Keputusan nak tukar kenderaan dibuat secara spontan. Apabila hajat disuarakan, ia dibawa ke medan perbincangan. Setelah berbincang serta mengambil kira pelbagai aspek, kami sependapat untuk memulakan permohonan. Ternyata, permohonan mendapat lampu hijau.
Bermulalah dokumentasi yang pelbagai membuatkan kami suami isteri jadi sikit pening pada awalnya. Mula-mula nak tu, selang dua tiga hari nak ni pulak dari pelbagai pihak..adeh. Tapi seriously, kali ni saya mengambil tahu setiap butiran sebab proses membeli kereta import sgt menarik..mungkin sebab APnye.
Jadi pada Rabu 16 Julai 2014, remote bertukar tangan. Alhamdulillah..rezeki Allah siapa yang tahu. Walaupun biasa bagi orang lain tapi bernilai bagi kami. Nilainya adalah kegembiraan dan keselesaan anak2.
Pemanduan kereta Toyota memang tip top. Siapa2 yang memandu Toyota mesti bersetuju Toyota is the best. So, suggestion..sape2 nak beli kereta atau mpv, belilah brand Toyota sebab ia best..hahaha..orang pompuan kalu disuruh beri komen pasal kereta,yang terkeluar perkataan adalah best best best..itu je..yg lain tak tau..hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan