Rabu, 14 Disember 2016

Oven Panas : Brownies Kedut


Alhamdulillah cubaan pertama bikin brownies kedut menjadik. Thank you Allah sebab bagi jadi dan sedap. Dah lama teringin nak rasa brownies kedut ni..tapi susah amat nak curi masa. So cuti sekolah ni saya amik peluang baking brownies. Dah 2 kali baking, dan 2 kali ni juga cantik kejadiannya.


Kalau di google, memang banyak giler resepi brownies ni. Tapi yang paling boleh ngam dan jadi rujukan saya adalah daripada blog Kak Azlita Aziz azlitamasammanis.com. Blog Kak Ita memang superb. Pesan Kak Ita kalau nak hasilkan kek yang super sedap harus daripada bahan yang berkualiti. 

Takmo tak jadi, saya ikut pesan Kak Ita. Saya hanya beli bahan2 yang berkualiti dan berjenama..bukan apa bimbang tak sedap rugi juga. Alang2 berbelanja biar puas hati. Lagipun saya bukan pro dalam baking membaking ni..jadi pesanan otai kena ikut..hehehe 

Anak2 yang paling suka sebab chocolate diorang punya favourite. Suami pun suka lepak kat dapur pekena sekeping brownies bersama secangkir coffee gitewww..



Memandangkan banyak masa ni saya taipkan secara ringkas resepi brownies cara saya..

Bahan-bahan Brownies Kedut :

Bahan A
400g dark chocolate (Beryl's coin)
150g unsalted butter (Anchor)

Bahan B
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
Esen vanila

Bahan C
100g tepung naik sendiri (Blue Key)
30g serbuk koko (Van Houten)

Cara-cara :
1. Bahan A cairkan kaedah double boil
2. Bahan B disatukan dan dipukul dengan wisk (guna mangkuk besar supaya    
    dapat satukan Bahan A dan Bahan C)
3. Bahan C disatukan dan ayak
4. Dalam mangkuk B, masukkan Bahan A dan kacau
5. Masukkan pula Bahan C sedikit demi sedikit supaya tepung sekata dengan 
    coklat
6. Lapikkan loyang 10X10 dengan sapuan minyak dan baking paper
7. Tuang perlahan aduan ke dalam loyang dan ratakan
8. Bakar selama 30 minit dengan suhu 160 drjh C
9. Apabila brownies dah masak, tutup oven dan biarkan brownies di dalam
    oven dengan pintu sedikit renggang selama 15 minit. Ini untuk mendapatkan 
    kedut yang cantik

Tips : 
* Loyang harus nipis  (10x10) supaya brownies masak cantik, sekata dan tidak 
   bantat
* Panaskan oven terlebih dahulu selama 30 minit suhu 160 drjh C
* Boleh kurangkan gram gula sebab brownies ni manis




Tak tebal, tak nipis..sedang2 aje, moist dan cantik.. Alhamdulillah..jom cuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan