Khamis, 28 Ogos 2014

Dekorasi Meja Makan

Tiap kali nak raya, saya tak lupa beli plastik alas meja. Time raya mejalah paling penting sebab di situlah tarikan dengan macam2 menu dihidang untuk tetamu. Lepas raya, meja jadi biasa2 aje. 

Pakai plastik alas ni ada masalahnya. Pertama, selalu bergerak. Kalau tak nak gerak, beli yang tebal semeter RM18. Kalau 2 1/2 meter dah RM45..tapi bila lama2 teralih juga. Kedua, plastik tak sama saiz dengan kain alas. Mula la tarik sebelah sini tak kena, tarik sebelah sana tak sama. Last2, pasrah..letak bunga bagi tak gerak.


Ini meja makan saya tahun lepas. Table cloth sahaja sbb masa ni belum beli plastiknya lagi. Table cloth pun bermasalah juga. Yang jual memang betul ada 6 dan ada 8 seaters..tapi tak sama juga dengan saiz meja. Table cloth tahun lepas labuh sangat..memang labuh walaupun untuk 8 seaters. Jadi bila kita duduk, kadang2 tertarik dengan kain sekali.
  

Tahun ni saya tak nak lagi risau pasal meja. Awal2 lagi sebelum puasa saya tempah alas meja. Senang..alas meja custome made. Semestinya ngam2 dengan meja kita. Saya tempah dari kain Elyza's.


Idea dan pattern bukan dari saya tapi saya ambil dari Avon. Kebetulan Avon keluarkan campaign sempena Syawal. Ada koleksi perhiasan rumah..curtain, table cloth. Dari situ saya tunjukkan contoh pada ID dan saya pilih materialnya. Dah bosan asyik plain aje, kali ni saya pilih purple stripes di sekeliling kain dan corak floral di tengah2.


Ikut katalog asal Avon, pengikat tepi tu tali aje. Tapi saya tukar pada riben. 


Cermin saya tempah selepas table cloth siap. Ingatkan mudah nak letak cermin besar ni atas meja..rupa ada caranya. 

Yesss..settle pasal meja. Takde lagi gerak sana sini, takde lagi terduduk atas kain..










Rabu, 27 Ogos 2014

Hidangan Yang Macam-Macam

Foto hidangan ini adalah sebagai koleksi kenangan semata-mata utk memberi ingatan bahawasanya satu masa dulu saya amat rajin utk membuat hidangan2 ini. Nampakkk..betapa officialnya menyusun kata..hahaha


Crunchy almond florentine salah satu biskut raya Syawal yang lalu.


Honey cornflake with red cherry+chocolate chip ni request dari Haikal.  Buat masa pertengahan Syawal. Yang ni 2nd round saya buat sbb yang mula2 buat dah habis licin masa saudara mara dari Muar datang beraya.  


Yang ni pulak nasi arab maqluba. Saya masak menu ni sebagai hidangan berbuka puasa 6. Nasi arab maqluba pada saya lagi sedap dari kabsah dan mandy sebab nasi ni bila dimasak hukum dia kena masukkan sayur cauliflower dan terung. Bila makan nasi basmathi bercampur dengan manis sayur ummmph..memang sedap.

Lately ni jarang dapat snap foto masakan. Bukan ape, bila dah petang memang kalut nak menghidang, nak layan anak2 balik sekolah petang nak makan lagi..Masa tu rasanya macam ngam2 je..makanan siap je masak, anak2 pun sampai rumah. Takpe..maybe lepas2 ni boleh urus masa bebaik. 

Seronok juga simpan koleksi masakan ni. Bila belek2 page lama setahun dua yang lepas rasa syok pulak sebab boleh imbau..ooo..aku pernah masak ni dulu..rajinnye aku...fuyyooo








Selasa, 26 Ogos 2014

Gegirl Handphone Case Bling Bling

Sampai masanya,casing handfon terpaksa kena ganti baru. Macam casing saya baru ni, magnetnya dah terkeluar. Bila dah takde magnet handfon masih  boleh tutup rapat tapi tempat yang nak lekat tu terjelir la pulak. Sakit mata menengoknya.

Dah jadi macam tu, laju2 pegi cari casing baru. Tak susah pun nak cari. Deret shop lot kat rumah ada satu yang jual aksesori handfon. Redah aje..malas nk pegi jauh2. Tengok2 macam2 casing ada jual untuk pelbagai jenis fon. Yang paling best casing untuk Note 1 banyak pilihan..Yess..misi tercapai. Kalau kedai lain dah tak banyak pilihan dah..banyaknye utk Note 2 dan Note 3..sedihhh..



Asalnya nak cari casing LV. Nampak mahal skit walaupun orang akan tau bukan ori pun. Tapi takde pulak..emmm..pasrah. Dalam banyak2 tu, yang ini jadi pilihan saya. Rasa comel sangat. Look very gegirl and cute dengan riben dan batu lip lap. Harga pun ok. Jangan tercabut  batu tu sudah la.


Tiap kali bila saya tukar casing baru, selalu mood terasa macam beli fon baru..hihik..
Yang paling tak tahan, sampai je sekolah terus tunjuk pada kawan2. Kembang rasanya bila semua kata cantik. Yang kelakar kawan saya siap cakap "huhhh..dasar perempuan.."..hahahaa...mesti laaaaa...  




   

Vellfire 2.4

Keputusan nak tukar kenderaan dibuat secara spontan. Apabila hajat disuarakan, ia dibawa ke medan perbincangan. Setelah berbincang serta mengambil kira pelbagai aspek, kami sependapat untuk memulakan permohonan. Ternyata, permohonan mendapat lampu hijau. 

Bermulalah dokumentasi yang pelbagai membuatkan kami suami isteri jadi sikit pening pada awalnya. Mula-mula nak tu, selang dua tiga hari nak ni pulak dari pelbagai pihak..adeh. Tapi seriously, kali ni saya mengambil tahu setiap butiran sebab proses membeli kereta import sgt menarik..mungkin sebab APnye.

Jadi pada  Rabu 16 Julai 2014, remote bertukar tangan. Alhamdulillah..rezeki Allah siapa yang tahu. Walaupun biasa bagi orang lain tapi bernilai bagi kami. Nilainya adalah kegembiraan dan keselesaan anak2.




Pemanduan kereta Toyota memang tip top. Siapa2 yang memandu Toyota mesti bersetuju Toyota is the best. So, suggestion..sape2 nak beli kereta atau mpv, belilah brand Toyota sebab ia best..hahaha..orang pompuan kalu disuruh beri komen pasal kereta,yang terkeluar perkataan adalah best best best..itu je..yg lain tak tau..hahaha 





Rabu, 6 Ogos 2014

Syawal 1435


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada kami :

Zulfakar Yahya b. Abdul Aziz
Ida Suhana bt. Mat Zin
Muhammad Zulhaikal Aiman
Adriana Zahra
Muhammad Zulhafiy Azhari