Khamis, 9 Jun 2022

GuBaHan HaNtARaN BeRtUnAnG DuStY PiNk

Assalamualaikum..dah bersarang..haha..
Ok faham busy dan super busy sampai takdak masa nak upload dan story walaupun storage camera penuh. Hari ni kita kasi clear henfon dan upload segala kejadian2 aneh dalam sawang ni.

Kita mulakan dengan set gambar hantaran. Hantaran ni hantaran bertunang anak buah yang comel lagi kiut Ekin..anak kakak. Ekin request buatkan hantaran bertunang dia. Disebabkan saya satu2nya mak saudara yang Ekin ada, sy dengan excited beserta jari jemari penuh gemalai mengubah satu persatu kotak hantaran. Hantaran harus dalam kotak sebab family bakal tunang Ekin orang Dungun. Faktor takut nanti tergolek, kita siapkan kotak2 barang hantaran. Barang hantaran ada di Kuantan. Saya gubah kotak, kakak ambil bawa balik kotak yang dah siap deko.  










Pilihan bahan2 deko semesti kedai barangan hiasan pengantin ZC di Nilai 3. Banyak yang cantik2..contoh kotak hantaran pun banyak tapi agak mahal sesuai dengan bahan yang digunakan. Saya pilih yang sederhana memandangkan majlis Ekin bertunang sahaja.






Ini pula barang hantaran Ekin kepada tunangnya. Alhamdulillah semua dah selamat pada 5 Mac 2022 lepas. Semoga ikatan bertunang Ekin dan tunang hingga ke jinjang pelamin. Next, kita fikir2 pula untuk hantaran kawin. Selamat menempuh alam bertunang Ekin..