Rabu, 12 Mac 2014

Fibercell Complex Avon

Saya gemar mencuba pelbagai supplement..ye?..tapi yang sebenarnya la kan saya tercari2 supplement yang sesuai dengan saya. Maksud sesuai ialah bentuk pengambilan, fungsi, kesan, hasil dan yang paling penting adalah harganya. Kenapa harga tu penting..sebab pengambilan supplement harusnya berterusan dan memerlukan budget setiap bulan.

Supplement yang mahal tentulah baik (dengan izin Allah) tapi pendapat saya kalau amik yang berpatutan, mutu dan kualiti, disiplin dan berterusan dengan izin Allah juga akan nampak hasilnya.










Terkini saya consume Fibercell Complex dari Avon. Hampir 3 minggu saya ambil Fibercell. Alhamdulillah..banyak kesan yang saya dapat lihat. Fibercell ni lebih pada penyahtoksin. Bila menyahtoksin, kita akan melalui proses membuang isi perut. Mula2 bagai nak gila perut ni..terasa nak membuang aje. Tapi tu rasa dalam dua tiga hari je..sampai perut terasa ringan. Dah hari2 makan pembuangan menjadi stabil. 

Paling best, kulit menjadi lembut dan tak kering. 
Consume supplement ni, kena jauhkan kaffein sbb kaffein akan absorb khasiat2 supplement ni. Jadi utk menahan kemahuan dan kehendak minum neskopi, saya minum 2 kali seminggu je. Boleh la..tak minum tak best pulak nak buat tugasan harian. 

Kesimpulannya, pilihlah supplement yang memikat hati. Fahamkan betul2 kandungan dan fungsinya. Supplement tu penting dikala usia menginjak dari tahun ke tahun di samping doa tidak putus agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah sementara nyawa masih ada..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan