Sabtu, 8 September 2012

Penyusuan ibu

Saya mula mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya pada anakanda yang ketiga, Hafiy. Yang sulung, Haikal hanya 3 bulan dan anakanda kedua, Zahra selama 9 bulan. Bukan sepenuhnya tp diselang dgn susu fomula ketika bekerja. Masa tu byk kengkangan tambah kurang pengetahuan. Sebelum Hafiy dilahirkan, saya betul2 dh btekad untuk bf kan dia selagi yang dia mahu. Alhamdulillah..saya berjaya dan pada 1/9/2012, Hafiy berusia 1 tahun 10 bulan dan masih bf.

 Ni lah stok susu masa Hafiy 4 bulan. Walaupun x sampai seratus, tetap bangga. Ada yg kata, susu xblh campur dgn stok makanan tp saya sgt yakin kualiti susu ibu boleh challenge semua benda yg ada dlm peti sejuk tu.

Itu tahun 2011..2012 pula saya hanya guna bm storage bag aje..malas nk cuci pastu sterilize botol yg berlambak tu. Lagi pun, botol kena ganti sbb fizikal botol yg dh lama boleh menjejaskan kualiti susu.


Pam spectra 3 ni byk jasanya..keje heavy duty xde sehari pun buat perangai. Botol dah tukar dr mom lil one kpd jingle jungle..hehe..sbb murah!
Pada yg bakal jd ibu hr ni, esok, atau lusa kuatkan semangat utk bf  anakanda anda. Saya x attend mn2 kelas penyusuan tp hanya pembacaan internet/buku dan keyakinan tahap gaban, tawakal kpd Allah , saya anggap diri saya berjaya. Kalau x yakin juga, attend lah kelas penyusuan yg amat2 berguna. Good luck..!
 
Hafiy 3 hari


 Hafiy 1 tahun 9 bulan

p/s : Walaupun suami panggil hafiy 'Coklatie', kulit hafiy lah yg paling halus antara mereka tiga beradik..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan