Rabu, 14 Disember 2016

Pizza Roti Sosej Cendawan

Terlebih rajin pulak hari ni nak meng update bahan2 dalam kamera. Yang ini adalah bekalan masa outing satu setika dulu. Bekalan ni kudapan dalam kereta. Tapi last2 tak jadi kudapan pun. Terpaksa berhenti di hentian dan makan. Ngeri tengok lelehan sos dan cheesenye..kalau tumpah pada baju atau seat kereta, mau tak nanges. Berkhasiat dan kalerful Roti Pizza Sosej Cendawan..nak lagi panjang tambah capsicum,cheese..hoho



Resepi roti pizza ini saya dapat daripada FB. Base roti pizza boleh taruk tomato puree dan toppingnya pula daripada sosej, cendawan, capsicum, cheese. 

Mudah aje pembuatannya..sapukan tomato puree pada roti. Letak dan susun aje bahan2 di atas roti. Paip sos cili dan susunkan cheese. Nak lagi leleh, boleh taruk mayonis. Roti dah make up cantik, boleh bakar dalam oven agak2 cheese tu mencair.


Saiz tupperware di atas ngam2 dengan empat keping roti. Jadi mak2 harus beli tupperware pattern ni sebab mak dan roti tak dapat dipisahkan..woweii. Bekalan hari tu beserta dengan potongan epal dan dragon fruit. Truly nutritious..





Oven Panas : Brownies Kedut


Alhamdulillah cubaan pertama bikin brownies kedut menjadik. Thank you Allah sebab bagi jadi dan sedap. Dah lama teringin nak rasa brownies kedut ni..tapi susah amat nak curi masa. So cuti sekolah ni saya amik peluang baking brownies. Dah 2 kali baking, dan 2 kali ni juga cantik kejadiannya.


Kalau di google, memang banyak giler resepi brownies ni. Tapi yang paling boleh ngam dan jadi rujukan saya adalah daripada blog Kak Azlita Aziz azlitamasammanis.com. Blog Kak Ita memang superb. Pesan Kak Ita kalau nak hasilkan kek yang super sedap harus daripada bahan yang berkualiti. 

Takmo tak jadi, saya ikut pesan Kak Ita. Saya hanya beli bahan2 yang berkualiti dan berjenama..bukan apa bimbang tak sedap rugi juga. Alang2 berbelanja biar puas hati. Lagipun saya bukan pro dalam baking membaking ni..jadi pesanan otai kena ikut..hehehe 

Anak2 yang paling suka sebab chocolate diorang punya favourite. Suami pun suka lepak kat dapur pekena sekeping brownies bersama secangkir coffee gitewww..



Memandangkan banyak masa ni saya taipkan secara ringkas resepi brownies cara saya..

Bahan-bahan Brownies Kedut :

Bahan A
400g dark chocolate (Beryl's coin)
150g unsalted butter (Anchor)

Bahan B
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
Esen vanila

Bahan C
100g tepung naik sendiri (Blue Key)
30g serbuk koko (Van Houten)

Cara-cara :
1. Bahan A cairkan kaedah double boil
2. Bahan B disatukan dan dipukul dengan wisk (guna mangkuk besar supaya    
    dapat satukan Bahan A dan Bahan C)
3. Bahan C disatukan dan ayak
4. Dalam mangkuk B, masukkan Bahan A dan kacau
5. Masukkan pula Bahan C sedikit demi sedikit supaya tepung sekata dengan 
    coklat
6. Lapikkan loyang 10X10 dengan sapuan minyak dan baking paper
7. Tuang perlahan aduan ke dalam loyang dan ratakan
8. Bakar selama 30 minit dengan suhu 160 drjh C
9. Apabila brownies dah masak, tutup oven dan biarkan brownies di dalam
    oven dengan pintu sedikit renggang selama 15 minit. Ini untuk mendapatkan 
    kedut yang cantik

Tips : 
* Loyang harus nipis  (10x10) supaya brownies masak cantik, sekata dan tidak 
   bantat
* Panaskan oven terlebih dahulu selama 30 minit suhu 160 drjh C
* Boleh kurangkan gram gula sebab brownies ni manis




Tak tebal, tak nipis..sedang2 aje, moist dan cantik.. Alhamdulillah..jom cuba


Graduation & Concert 2016 Tadika ABC


Inilah gaya terkini hero tamil 2016..hehehe..yang paling ngada dan eksyen si baju turqoise 3 dari kiri tu. Confident habis dengan stail Malhari dia tu..

Actually ini aksi hari terakhir sebelum hari sebenar concert day Tadika ABC. Concert tahun ni diadakan di Grand Ballroom Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Anak2 dan teachers put a lot of afford utk jayakan concert ni. Mama dapat tengok betapa bersungguh2nya diorang practice setiap hari. Punya semangat sampai Hafiy download lagu hindustan Malhari then practice sorang diri. Mama impress tengok baju anak2 memang kebommm. Tema konsert untuk Tadika ABC Seksyen 15 adalah Bollywood.


Anak2 girl siap bersari untuk bergelek..


27 November 2016..Jam 9.00 pagi..Hari yang ditunggu2 oleh anak2 pun tiba. Inilah pentas yang dihias oleh teachers yang tak tidur malam. Katanya malam sebelum concert, ada event lain di ballroom ni so teachers hanya boleh masuk dan hias selepas jam 12 mlm. Kesian teachers..Allah aje yang dapat balas jasa teachers. 


Hafiy dah ready nak menari..


Anak2 girl pun comel2. Mak2 kena siapkan anak2 dari rumah.


Selfie dulu sebelum concert bermula



Concert bermula dengan persembahan anak2 4 years. Hihihi..memang gelak abis tengok show anak2 kecik ni. Ada yang cantik aje tariannye, ada yg syok sendiri, ada yang taknak menari dengan partner pastu nangis..tapi last2 kita as parent dapat menilai sendiri. Anak2 pelbagai ragamnya dan ada cara untuk tackle anak2 ni. Anak boy yang tak nak menari dengan anak girl tadi, bila dipujuk oleh teacher dia pun bangun dan menari dengan ank girl. Anak girl tu stop nangis. Hati mula tersentuh. Syahdu..dapat tepukan dari parent. Kita sebagai yang tua hanya perlu bagi semangat then semuanya akan pulih.

Ada banyak persembahan sebab Tadika ABC ada 3 centre. Mama tertunggu persembahan Hafiy. Hafiy ada masuk 3 persembahan..1 lagu bollywood Malhari, 1 lagu Zandagi ek Safar..ni ganti anak 5 years yang tak sihat, 1 drama jadi raja katak. Daripada show yang Hafiy buat, mama boleh bagi 5 bintang sebab Hafiy berani dan..emmmm..kalau bab menari ni Hafiy memang teror..  


Hafiy in action as Raja Katak. Hafiy dapat hafal dialog dengan baik..hehehe


 Selesai concert, anak2 get ready untuk anugerah sijil. Di sebalik tabir, anak2 beratur di luar dewan




Hafiy and Friends..


Naik stage berkaki ayam..


Selesai majlis, anak2 tak dapat dikawal. Diorang enjoy together.. 


Hafiy & Papa


Hafiy with Mama & Papa


Hafiy & Rayyan


Once again, mama lupa nak amik gambar yang best2 di POTGH padahal banyak scenery yang cantik2 di sini. Mama memang macam tu. Bila balik rumah, mesti bebel..ini je ke gambarnye. Lepas dari ni mama takkan lupa lagi.

Tahniah anak manja mama..

Muhammad Zulhafiy Azhari bin Zulfakar Yahya

Tahun depan dah darjah 1. Hafiy kena tidur sendiri..hahaahaa





Jumaat, 11 November 2016

Anak Mama Dah Besar..

Salam Jumaat..

Laju-laju mama meng'upload' cite anak bujang ni. Hari ni 11/11/2016 hari graduasi anakanda Haikal. Majlis ni dibuat di Hotel Bangi - Putrajaya. Macam biasa, kalau ada majlis melibatkan anak-anak mama selalu tak dapat join dek sebab tuntutan kerja..nak apply cuti macam tak berbaloi, nak keluar time kerja macam susah skit.

Hari ni papa apply cuti..so papa je la yang masuk dewan tengok Haikal amik sijil. Tapi mama rasa macam tak best aje kalau mama takde..so mama mintak izin bos mama keluar awal hari ni semata2 nak tengok along. Mama tak nak mis momen manis ni..feeling sayu la pulak..


Pentas di Grandball Hotel Bangi-Putrajaya


Mama sampai di hotel dalam pukul 10.50 pagi. Time tu penyampaian sijil dah selesai dan murid2 bergambar dengan parent dan geng2 diorang.


Emcee announced fotografi untuk kelas 6C3. Mama pun cepat2 berdiri depan sekali nak dapatkan gambar yang clear. Alih2 tanya Along ada 2 mak je yang amik gambar. Cehhh..beria mama rebut2..hihihi


Muhammad Zulhaikal Aiman bin Zulfakar Yahya


Ala2 gambar konvo la pulak...Hihihi..Anakku, perjalanan masih jauh dan baru bermula. Result UPSR pun belum keluar lagi. Mama doa yang terbaik untuk Along..

Mama Sayang Awak...

#lepastumamapapabelanjaalongmakanspagetticarbonarakatoldtownmalaya









Rabu, 31 Ogos 2016

Program Sekolah Anak-Anak

Pertengahan Julai lepas, tadika Hafiy ada buat program Shopping Day. Shopping Day ni anak2 perlu bawa barang kesayangan atau prelove untuk dijual pada hari tersebut. Anak2 juga boleh beli barang dari kawan2 lain. Tapi yang paling cute, barang yang hendak dijual mestilah 20 sen atau 10 sen. Cute kan?..harganya comel sangat. Kalau barang yang dijual tu saiz besar, harga tetap 20 sen atau 10 sen.

Jenuh saya fikir barang apa yang nak dijual. Nak jual barang prelove sayang pulak. Last2 ajak Hafiy pegi kedai beli toys. Memang tak pulang model pun tapi yang penting Hafiy kena berani promote dan jual barang2 dia.


Sekali pandang macam papan tikam. Macam kita kecik2 dulu, bayar 20 sen boleh cabut tiket..pastu tengok pada tiket hadiah apa yang kita dapat. Board ni masa Shopping Day 2015. Gigih siapkan, maka saya sayang nak buang. Nasib tahun ni ada lagi program jual2, so boleh guna dan jimat masa.

pic : fb Sri Raudhah


Inilah pula kostum masa Sambutan Hari Kebangsaan sekolah Zahra. Dapat memo ada sambutan, kepala saya ligat memikir nak buat kostum yang jimat dan murah. 

Tapi kata aje nak murah, terbeli jugak benda yang macam2. Beli tape, kad bintang2, tudung dan crown..abis juga dalam 30 hinggit. Hasilnya macam dalam gambar tu. Tshirt putih saya tampalkan tape supaya ada jalur2. Kain pula kain sekolah kebangsaan saya tampal kad bintang2.


Apa yang membuatkan saya happy bila Hafiy balik sekolah dia bercerita barang dia habis dijual. Maknanya dia berani kempen barang dia pada kawan. Zahra pula dapat tempat kedua dalam pertandingan pakaian patriotik. 

Saya puas dapat menggembirakan anak2. Kadang2 terasa juga terover excited..hihihi..orang kata maknye yang lebih. Tapi ok aje..anak kita kannn..siapa lagi yang nak support kalau bukan kita mak2 ni.

Kesimpulannya, jadi mak kena kreatif. Mak kreatif, Anak happy..bolehkan gitu?..ok bye ;-)







Jumaat, 29 April 2016

Oven Panas : Congo Bars

Pertama kali saya rasa kuih ni masa sambutan Hari Raya Aidilfitri  SMKBSP. Setiap kelas bawa juadah raya, ada student form 5 sedekah sekotak kuih. Dah siap potong, jadi senang la saya rasmi kuih ni dulu sebelum kawan2 lain..hihihi..sori gengs

Baik aje masuk mulut..wowww..sedap giler. Saya makan berulang kali tapi tak tau pulak namanya. Siap tapau bawak balik..pastu siap boleh jamu ipar lagi  (menunjukkan banyaknye saya tapau sampai boleh jamu orang..hahaha..kantoi), sampai sudah saya tak tau  nama kuih ni. Ipar saya dengan konfidennya bagi nama shortbread. Saya pun ye aje la..
Tak ingat macam mana saya dapat tau mana bendalah ni, akhirnya yesss..Congo Bars..phewww


First time saya bake congo bars menjadi. Bahan2 mengikut sukatan, cantik dan halus teksturnya..tapi lepas bakar, potong dan rasa congo bars saya keras. Saya baca semula resepi..ooooo..rupanya tak boleh over baked. Patut la keras..

Second time, Alhamdulillah..sangat sedap. Lembut cukup, manis pun cukup. Cara buat congo bars sangat mudah. Resepinya pun banyak. Pilih aje yang berkenan..


Inilah rupa congo bars lepas siap dibakar. Full of choc chip dengan pelengkap gaya dan rasa hirisan almond yang rangup. Sangat simple. Buat seloyang, boleh simpan dalam container. Anak2 makan berulang, saya senyum nak buat lagi..

Jom panaskan oven.. ;-)


Sabtu, 26 Mac 2016

Putih di Ruang Tamu



Saya tak tahu macam mana saya terberkenan dengan perabot2 putih. Maybe banyak sangat tengok  deko2 rumah orang  kat fb dan blog,last2 terjebak. Betul..kebanyakkan deko rumah sekarang  tak kira apartment, teres atau banglo sekalipun, rata mesti ada terselit unsur2 putih.


So untuk sampaikan hajat, saya beli side table dan coffee table warna putih di Ikea. Dah banyak rumah bila saya google guna meja ni. Tapi saya beli juga. Kira senang cerita tak eksklusif la..tapi biar je la. Janji hati suka, mata suka dan tangan suka sebab ringan senang nak alih sana sini bila vakum rumah. Dah boring sok lusa, beli baru..hahaha






Dah beberapa tahun susunan sofa macam ni. Kesimplean kegemaran saya kini. Adakah disebabkan faktor usia yang lebih sukakan ketenangan dan sesuatu yang mudah..?..nk cakap dah tua la ye..? Hahaha..Enjoyyyy .... ;-)




Jumaat, 12 Februari 2016

Meja Konsol Saya


Ini meja konsol saya. Dah lama dah meja konsol ni dan dah merata saya letak dalam rumah. Last destination adalah kat sini. Kat tempat ni yang paling lama bertahan. Sama juga dengan bunga kat atas meja tu. Mula2 sini, pastu situ.


Meja konsol ni letaknya di dinding antara entrance dapur dan bilik bawah. Kalau buka pintu masuk, terus nampak meja konsol ni.


Di bawah meja ni saya letakkan alas kaki warna merah. Bekas putih tu asalnya bekas isi teh tapi tutupnya dah pecah, saya letakkan rumput bola atas bekas tu. Nampak gabungan warna merah, putih dan hijau.


Kaca instant saya tampal dibirai meja supaya nampak bling2. Niat hati nak macam konsol ssf..taaapi..hihihi..harganya ada k pada RM.


Bila di zoom out, inilah rupanya. Di dinding saya letakkan frame ayat 1000 dinar. Di kanan bilik di kiri pula entrance dapur. 

Simple aje
Selamat mencuba :-) 







Khamis, 11 Februari 2016

Dekorasi Kelas 2016

Manafaatkan seminggu cuti CNY 2016. Alhamdulillah..dapat juga saya siapkan bahan2 deko kelas. Kalau nak diikutkan dah lewat ni sebab dah bulan 2 baru nak tampal..tapi takpelah orang kata buat perlahan2 hasilnya kebabom..ayat nk sedapkan diri hokeyyyy..Tapi seriuosly kalau hari biasa saya memang tak sempat nak buat ape pun pada kelas sebab banyak task and duty.



Bahan clipart kesemuanya saya amik dari group fb. Terima kasih pada insan yang rajin upload dan share. Macam2 pattern very colourful.



Membuat bahan deko memang perlukan tumpuan..sebab benda ni bermain dengan kreativiti kita. mix and match jadilah sesuatu yang cantik lagi menarik.
Paper plate dot2 merah dah lama dah beli kat Mr DIY..dari tahun lepas lagi tersimpan aje..so fikir2 baik tampalkan sesuatu yang murid boleh hafal berkaitan dengan Pendidikan Islam. 


Bahan2 nilai murni pun ada supaya akhlak murid sentiasa murni..hihihi. Set kelas  jadual waktu, jadual bertugas dan carta organisasi saya beli online dr group fb. Sangat mudah dan senang..


 Insyaallah..takde ape aral saya nk pegi sekolah dalam cuti ni juga. Bukan ape, kalau tunggu buka sekolah nanti memang tak sempat. Mana nak mengajar, nak masuk meeting, nak buat keceriaan lagi. 

Lepas ni mesti kelas saya terlajak cantik..

OK BYE!