Isnin, 12 Mei 2014

Candy Buffet Aqiqah Hafiy

Walaupun majlis aqiqah Hafiy selesai bulan Mac lepas, namun kami suami isteri selalu bercerita dan post moterm berulang kali. Seronok...majlis ni jadi kenangan manis buat kami sebab inilah first time majlis aqiqah buat di rumah sendiri. Aqiqah Haikal dan Zahra dulu buat di Kuantan.



Alhamdulillah..syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu yang diundang pun ramai yang hadir. Yang paling best adalah candy buffet yang saya organize sendiri. Memandangkan saya ni tuan rumah, tak boleh sibuk2 snap gambar sana sini. Makanya tugas itu saya serahkan pada my nephew. Bila tengok balik gambar yang disnap, alahai.. tak banyak gambar candy buffet ni. 


Tema biru turqoise. Dua meja digabungkan dan di hias dengan kain jersy dua
warna iaitu biru dan putih. Satu meja di letakkan pelbagai candy dan satu lagi meja disusunkan dengan kuih muih beraneka rasa dan rupa. Hidangan kuih muih khusus buat tetamu dewasa. 


Saya suka buat candy buffet. Saya seronok tengok budak2 kecik tinjau2 pastu ambil candy yang diorang suka. Diorang suka sangat sebab no limits..ambil la berapa banyak candy nak ambil pun tuan rumah tak marah. Memang niat untuk happykan kanak-kanak.

Cukup sekadar candy buffet yang ringkas buat kali pertama. Belum perlukan tempahan dari luar kerana dengan sedikit minat dan kemahiran boleh terhasil dengan candy buffet yang diingini. Tidak terikat dengan do and don't, kebebasan kita untuk atur apa saja. Yang paling penting sentuhan sendiri yang membuatkan kita puas hati...
Puas puas puas...ahaks;-) !!!



Isnin, 5 Mei 2014

Rak Kasut Ke Ni..?

Saya mencari rak kasut. Berkira-kira nak beli yang besar sikit..maklum la..kasut saya je dah berapa pasang dah. Belum campur big boss punya kasut..anak2 lagi..selipar bagai. 

 Tak susah nak cari sebab saya bukan jenis yang suka turun naik satu kedai ke satu kedai. Beli barang perabot, satu tu je lah kedainya. Dari anak sorang sampai anak tiga.

Mula2 tu saya tengok rak kasut jenis yang biasa2 je. Tapi bila saya terpandang je rak kasut ni, terus kata cantik dan confirm beli.


Pada mata saya memang cantik. Tak macam rak kasut. Panjang rak ni 4 kaki. Letaknya di tepi tangga. Rak kasut yang lama, saya taruk kat luar.


Yang membuatkan nampak de vass sebab almari ni dibalut dengan wall paper.




Rak kasut pun nak deko..hihik..dah gitu pe'elnya..


Belum dapat ilham nak deko macam mana. Sementara ni, saya letakkan bakul2 comel yang baru beli kat Lovely Lace. Tengah sales sekarang ni..



Ayat syok sendiri..LAWANYA RAK KASUT AKU..hihik..addoi la..perasaan lebih..