Selasa, 18 Disember 2012

Kenduri Kawen Sana Sini


Dah lama saya tak update blog. Cuti sekolah ni tak banyak masa nk mengadap blog sbb nak kena layan kerenah anak2 yang nk macam2. Belum lagi kemas mengemas rumah. Baru je sapu, tak sampai lima minit dah ada kertas la, habuk biskut la. Lama2 tu gasak la..dah petang sikit time diorg main beskal kat luar baru la kemas balik.

Bulan 12 ni terasa cepat sgt berlalu. Ni mungkin sbb saya attend byk wedding. Semuanya wedding cousin. Mula2 8hb di Kuantan. Yesss...balik kampung sekali la tu. Pastu 14hb gerak ke JB pulak. 20hb ni balik Muar wedding di Merlimau. Last wedding 25hb di Putrajaya.

Terasa padat amat..tiap2 minggu ada weeding. Tapi kira ok la sbb dapt holiday sekali. Macam pegi JB tu hari, dapat la juga saya menyinggah di JPO. Excitad giler nak pegi JPO, tapi bile dah masuk situ..emmm..pada saya biasa2 je. Bak kata ayah tan, sekali pegi nak, dua kali tak nak dah..betul tu. Hehehe..


Ni gambar masa wedding di Kuantan.

Malas saya nk snap gambar sbb setakat yg saya attend wedding ni, sume guna photographer profesional. Rasa segan pulak nak menyelit. Takyah la susah2..tgk je fb diorang nanti ada la tu foto yang diorg upload.

Buat semua cousin saya dan suami..
SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA IKATAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN..!

Ps : Semalam 17.12.2012 sah sudah saya menjadi warga kerja SMK Bandar Seri Putra..Alhamdulillah..akhirnya dapat juga sekolah yang dekat dgn rumah. Lepas ni, tumpuan hanya kerja sampai pencen..takde lagi eg tukar..ahaksss..!err..ye ke!? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan