Rabu, 26 September 2012

Lambaian Kaabah

dipetik daripada google

Alhamdulillah..sampai juga hajat abah utk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
 Allah makbulkan doa abah. Mengikut jadual yang dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji, abah diminta melapor diri di Kelana Jaya pada 28 Sept jam 12.00 tgh hari. Abah dijangka berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 29 Sept jam 1.30 pagi.


Abah ke Makkah seorang. Umi dah ke sana pada tahun 2001.
Abah sejak 3 tahun lepas asyik la menyebut hajatnya yang satu ni.
Tahun lepas nampak abah frust giler  bila namanya tak naik sebagai jemaah haji.
 Tapi tahun ni, bila surat sampai ke rumah yg abah terpilih jadi tetamu Allah, abah sangat2 bersyukur. Doanya dh dimakbulkan Allah. Umi lagi la..sampai menangis sbb suka sgt.
Kami adik beradik pun tumpang gembira..

Sampai entri ni ditulis, abah dah siap packing semua barang2. Kenduri doa selamat terpaksa di percepatkan dr hari Sabtu ke Khamis sbb abah dpt tau tarikh berangkat last minute. 



Buat Ayahanda Mat Zin bin Bijak,

Selamat menjalani ibadah haji.
 Kami di sini doakan abah sentiasa sihat, dapat melaksanakan rukun haji dengan sempurna
 dan memperoleh haji Mabrur.
 Kami tunggu kepulangan abah pada 12 November 2012.
 Kami akan merindui abah dan sayang abah..






Koleksi Bunga Hiasan

Saya peminat bunga..tak kira bunga hidup atau artificial.
Pada saya kalau sesebuah rumah takde bunga mcm  kaku dan tak berseri je.
Boleh banyak tapi harus pandai susun dan letak sesuai pd tempatnya. 


Ada sepasang watering can yg saya letakkan di kiri kanan kabinet tv.
Kebanyakan bunga hiasan di rumah tidak digubah
tapi dimasukkan aje dlm pasu dan watering can.
Kalau kaler bunga mcm pudar sikit maknanya byk habuk la tu.
Jadi senang nk bersihkan..angkat, rendam, bilas dan jemur.
Lepas tu masukkan balik dalam pasu.
 Tiap2 tahun itu lah keje yg wajib saya buat bila dekat nk raya.


Tengok..? Watering can lagi.. henglish style fans la katakan. Anak2 saya masih kecil..jadi saya tak bimbang kalau pasu jatuh..confirm tak pecah.
 Paling habis pun, bergema satu rumah.

Ini satu2nya bunga yang saya tempah di Nilai.
 Saya pilih bunga dan suruh budak kedai gubah..kalau besar2 cam ni saya tak berapa yakin nak gubah takut2 tak balance bunganya. 


Yang ni saya gubah sendiri. Cucuk sana sini..siap! Letak di atas side table.
 Dibeli di KK Home Decor..lebih kualiti drpd Romantika dan tidak semahal SSF.( Bila dh uplod gmbr, baru nmpak mcm tak balance belah kiri)


Sama gubahannya tapi di atas meja makan..mood raya lg..


Lagi senang..tak payah gubah beli aje dua benda di atas dan letak di bucu tangga.


Yang ini saya masukkan dalam pasu kaca yang di dalamnya ada cengkerang. Haikal dan Zahra yg kutip kat Pantai Telok Cempedak. Tempatnya dia atas almari kasut.

Kesimpulannya, hati saya berbunga2 bila tgk bunga...hehe



                  



Jumaat, 21 September 2012

Penangan Adam dan Hawa

Saya rasa bukan saya sorang je yg tgh kemaruk dgn siri Adam dan Hawa. Boleh kata mak2, adik2 yg kt U, remaja2 sah2 dh tercatuk depan tv kul 10 mlm..hehe..semua perempuan la tu kan. Cerita ni pd saya biasa2 aje tp disebabkan yg berlakon tu Aaron Aziz maunye cite ni x berhantu. Berganding dgn Nadiya Nisa , saya rs ok aje. Saya terbaca dlm paper penonton x suka Nadiya Nisa..kenapa ek?Sebab Nadiya  tak cantik atau tak fofular? Hishh..cantik nadiya tu..natural beauty whaaaaat..!kalau cantik sgt mcm tak real la pulak kan..Dan ada ke yg cantik aje yg layak bercinta. Orang x berapa cantik tak boleh bercinta ke? Ha..sendiri jawab la kan..

Disebbkan cite ni juga la saya terpaksa mengeluarkan RM20 semata2 nk tau cite selanjutnya. Orang tak sabar cam tu la gayanya..Cuba bayangkan tak silap saya ada 80 episod, 4 hari seminggu, 30 minit sehari, tolak iklan 20 minit je citenye..mn tahan. Saya tau novel ni dh lama diterbitkan dan pada yg pengumpul novel dh khatam berkali2 tp disbbkan saya bukan kaki novel tegar, saya x tau cite ni sudahnya camne..so sy beli la nk tau endingnya cmne..ekspresss tu.

Semalam masa nak pergi servey bookshelf Haikal, saya ke bookstore dulu. Tak susah nak cari buku ni sbb tokey kedai cam tau2 je permintaan buku ni akan tinggi sbb adanya drama. Mcm Ombak Rindu la..dan2 tu juga novel tu diulang cetak.


Saya pegi dgn suami semalam. Ada ke suami ckp.."takyah baca depan2..baca tgh, hujung dah. Boleh faham cite dia cane..". Aik..ayat x bg mood dan semangat langsung. Tu sebenarnya ayat2 x puas hati sbb saya kalau dh baca novel, akan bawa sampai ke tgh malam.

Sudahnya saya baca sampai kul 1 pagi. x dpt habiskan sbb Hafiy nangis nk susu. Kalau x, mau x tido saya malam semalam nak habiskan novel punya pasal. Petang ni nak kena ulang baca. x best baca sekerat2. Kalau x habis juga petang ni, kena minta izin dgn suami nak tido lewat lagi..hehe..abang jgn marah..!

Rabu, 19 September 2012

Nak tukar..

Baru-baru ni saya ada terbaca satu blog yg menghentam warga pendidik. Walaupun ia pendapat peribadi tetapi saya rasakan tidak sepatutnya diluahkan oleh seseorang yg pernah mendapat tunjuk ajar drpd insan yg bergelar guru sehingga memperoleh kerjaya yg baik apabila sudah dewasa. Sedih, geram , marah, terkilan dan tertanya2 dlm hati bagaimana hubungan budak ni dgn gurunya dahulu. Adakah telah menjadi kacang lupakan kulit?..

Sebenarnya hal lain yg saya nak ceritakan. Bagi warga guru dh tau eg-tukar tu ape. Yg tak tau, meh saya nak bagi tau. Eg-tukar ni sistem pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah secara online. Baru-baru ni saya ada memohon pertukaran antara daerah. Tujuannya utk berkhidmat di sekolah yg berhampiran dengan rumah. Boleh jimat kos perjalanan, masa dan mengelakkan jam. Itulah pun alasan yg saya berikan. Dah 3 tahun saya mengajar di daerah yang jauh sehinggakan saya takde kawan sosial sesama guru pun di daerah rumah saya. Apa yang saya harapkan agar permohonan saya mendapat perhatian. Bukan saya nak sekolah  belakang rumah, tepi rumah tetapi memadailah saya berasa tenang dapat menguruskan anak2 pada waktu pagi.

Kenangan di Bukit Kepayang..best la korang!





Rabu, 12 September 2012

20120912 Garden Diary

Petang2 sambil menunggu Haikal balik dr sekolah, biasanya saya dok pegang cutter. Buat ape pegang cutter ek..?..hehe trim pokok. Kawasan rumah saya amat la terhad sebab rumah xde tanah tp sebab minat punya pasal, saya tanam dlm pasu dan susun supaya rumah berseri, sejuk dan colourful.







Bukan saja rumah berseri, baik utk pengudaraan oksigen di rumah. Satu hobi yg sangat baik, terapi jiwa  dan minda..

p/s : Ros belum berbunga lagi..lambatnya..!









Isnin, 10 September 2012

Cup cake dan Cheese tart

Petang Jumaat lps saya mula buat cup cake dan shell tart.., permintaan dr kekanda. Tempahan ni utk open house rumahnya semalam. Cup cake dan shell tart saya buat awal sbb saya kena pegi sekolah hari sabtu..sekolah ganti. Buat awal takde la kelam kabut.




kecil2 senang sekali ngap je...
Ini pula blueberry cheese tart..



Saya siapkan tart pada malam Sabtu dan deko cup cake subuh Ahad..akhirnya siap juga. Kekanda tersenyum lebar.. 



Sabtu, 8 September 2012

Penyusuan ibu

Saya mula mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya pada anakanda yang ketiga, Hafiy. Yang sulung, Haikal hanya 3 bulan dan anakanda kedua, Zahra selama 9 bulan. Bukan sepenuhnya tp diselang dgn susu fomula ketika bekerja. Masa tu byk kengkangan tambah kurang pengetahuan. Sebelum Hafiy dilahirkan, saya betul2 dh btekad untuk bf kan dia selagi yang dia mahu. Alhamdulillah..saya berjaya dan pada 1/9/2012, Hafiy berusia 1 tahun 10 bulan dan masih bf.

 Ni lah stok susu masa Hafiy 4 bulan. Walaupun x sampai seratus, tetap bangga. Ada yg kata, susu xblh campur dgn stok makanan tp saya sgt yakin kualiti susu ibu boleh challenge semua benda yg ada dlm peti sejuk tu.

Itu tahun 2011..2012 pula saya hanya guna bm storage bag aje..malas nk cuci pastu sterilize botol yg berlambak tu. Lagi pun, botol kena ganti sbb fizikal botol yg dh lama boleh menjejaskan kualiti susu.


Pam spectra 3 ni byk jasanya..keje heavy duty xde sehari pun buat perangai. Botol dah tukar dr mom lil one kpd jingle jungle..hehe..sbb murah!
Pada yg bakal jd ibu hr ni, esok, atau lusa kuatkan semangat utk bf  anakanda anda. Saya x attend mn2 kelas penyusuan tp hanya pembacaan internet/buku dan keyakinan tahap gaban, tawakal kpd Allah , saya anggap diri saya berjaya. Kalau x yakin juga, attend lah kelas penyusuan yg amat2 berguna. Good luck..!
 
Hafiy 3 hari


 Hafiy 1 tahun 9 bulan

p/s : Walaupun suami panggil hafiy 'Coklatie', kulit hafiy lah yg paling halus antara mereka tiga beradik..


Rabu, 5 September 2012

Deko raya

Bila hari raya dh dekat, kita yg jadi queen of the house sikit sbyk mesti teringin nk mendeko rumah berlebih sikit. Mood hari raya ni lain mcm..kalu boleh semua nak baru. Bak kata suami, time tu la nk beli senduk baru, sudu baru, tapis baru, alas kaki baru..padahal sebelum ni tak boleh tukar ke..?ye tak ye jugak..Tapi apa salahnya kan kalau ada bajet lebih.
Untuk raya kali ni,saya takde la sakan menganti itu ini..mn yang patut berganti, berganti la.. bersesuaian dengan harganya.


Yang nak dikongsi adalah doily tu. Doily tu saya dpt free masa pegi kenduri kawin ala2 english garden di Ampang. Disebabkan dh lama, jemu pulak menengoknya. Masa jenguk2 blog kak intan, kak intan ada inform yg beliau beli doily  semurah 50 sen di Kamdar..Haaa..?berita baik ni..ape lg,terus je zasss ke Kamdar Kajang..nak rebut doily yg murah sebelum org lain borong.. nanti habis pulak..Dan hasilnya sangat2 la de vasss..


Kesimpulannya, yang murah kalau kena gayanya akan jadi satu yang nampak eksklusif..saya perasan ada dua tiga org tetamu yg dtg beraya ke rumah dok jeling2 almari ni..memang berbaloi..!

20120905 Decor Diary

Sebelum...

...tak kisah pun apa yg ada dalam almari ni...

 Selepas....(bila raya dah dekat..)


...nak raya punya pasal, kena la kemas...
Cerita akan menyusul.. 

Selasa, 4 September 2012

Birthday present..

Alhamdulillah..saya masih bernafas di kala usia memasuki angka 3 series. Banyak ingatan dan ucapan yang saya terima dalam fb..amat la terharu atas ingatan rakan2,kekanda,cousin2 yang happening dan tak lupa juga uncle andak. Saya mendoakan kalian beroleh rahmat dan barakah dr Allah Taala dunia dan akhirat. Di usia begini,tak lain tak bukan saya berdoa agar saya dikurniakan kesihatan yang baik dr Allah Taala agar dapat saya lakukan tugas selaku anak,ibu,isteri,guru dan paling penting hamba-Mu dan kebahagian berkekalan dunia dan akhirat...amin..!

Wokeh..terus pada yang best yang saya nak share..


Ni lah present yg saya dapat dr suami..Tq dear!..seronok sebab yg selalu saya dok pakai baru je patah telinga. Bagus juga patah time ni..ada yang nk kasi baru. Selamat poket saya. Benda ni amat la penting buat saya masa nk drive. Kalu tgh hari lg la amat2 diperlukan. Pernah satu hari tertinggal kt rumah,masa nak balik keje mata makin kecik sbb nak tahan terik matahari. Satu lg baik utk org perempuan..dpt kurangkan kedut di bahagian mata. So sape2 yang belum ada benda ni, dptkan satu sbagai koleksi gajet penampilan diri. Uols makin menawan dan sape2 tgk pasti tertawan. Buat suami tercinta,Zulfakar Yahya Abdul Aziz..terima kasih daun keladi,tahun depan nak hadiah lagi..!