Selasa, 22 April 2014

Ruang Comel Buat Si Comel


Hujung minggu lepas, saya berkesempatan mengemas rumah secara besar-besaran. Bukan selama ni tak mengemas..hihik..dua tiga minggu lepas memang ada rasa malas sikit.  Biasa kemasnya di ruang tamu bawah je tapi Ahad lepas tiba2 je datang semangat nak kemas buku2 yang beli di Mines baru2 ni.

Hafiy belum boleh tido sendiri jadi tak boleh share bilik dgn alongnya. Taknak bagi Hafiy usik barang2 Haikal, segala mainan dan story book saya letakkan di rak buku. Dulu masa Haikal belum sekolah, saya suka panggil tempat ni Stesyen Anak-Anak. Tapi la ni,bila anak2 dah ada bilik sendiri kecuali Hafiy, saya cakap "pergi masuk sarang masing2"..bunyi pun macam arahan dalam kelas..hahaha..Haikal dan Zahra masuk bilik sendiri..Hafiy pulak duduk la kat ruang ni buat aktiviti sendiri.

Block, flash card dan alphabet foam

Books..wanita dalam Islam tu Hafiy tak boleh baca lagi..kihkihkih

Puzzle, toys yang rata2 kereta dan choo choo train yang dah tercabut tayar


Ia hanyalah sudut di hall atas. Rak buku ada lima tingkat. 2 yang di atas adalah buku2 saya dan suami manakala 3 yang ke bawah barang2 Hafiy. Selain karpet biru, di bawahnya ada karpet yang tutup semua ruang hall. Karpet kecik biru ni saya letakkan di atas supaya Hafiy tau zon dia bermain adalah di kawasan karpet biru.


Emmmm..simple je kan. Nak buat playroom dah tak boleh dah sebab setiap bilik dah ada tuannya. Kalau kita tak dapat nak sediakan playroom untuk manja kita takpe..jangan susah hati. Memadai ada ruang anak-anak yang boleh menarik minat mereka untuk membaca dan buat aktiviti. Tapi jangan takde langsung. Harus ada supaya manja kita tak rasa bosan berada di rumah dan ada favourite port untuk si manja buang masa dan bereksplorasi.. eksplorasi?..kihkihkih..yang biasa dok ada main playdoh je..dok la menguli playdoh nak buat donut..alahai..Hafiy..Hafiy