Sabtu, 11 April 2015

Ulang Tahun Abah dan Umi

Cuti sekolah bulan 3 lepas saya berkesempatan balik ke kampung halaman. Alangkah indahnya, tenang, damai menatap wajah dua insan tersayang dalam hidup saya. Riuh rendah dibuatnya dengan kepulangan kami anak beranak. Macam cerita, gosip2 saya dengan umi. Dari satu cerita ke satu cerita..dari luar hingga ke dalam bilik kami bercerita..masa memasak pun sempat bergosip bak bff lagaknya..hihihi

Sememangnya mempunyai plan, saya ligat mengwhatsapp kekanda, anak2 buah agar datang ke rumah umi..ada pesta mabuk2 nih..Masing2 reply.."orait cu.." support diorang..

Jadi pada malam Isnin 16 Mac 2015, berlangsunglah parti Hari Jadi Abah dan Umi yang sangat2 simple tapi mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami.

Umi dan abah berkongsi bulan birthday. Birthday umi 4hb Mac dan abah pulak 16 Mac. So senang dan mudah, celebrate sekali harung..


Menu pada malam itu semuanya homemade..Spagetti bolognese, sandwich, french fries, moist chocolate cake dan fruit cocktail..diulang homemade dan kesemuanya saya yang buat dan masak..hahaha..tepuk bahu dan say good job..hihik


Sebelum acara potong kek, my bil ada bagi ucapan skit..dah terbiasa agaknya sana sini berucap. Then, my anak buah Haziq baca doa.
Walaupun warga emas, nyanyi lagu hepi besday tu harus supaya menunjukkan ianya adalah besday party.

Selesai nyanyi, umi dan abah pun potong kek. Sebenarnya kek ni ada keras skit sbb maklumlah saya bukan pakar dalam buat kek. TAPI..harus berbangga dengan air dan hasil tangan sendiri. Tengok gambar atas ni betul2..punya gigih umi potong kek tu..Yang paling best bila kek saya diulang makan oleh anak2 buah terchenta..emm..puas hati!


Sebelum makan, umi ajak cucu2 bergambar. Malam itu kami makan dan bergembira. Seperti biasa rumah, rumah ini riuh rendah..

...Haji Mat Zin bin Bijak & Hajjah Sabariah binti Hj Hamzah..

Selamat Ulang Tahun yang ke 73 dan 72 tahun. Semoga abah dan umi dikurniakan usia yang barokah dan bahagia di dunia dan akhirat. Sayang kalian berdua hingga hujung nyawa..

# Terima kasih Ya Allah..kerana mengurniakan insan yang hebat ini dalam hidupku.. Syukur...