Walaupun majlis aqiqah Hafiy selesai bulan Mac lepas, namun kami suami isteri selalu bercerita dan post moterm berulang kali. Seronok...majlis ni jadi kenangan manis buat kami sebab inilah first time majlis aqiqah buat di rumah sendiri. Aqiqah Haikal dan Zahra dulu buat di Kuantan.
Alhamdulillah..syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu yang diundang pun ramai yang hadir. Yang paling best adalah candy buffet yang saya organize sendiri. Memandangkan saya ni tuan rumah, tak boleh sibuk2 snap gambar sana sini. Makanya tugas itu saya serahkan pada my nephew. Bila tengok balik gambar yang disnap, alahai.. tak banyak gambar candy buffet ni.
Tema biru turqoise. Dua meja digabungkan dan di hias dengan kain jersy dua
warna iaitu biru dan putih. Satu meja di letakkan pelbagai candy dan satu lagi meja disusunkan dengan kuih muih beraneka rasa dan rupa. Hidangan kuih muih khusus buat tetamu dewasa.
Saya suka buat candy buffet. Saya seronok tengok budak2 kecik tinjau2 pastu ambil candy yang diorang suka. Diorang suka sangat sebab no limits..ambil la berapa banyak candy nak ambil pun tuan rumah tak marah. Memang niat untuk happykan kanak-kanak.
Cukup sekadar candy buffet yang ringkas buat kali pertama. Belum perlukan tempahan dari luar kerana dengan sedikit minat dan kemahiran boleh terhasil dengan candy buffet yang diingini. Tidak terikat dengan do and don't, kebebasan kita untuk atur apa saja. Yang paling penting sentuhan sendiri yang membuatkan kita puas hati...
Puas puas puas...ahaks;-) !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan