Khamis, 28 Mac 2013

Adenium Obesum Berbunga

Suatu ketika saya sgt cintakan rose. For me rose is feminine. Kalau org perempuan tak suka rose kira tak feminin la (ye ke?)...

Tapi jodoh saya dgn rose tak lama. Rose yang sgt cantik, menawan, sexy  amat sukar untuk dijaga. Dulu, saya ada 5 pasu rose. Hati ni berbunga2 bak rose yang sedang mekar di garden sekangkang kucing. Hari2 rose disiram, dibaja, di belai..paling tak tahan cakap2 dgn rose..hihik. Hampir setahun rose bertahan di bawah belaian saya. Di penghujung tahun lepas, rose di serang oleh ulat bulu dan pelbagai penyakit. Pelbagai usaha utk menyelamatkan rose tapi tuhan lebih menyayangi rose2 saya. Rose pergi buat selama-lamanya. 

Kini saya harus akur saya dan rose kini bukan lagi serasi. Cinta saya sudah beralih arah pada Si Kemboja Cina atau nama glamournya Adenium Obesum.
Cantiknya adenium persis rose.
    



Ini yang baru saya beli balik dari Kuantan semalam. Di Exotic Matahari Nursery banyak adenium yg tgh gediks berbunga. Murah pun murah..this one is about rm45 sbb double layer dan warna purple. Adik manis cakap purple mahal sikit kak. Ok la, boleh diterima pakai. Maybe susah dan jarang jumpa kaler purple.


          

           

Yang ni pulak warna merah double layer. Tengok je kelopak dia buat saya tergoda habis. Tak mau malam terkebil2 menyesal, saya pun hangkat dua pasu terus. Yang ni murah betul..rm25 sepasu..dah berbunga dan berkudup. Kalau yang ni jual di Bangi, mesti rm50 sepasu.




Yang ini memang dah ada di rumah..sedang berbunga. Harap2 dapat la adenium saya kembang dengan jayanya sbb la ni cuaca di Bangi tak menentu.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan