Inilah gaya terkini hero tamil 2016..hehehe..yang paling ngada dan eksyen si baju turqoise 3 dari kiri tu. Confident habis dengan stail Malhari dia tu..
Actually ini aksi hari terakhir sebelum hari sebenar concert day Tadika ABC. Concert tahun ni diadakan di Grand Ballroom Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Anak2 dan teachers put a lot of afford utk jayakan concert ni. Mama dapat tengok betapa bersungguh2nya diorang practice setiap hari. Punya semangat sampai Hafiy download lagu hindustan Malhari then practice sorang diri. Mama impress tengok baju anak2 memang kebommm. Tema konsert untuk Tadika ABC Seksyen 15 adalah Bollywood.
Anak2 girl siap bersari untuk bergelek..
27 November 2016..Jam 9.00 pagi..Hari yang ditunggu2 oleh anak2 pun tiba. Inilah pentas yang dihias oleh teachers yang tak tidur malam. Katanya malam sebelum concert, ada event lain di ballroom ni so teachers hanya boleh masuk dan hias selepas jam 12 mlm. Kesian teachers..Allah aje yang dapat balas jasa teachers.
Hafiy dah ready nak menari..
Anak2 girl pun comel2. Mak2 kena siapkan anak2 dari rumah.
Selfie dulu sebelum concert bermula
Concert bermula dengan persembahan anak2 4 years. Hihihi..memang gelak abis tengok show anak2 kecik ni. Ada yang cantik aje tariannye, ada yg syok sendiri, ada yang taknak menari dengan partner pastu nangis..tapi last2 kita as parent dapat menilai sendiri. Anak2 pelbagai ragamnya dan ada cara untuk tackle anak2 ni. Anak boy yang tak nak menari dengan anak girl tadi, bila dipujuk oleh teacher dia pun bangun dan menari dengan ank girl. Anak girl tu stop nangis. Hati mula tersentuh. Syahdu..dapat tepukan dari parent. Kita sebagai yang tua hanya perlu bagi semangat then semuanya akan pulih.
Ada banyak persembahan sebab Tadika ABC ada 3 centre. Mama tertunggu persembahan Hafiy. Hafiy ada masuk 3 persembahan..1 lagu bollywood Malhari, 1 lagu Zandagi ek Safar..ni ganti anak 5 years yang tak sihat, 1 drama jadi raja katak. Daripada show yang Hafiy buat, mama boleh bagi 5 bintang sebab Hafiy berani dan..emmmm..kalau bab menari ni Hafiy memang teror..
Hafiy in action as Raja Katak. Hafiy dapat hafal dialog dengan baik..hehehe
Selesai concert, anak2 get ready untuk anugerah sijil. Di sebalik tabir, anak2 beratur di luar dewan
Hafiy and Friends..
Naik stage berkaki ayam..
Selesai majlis, anak2 tak dapat dikawal. Diorang enjoy together..
Hafiy & Papa
Hafiy with Mama & Papa
Hafiy & Rayyan
Once again, mama lupa nak amik gambar yang best2 di POTGH padahal banyak scenery yang cantik2 di sini. Mama memang macam tu. Bila balik rumah, mesti bebel..ini je ke gambarnye. Lepas dari ni mama takkan lupa lagi.
Tahniah anak manja mama..
Muhammad Zulhafiy Azhari bin Zulfakar Yahya
Tahun depan dah darjah 1. Hafiy kena tidur sendiri..hahaahaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan