Kadang2 saya terkocoh2 juga nak siapkan breakfast tapi takpe la..biar kita lewat sikit janji anak dapat bersarapan. Sarapan tu penting..kalau anak perut lapar mcm mana nak belajar. Sama macam kita..kalau perut asyik berbunyi, boleh ke kita concentrate buat kerja. 

Esok tak tau nak masak ape untuk jamuan sempena Maulidur Rasul sekolah agama Haikal. Nak kena surf ni..mana la tau jumpa idea yang baik2 nak dibuat sok..bye!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan