Rabu, 27 Ogos 2014

Hidangan Yang Macam-Macam

Foto hidangan ini adalah sebagai koleksi kenangan semata-mata utk memberi ingatan bahawasanya satu masa dulu saya amat rajin utk membuat hidangan2 ini. Nampakkk..betapa officialnya menyusun kata..hahaha


Crunchy almond florentine salah satu biskut raya Syawal yang lalu.


Honey cornflake with red cherry+chocolate chip ni request dari Haikal.  Buat masa pertengahan Syawal. Yang ni 2nd round saya buat sbb yang mula2 buat dah habis licin masa saudara mara dari Muar datang beraya.  


Yang ni pulak nasi arab maqluba. Saya masak menu ni sebagai hidangan berbuka puasa 6. Nasi arab maqluba pada saya lagi sedap dari kabsah dan mandy sebab nasi ni bila dimasak hukum dia kena masukkan sayur cauliflower dan terung. Bila makan nasi basmathi bercampur dengan manis sayur ummmph..memang sedap.

Lately ni jarang dapat snap foto masakan. Bukan ape, bila dah petang memang kalut nak menghidang, nak layan anak2 balik sekolah petang nak makan lagi..Masa tu rasanya macam ngam2 je..makanan siap je masak, anak2 pun sampai rumah. Takpe..maybe lepas2 ni boleh urus masa bebaik. 

Seronok juga simpan koleksi masakan ni. Bila belek2 page lama setahun dua yang lepas rasa syok pulak sebab boleh imbau..ooo..aku pernah masak ni dulu..rajinnye aku...fuyyooo








Tiada ulasan:

Catat Ulasan