dipetik daripada google |
Alhamdulillah..sampai juga hajat abah utk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Allah makbulkan doa abah. Mengikut jadual yang dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji, abah diminta melapor diri di Kelana Jaya pada 28 Sept jam 12.00 tgh hari. Abah dijangka berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 29 Sept jam 1.30 pagi.
Abah ke Makkah seorang. Umi dah ke sana pada tahun 2001.
Abah sejak 3 tahun lepas asyik la menyebut hajatnya yang satu ni.
Tahun lepas nampak abah frust giler bila namanya tak naik sebagai jemaah haji.
Tapi tahun ni, bila surat sampai ke rumah yg abah terpilih jadi tetamu Allah, abah sangat2 bersyukur. Doanya dh dimakbulkan Allah. Umi lagi la..sampai menangis sbb suka sgt.
Kami adik beradik pun tumpang gembira..
Sampai entri ni ditulis, abah dah siap packing semua barang2. Kenduri doa selamat terpaksa di percepatkan dr hari Sabtu ke Khamis sbb abah dpt tau tarikh berangkat last minute.
Buat Ayahanda Mat Zin bin Bijak,
Selamat menjalani ibadah haji.
Kami di sini doakan abah sentiasa sihat, dapat melaksanakan rukun haji dengan sempurna
dan memperoleh haji Mabrur.
Kami tunggu kepulangan abah pada 12 November 2012.
Kami akan merindui abah dan sayang abah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan