Jumaat, 20 Februari 2015

Keperluan Persekolahan Anak2 Sesi 2015

Assalamualaikum..terlalu lama tak update sampai nak start cerita pun macam kaku beku gitu. Sebenarnya banyak cerita boleh ditaip..tapi seperti biasa alasannya adalah masa dan bebanan tugas..perlu dahulu tugas hakiki sebelum hobi yang samping2 ni.

Bila belek2 memory card kamera, ada gambar persiapan sekolah anak2 bulan Disember lepas. Nak naik sekolah tahun baru, anak2 nak semua baru. Tapi mama bolayan. Mama dah siap buat list apa yang yes dan apa yang no. So korang kena ikut. Kalau tak, duit belanja korang mama potong..hahaha. Mama nak ajar korang supaya sayang harta benda, perlu ingat pada kawan2 di Kelantan yang rosak alat tulis diorang sebab banjir dan yang paling penting jangan sekali kali membazir sebab membazir amalan syaiton..


Yang mama belikan untuk Along dan kakak..beg baru sebab beg lama dah rabak, pensel..as usual sekotak, set kaler, pembaris dan sebungkus pemadam. Mama saja beli banyak sebab mama nak buat stok supaya senang kalau hilang, korang kena beli dengan mama. Hahaha..rasakan korang sape suruh tak jaga elok2..


Untuk mudah nak kenal pensel sape, mama awal2 lagi tempah sticker nama korang. Mama lekat pada semua alat tulis. Jadi kat sekolah korang senang nak kenal barang masing2. Kawan2 pun senang nak pulangkan balik kalau terjumpa.


Setakat hari ni, alat tulis anak2 masih lagi ada dan elok. Kalau hilang pun, hilang sekejap, pastu jumpa balik. Biasa yang macam tu Kakak Zahra sebab selalu berangan main cikgu2..pastu culas nak simpan balik. Main pulak dengan Hafiy..garang kemain..hihihi