Ahad, 24 Februari 2013

Sebahagian Tugas Pendidik

Kalau tak mengajar, cikgu2 akan buat kerja2 yang berkaitan dengan pendidikan contohnya marking buku, key in markah, laporan itu laporan ini , data itu data ini dan tak terkecuali mendekorasi kelas.
 
Kalau aliran biasa, bab deko2 ni boleh serah kat murid2 je. Murid sekolah menengah dah boleh diharap. Tapi mcm saya, murid saya murid istimewa. Jadi dari A to Z memang saya yang kena buat. Nak2 pulak cikgu kelas.



Ini adalah antara tugas saya dan benda ni memang wajib dipamerkan di dalam kelas iaitu jadual bertugas murid. Saya buat jadual ni time anak2 ada di sekolah. Maknanya saya balik dari sekolah tengah hari, terus aje buat benda ni. Nak buat masa anak2 ada..? Huhhh..memang takkan siap.



80% sudah... Siap sepenuhnya boleh la jadual ini ditampal dalam kelas.
Anak2 murid, sila bertugas seperti di dalam jadual. Jangan malas2...nanti cikgu ida babap..ahaks!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan