Isnin, 17 Mac 2014

Rahmat Cuaca Panas, Gardenku Indah

Di kala negara kita dilanda cuaca panas, ada nikmat yang tersembunyi yang dikurniakan Allah pada makhluknya. Disebalik terikan panas matahari, kita diberi kesempatan untuk melihat keindahan tumbuhan yang amat memerlukan sang matahari.

Alhamdulillah..jika ada tumbuhan yang layu kekeringan, masih ada yang segar meneruskan kehidupan. Jika ada tanah di dalam pasu kering kontang, masih ada lagi yang masih basah dan lembab. 

Bukan mendabik dada seorang gardener yang hebat, tetapi rasa kasih sayang semasa makhluk dan mencintai keindahan alam menjadikan saya sangat bertanggungjawab menjaga dan memberi cukup makan kepada keluarga tumbuhan ini. 

Di garden yang comel ini, semua pokok2 yang ditanam adalah yang tahan lasak dan memerlukan cahaya matahari yang maksimum. 
Kali ini, hati saya berbunga riang melompat2 kerna adenium obessum galak mengeluarkan bunga. Pucuk2nya kelihatan hijau.



Japanese rose tu adalah pasu yang kedua. Selepas selama seminggu batangnya di cubit2 manja dan dicucuk dalam pasu nan kecil, japanese rose mengeluarkan bunga yang demoks2 saiznya..sama saiznya dengan saiz yang asal..



Bunga kertas juga berbunga segar. 

Seronok tengok garden ada pelbagai colour. Cadangnya nak tambah hiasan2 garden dan tambah ahli2 pokok lain tapi tengok la dulu..perlu plan betul sebab gardennya comel..takut tak muat nak letak..



Tiramisu Pergi Sekolah


Hari tu ada jamuan perpisahan. Jamuan tu sempena murid saya dpt melanjutkan pelajaran ke Kolej Ganda, Seremban dlm bidang pembuatan pastri. Nak kata org kuat jamuan tu tidak la..tapi sekadar membantu mana2 yg patut. Hari tu, saya masak spagetti bolognese dan tiramisu. Gambar spagetti lupa nk snap.

 Alhamdulillah..dua2 hidangan ni licin..siap nk bawa balik lg. Melihat murid tambah spagetti 2 3 kali, buat hati saya riang dan gembira. Syukur..dapat mengembirakan anak murid walaupun secebis cuma..





Rabu, 12 Mac 2014

Fibercell Complex Avon

Saya gemar mencuba pelbagai supplement..ye?..tapi yang sebenarnya la kan saya tercari2 supplement yang sesuai dengan saya. Maksud sesuai ialah bentuk pengambilan, fungsi, kesan, hasil dan yang paling penting adalah harganya. Kenapa harga tu penting..sebab pengambilan supplement harusnya berterusan dan memerlukan budget setiap bulan.

Supplement yang mahal tentulah baik (dengan izin Allah) tapi pendapat saya kalau amik yang berpatutan, mutu dan kualiti, disiplin dan berterusan dengan izin Allah juga akan nampak hasilnya.










Terkini saya consume Fibercell Complex dari Avon. Hampir 3 minggu saya ambil Fibercell. Alhamdulillah..banyak kesan yang saya dapat lihat. Fibercell ni lebih pada penyahtoksin. Bila menyahtoksin, kita akan melalui proses membuang isi perut. Mula2 bagai nak gila perut ni..terasa nak membuang aje. Tapi tu rasa dalam dua tiga hari je..sampai perut terasa ringan. Dah hari2 makan pembuangan menjadi stabil. 

Paling best, kulit menjadi lembut dan tak kering. 
Consume supplement ni, kena jauhkan kaffein sbb kaffein akan absorb khasiat2 supplement ni. Jadi utk menahan kemahuan dan kehendak minum neskopi, saya minum 2 kali seminggu je. Boleh la..tak minum tak best pulak nak buat tugasan harian. 

Kesimpulannya, pilihlah supplement yang memikat hati. Fahamkan betul2 kandungan dan fungsinya. Supplement tu penting dikala usia menginjak dari tahun ke tahun di samping doa tidak putus agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah sementara nyawa masih ada..