Jumaat, 11 November 2016

Anak Mama Dah Besar..

Salam Jumaat..

Laju-laju mama meng'upload' cite anak bujang ni. Hari ni 11/11/2016 hari graduasi anakanda Haikal. Majlis ni dibuat di Hotel Bangi - Putrajaya. Macam biasa, kalau ada majlis melibatkan anak-anak mama selalu tak dapat join dek sebab tuntutan kerja..nak apply cuti macam tak berbaloi, nak keluar time kerja macam susah skit.

Hari ni papa apply cuti..so papa je la yang masuk dewan tengok Haikal amik sijil. Tapi mama rasa macam tak best aje kalau mama takde..so mama mintak izin bos mama keluar awal hari ni semata2 nak tengok along. Mama tak nak mis momen manis ni..feeling sayu la pulak..


Pentas di Grandball Hotel Bangi-Putrajaya


Mama sampai di hotel dalam pukul 10.50 pagi. Time tu penyampaian sijil dah selesai dan murid2 bergambar dengan parent dan geng2 diorang.


Emcee announced fotografi untuk kelas 6C3. Mama pun cepat2 berdiri depan sekali nak dapatkan gambar yang clear. Alih2 tanya Along ada 2 mak je yang amik gambar. Cehhh..beria mama rebut2..hihihi


Muhammad Zulhaikal Aiman bin Zulfakar Yahya


Ala2 gambar konvo la pulak...Hihihi..Anakku, perjalanan masih jauh dan baru bermula. Result UPSR pun belum keluar lagi. Mama doa yang terbaik untuk Along..

Mama Sayang Awak...

#lepastumamapapabelanjaalongmakanspagetticarbonarakatoldtownmalaya