Selasa, 2 Jun 2020

KeLaHiRaN PaDa UsiA 41 TaHuN - KeLaHiRaN ThE BoNgSu

Assalamualaikum readers..
Hampir 3 tahun tak update blog,tetiba minggu raya ni rasa nak tulis macam2 sebab banyak perkara berlaku lately. 2020 - Mula dengan bulan 3, Covid-19 dah start merebak seluruh negara. Hampir seluruh dunia terkesan dengan wabak ini.. dan kemuncaknya kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan maknanya semua rakyat Malaysia harus berada di rumah dan jangan pegi mana2 bagi melawan dan memutuskan rantaian C-19 ini. Kemudian, Ramadhan dan Syawal pun menjelma. Dengan C-19, Ramadhan, Syawal cukup banyak kenangan yang boleh diceritakan. Abadi kenangan di sini saja..nak share di facebook,well..i know myself yang terlajak malu, fikir 444 kali nak share kat public..hehehe ;-)



Ok kita mulakan kenangan pertama tahun 2020 dengan kelahiran bongsu saya. Ingatkan Hafiy yang bongsu..rupanya ada lagi. Rezeki..dan Allah izinkan yang ke-4 atau bongsu. Baby boy yang omey lagi ensem ni lahir pada Khamis 11 April 2019/6.51 pagi dengan jarak 9 tahun daripada Hafiy (1 November 2010). Sebab jaraknya 9 tahun, maka berduyun kawan2, doktor yang tanya soalan cepu mas..plan ke atau terlajak perahu..Hihi..Jawapan saya senyum dan ketawa, itu aje.



So, here bongsu saya..Muhammad Zulhadif Ahnaf bin Zulfakar Yahya..Hari pertama Hadif melihat dunia..


Lahirnya di Hospital Putrajaya..daftar masuk dewan bersalin jam 9.15 malam. Kena bebel dengan nurse dan doktor sebab lewat ke hospital. Surat refer pukul 4.40 ptg tapi datang serah diri malam hari. Lepas soal jawab, saya diseluk dan doc kata ada bukaan 2cm, so doc decide induce 6.30 pagi esok..



11.30 malam, saya ditolak masuk dengan wheel chair ke wad. Beg sendiri dan baby, suami bawakan. Dah dapat bilik dan katil, suami tak boleh berlama dalam wad. So, balik la suami ke rumah dan tinggallah saya dengan jiran di sebelah katil. Tengah malam di wad dah mula rasa contraction tapi tak kerap. Kemuncak contraction bila nak dekat subuh. Dah keluar darah pun tapi gagahkan untuk solat subuh. Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa untuk memelihara solat dan aurat (tiada doktor lelaki)..


Selesai solat, terus inform doc dah tak tahan nak bersalin. Masa balik ke katil, ketuban pun pecah. Habis lencun, doc pun datang check bukaan..Ya tuhan dah 9 cm. Bermula adegan kalut malut, saya dah tak larat naik wheel chair, nurse tolak katil ke bilik bersalin. Adegan nurse  tolak katil patient masa emergency sebijik macam dalam drama di tv..nurse minta saya call suami dan syukur suami dah ada kat traffic light hospital..


Tiba di bilik bersalin, bidan check bukaan dah 10 cm..ok dah boleh push dan suami pun sampai..yeayyyy.. sempat melihat kelahiran ke-4. Dengan 2 kali push, maka keluar baby boy yang sado 3.45 kg..Alhamdulillah..

(siap2 nak discharge..yahoo)

(11.45 malam - tiba di rumah)

Alhamdulillah..kelahiran Hadif amat mudah. Namun, perjalanan mengandungkannya penuh air mata..Kenapa..hihi..ada ceritanya. Kenangan sepanjang hayat buat kami suami isteri.

 Saya mengandungkan Hadif pada usia 41 tahun. Semasa buat monthly check up, saya dibrief oleh nurse dan doc tentang risiko kehamilan pada usia 35 tahun ke atas. Awalnya saya rilek aje..tapi bila 2 kali saya disogok dengan cerita mengenai baby down syndrome, saya rasa sesak. Tak boleh ke cite yang baik2 wahai orang hospital..Tak marah pun sebenarnya..

Disebabkan faktor usia, saya diminta buat details scan untuk check baby. Details scan saya buat di Hospital Putrajaya sebab free..Alhamdulillah..result scan semua yang baik2 dan gembira aje. Fuhh.. saya lega.

Untuk yang mengandung pada usia begini, sedikit nasihat dan tips nak saya share..
1. Kesihatan - paling utama. Sentiasa monitor tahap kesihatan kita kerana pada usia begini mudah dapat penyakit walaupun kita tiada penyakit sebelum ini seperti darah tinggi dan kencing manis.

2. Makan ubat - harus disiplin jika nak mak dan baby sihat. Pengambilan folic acid, iron, vitamin b & c penting untuk kuatkan baby semasa dalam kandungan. Awal mengandung saya ambil Obimin (beli di farmasi) sempat habiskan 4 botol. Kemudian sy nk cuba ubat yang diberi klinik kesihatan..tapi tak sesuai  dengan saya. Pastu klinik kesihatan beri pula zinckofer..pun sama. Rasa loya lain macam. Last saya consume iberet dan saya suka sebab menaikkan hb saya dengan cantik :-)

3. Kawal pemakanan - bimbang overweight. Berat harus naik 500g sahaja pada setiap bulan. Agak susah dikawal jika kita di second trimester sebab masa ni kita dah lepas fasa mabuk dan loya. Hilang loya,rasa nak makan macam2..hihi..kat sini kita kena pandai control. Kerap makan tapi portionnya sedikit2. Ambil banyak buah dan sayur hijau. Air kelapa pun bagus diminum semasa hamil..sejuk, segar dan menguatkan imuniti badan

4. Ilmu - banyakkan ilmu dengan membaca. Boleh juga follow page kelab mengandung di fb untuk dapatkan maklumat. Satu page yang saya suka baca semasa mengandung adalah 9 Bulan 10 hari. Sangat informatif dan suka ilustrasi kartun yang comel2.

5. Baca Al Quran - banyakkan mengaji sebab itu kekuatan kita sebagai muslim untuk menghalang dari rasa dan emosi yang kadang2 tak stabil.

6. Doa - merayulah dan mohonlah apa yang kita hajati kepada Allah S.W.T kerana pada DIA sahaja tempat kita mohon pertolongan dan memakbulkan segala doa dan hajat.

Banyak lagi tips yang boleh diikuti bagi kehamilan pada usia 40an. Search aje macam2 info kita dapat. Yang penting, ilmu yang baik kita ikut, yang kita kurang yakin bertanya doktor.

Hadif pun dah 1 tahun 1 bulan. Masih bf, Hadif sangat senang dijaga..Alhamdulillah. Banyak gambar Hadif mama simpan. Nanti di posting lain mama upload gambar Hadif banyak2 buat kenangan..;-)

(Jumaat 12/04/2019) 

(Nicu Hospital Kajang - Jaundice 14/04/2019 tunggu discharge)

(23/04/2019 Kuning masih nampak)