Khamis, 19 Mac 2015

Cantik Si Adenium

Agaknya diorg ni pakat nak berbunga berjemaah kot.  Diorg berlumba2 mengeluarkan bunga di laman sari. Seronoknya semua berkembang tanpa lecuh pada kelopaknya..seolah2 diorang sangat sihat, gembira dan ceria.

Adenium yang bawah ni berbunga buat pertama kalinya bawah belaian saya. Saya seronok tak terkata..sampai saya selalu tanya suami.."cantikkan bunga ni.."..dekat puluh2 kali saya tanya. Dan saya tahu, suami mcm terpaksa cakap cantik sebab kesian kat saya..hahaha. Asal keluar pagar, saya mesti berbual2, memuji2  si adenium ni. Dan kesannya, makin galak dia berbunga. Semua berkembang mekar persis rose rosa yang cantik lagi menawan..





Adenium di atas ini pula mempunyai tone kaler yang sangat cantik. Umpama  vintaj, kuntuman tidak sebesar mana tapi sangat unik warnanya.


Adenium kuning juga menawan. Kelihatan sungguh suci warnanya. Di kala ini, pokok ini mempunyai banyak cabang. Setiap cabang sedang mengeluarkan kuntum2 kecil yang menunggu masa untuk berkembang. Ohhh..tak sabar melihat rimbunan adenium kuning ini...


Adenium putih pink ini sangat rajin mengeluarkan bunga. Tatkala tiada yang berbunga, pokok ini pengubat hati saya untuk melihat warna2 di laman.

Nanti dah habis adenium berbunga, diorg perlu dirawat supaya bertambah sihat dan kuat. Tiba2 je nak tambah koleksi adenium..nak warna purple gelap. Emmm..kena cari ni..