Isnin, 17 Mac 2014

Rahmat Cuaca Panas, Gardenku Indah

Di kala negara kita dilanda cuaca panas, ada nikmat yang tersembunyi yang dikurniakan Allah pada makhluknya. Disebalik terikan panas matahari, kita diberi kesempatan untuk melihat keindahan tumbuhan yang amat memerlukan sang matahari.

Alhamdulillah..jika ada tumbuhan yang layu kekeringan, masih ada yang segar meneruskan kehidupan. Jika ada tanah di dalam pasu kering kontang, masih ada lagi yang masih basah dan lembab. 

Bukan mendabik dada seorang gardener yang hebat, tetapi rasa kasih sayang semasa makhluk dan mencintai keindahan alam menjadikan saya sangat bertanggungjawab menjaga dan memberi cukup makan kepada keluarga tumbuhan ini. 

Di garden yang comel ini, semua pokok2 yang ditanam adalah yang tahan lasak dan memerlukan cahaya matahari yang maksimum. 
Kali ini, hati saya berbunga riang melompat2 kerna adenium obessum galak mengeluarkan bunga. Pucuk2nya kelihatan hijau.



Japanese rose tu adalah pasu yang kedua. Selepas selama seminggu batangnya di cubit2 manja dan dicucuk dalam pasu nan kecil, japanese rose mengeluarkan bunga yang demoks2 saiznya..sama saiznya dengan saiz yang asal..



Bunga kertas juga berbunga segar. 

Seronok tengok garden ada pelbagai colour. Cadangnya nak tambah hiasan2 garden dan tambah ahli2 pokok lain tapi tengok la dulu..perlu plan betul sebab gardennya comel..takut tak muat nak letak..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan