Jumaat, 21 September 2012

Penangan Adam dan Hawa

Saya rasa bukan saya sorang je yg tgh kemaruk dgn siri Adam dan Hawa. Boleh kata mak2, adik2 yg kt U, remaja2 sah2 dh tercatuk depan tv kul 10 mlm..hehe..semua perempuan la tu kan. Cerita ni pd saya biasa2 aje tp disebabkan yg berlakon tu Aaron Aziz maunye cite ni x berhantu. Berganding dgn Nadiya Nisa , saya rs ok aje. Saya terbaca dlm paper penonton x suka Nadiya Nisa..kenapa ek?Sebab Nadiya  tak cantik atau tak fofular? Hishh..cantik nadiya tu..natural beauty whaaaaat..!kalau cantik sgt mcm tak real la pulak kan..Dan ada ke yg cantik aje yg layak bercinta. Orang x berapa cantik tak boleh bercinta ke? Ha..sendiri jawab la kan..

Disebbkan cite ni juga la saya terpaksa mengeluarkan RM20 semata2 nk tau cite selanjutnya. Orang tak sabar cam tu la gayanya..Cuba bayangkan tak silap saya ada 80 episod, 4 hari seminggu, 30 minit sehari, tolak iklan 20 minit je citenye..mn tahan. Saya tau novel ni dh lama diterbitkan dan pada yg pengumpul novel dh khatam berkali2 tp disbbkan saya bukan kaki novel tegar, saya x tau cite ni sudahnya camne..so sy beli la nk tau endingnya cmne..ekspresss tu.

Semalam masa nak pergi servey bookshelf Haikal, saya ke bookstore dulu. Tak susah nak cari buku ni sbb tokey kedai cam tau2 je permintaan buku ni akan tinggi sbb adanya drama. Mcm Ombak Rindu la..dan2 tu juga novel tu diulang cetak.


Saya pegi dgn suami semalam. Ada ke suami ckp.."takyah baca depan2..baca tgh, hujung dah. Boleh faham cite dia cane..". Aik..ayat x bg mood dan semangat langsung. Tu sebenarnya ayat2 x puas hati sbb saya kalau dh baca novel, akan bawa sampai ke tgh malam.

Sudahnya saya baca sampai kul 1 pagi. x dpt habiskan sbb Hafiy nangis nk susu. Kalau x, mau x tido saya malam semalam nak habiskan novel punya pasal. Petang ni nak kena ulang baca. x best baca sekerat2. Kalau x habis juga petang ni, kena minta izin dgn suami nak tido lewat lagi..hehe..abang jgn marah..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan